Selamat Hari Guru 2010! Terima Kasih Cikgu, Kerana Telah Mengajar Saya Tulis Baca!

tanggal 16 mei disambut sebagai hari guru di malaysia

mcm biasa aku nak buat special posting berkenaan kesemua cikgu2 dan guru2 aku

yang pernah bersusah payah mengajar aku tulis, baca dan mengenal huruf lantas berjaya sehingga ke hari ni

memang banyak wooo dugaan bergelar cikgu ni

tambah2 masa zaman sekarang kan. silap sikit mula la ibu bapa nak serang or saman cikgu

kadang2 aku kesian dengan guru2 ni. bertambah cabaran diaorang dari sehari ke sehari

harap cikgu2 malaysia dapat mendidik anak bangsa dengan berjaya

terima kasih cikgu!

jasa dan budi cikgu2 sekali tidak dapat saya balas, sungguh mulia pengorbanan cikgu2 semua

bila dah bergelar cikgu dan guru barulah kita akan rasa betapa peritnya nak mengajar anak murid kan. hehe 🙂

seronok je bila mendengar lagu hari guru ni kan

dulu2 bila mendengar cikgu2 dan guru2 menyanyi di atas pentas depan murid2 mmg terbaek la!

salam buat semua cikgu2 di malaysia. semoga anda gembira tidak kira di mana jua anda berada

al-fatihah juga kepada guru2 aku yang telah kembali ke rahmatullah.

hati aku akan seringkali tersentuh setiap kali membaca puisi di bawah

memang benar sekali bait2 puisinya kan. mmg bagus sekali

menggambarkan kenangan dan pengorbanan guru2 mendidik anak bangsa sehingga berjaya

Sajak Guru Oh Guru

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi

(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

– – – – –

google doodle juga tidak ketinggalan dengan sambutan hari guru

mmg terbaek la siapa yang design doodle kali ni. warna pastel lembut je


mmg cun la doodle kali neh kan.

selamat hari guru 2010!

– – – – –

ucapan selamat hari guru 2009 dan 2008

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 responses to “Selamat Hari Guru 2010! Terima Kasih Cikgu, Kerana Telah Mengajar Saya Tulis Baca!

  1. selamat hari guru…sedih pula mengenangkan zaman persekolahan dahulu. 🙁

    Reply

    KNizam Reply:

    mohdisa : kenangan paling best masa sekolah la kan. hehe 🙂

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge