Kenangan Ramadhan/Syawal 1429 – Balik Kampung II
okeylah aku nak sambung balik entry pasal kenangan balik kampung I dulu
hehe thanks la pada sapa2 yang baca entry terdahulu
entry pertama pasal pengalaman aku balik kampung circa 1980an
lagi tepat masa aku sekolah rendah kat srk gombak 2 ie 1984-1989
hehe daripada aku darjah 1 hijau sampailah ke darjah 6 kuning
sekarang aku nak cerita plak pasal pengalaman balik kampung masa 1990an
lebih tepat masa aku belajar kat kolej melayu kuala kangsar
1990-1994 – malay college kuala kangsar
hehe masa tu umur 13 tahun beb ! dah nak kene pindah rumah masuk asrama
punya lah horror kan. haha balik kampung apatah lagi
aku hengat lagi masa tahun 1990. 1st time aku ngan kawan2 satu batch balik kg
balik takdelah jauh mana, balik from kuala kangsar ke kuala lumpur adjer. hehe
dulu masa form 1 kalau tak silap aku aku naik express sinaran petang balik kampung
masa tuh train schedule kalau tak silap dalam kul 4.30 petang should sampai ke stesen ktmb kuale
ada la dalam 20 orang bebudak kl yang nak balik kampung beraya kan.
haha kl = kampung ? apakah ? haha
then dalam kul 3.30pm gitu kitaorang pun belasah la berjalan kaki dari prep school
lepas dah salam2 dengan bebudak yang balik lagi lambat
minta2 maap zahir batin. nangis2 ala kadar..haha
prep school ni asrama untuk form 1 lah kat mckk (koleq). hehe
berjalan kaki merentasi gajah menyusur (koridor) terus ke court basketball
lepas tuh merentasi padang prep school masuk ke rumah cikgu razak (jak pai)
pastu melalui jalan kolej melayu. pastu ke stesen keretapi
macam jauh je kan. untuk budak 13 tahun memang la jauh kan
melalui rumah cikgu sherry. melalui klinik underwood. haha
korang bayangkanlah budak umur 13 tahun mengheret beg yang maha berat nak ke stesen keretapi yg jauhnyer berbatu2 <— haha exaggerate dowh!
eh tak la. mmg betula la. masa tuh umur 13 tahun so badan kecik je kan
nak heret beg yang besar giler. masa tuh aku pun tak tau amendalah yang aku bawak kan
harus aku bawak batu kuale balik kl agaknya. haha
sampai kat stesen keretapi around kul 4.00pm. just nice la kan nak tunggu train
then tetiba pekerja kat stesen tuh announce (dia announce pakai apa aku lupa!) yang
harap maklum !
tren express sinaran petang akan lewat tiba !
hah ! apakah?
dah la aku penat berjalan. sekali train plak lambat.
kitaorang pun apa lagi. tunggu je lah kan. bukan train mak bapak aku nak suruh dtg cepat. haha
sekali tunggu punya tunggu punya tunggu <— sampai nak jadi penunggu kali ke-1!
train tak sampai2 lagi dowh ! cemas seketika…. peluh dah mengalir..
perasaan dah makin cemas. tiada kata yang terungkap. hehe
haish ! ni pehal lambat giler beb ? haha
punya lama kitaorang tunggu kitaorang pun rasa cam bosan giler
ye lah kan stesen keretapi kuale bukannya macam kat kl sentral yg ada macam2
kat sana ada stesen, rail keretapi dengan kitaorang je lah. haha
punya la lama kitaorang menunggu train sampailah nak waktu berpuasa
kat kuale waktu berbuka guna siren ok!
hehe nostalgia dowh…
kitaorang decide yang kitaorang kena baik asrama balik neh
aisey kena balik asrama ke? x mo arrr haha
then semua satu batch balik la ke prep school balik.
haha malu la plaks. lepas dah salam2 tadi kan
sekali kitaorang balik ke prep school balik. kui kui kui
ngam2 jalan kaki (mind u kena heret sekali beg besar isi batu tadi kan) haha
sampai kat prep school berbuka puasa and then solat mana yg patut
pastu pegi ke stesen keretapi balik malam2 gitu. horror siot
midnight train….midnight train… owh tiddaakkkk
sampai balik stesen dalam kul 8.00mlm camtu
then kitaorang dapat tahu yang train delay lagi kul 11.00mlm
ceh !
delay lagi….hengat ni tren express sinaran delay ke haper ah ? haha
mak bapak aku kat kl dah risau
aku kena buat sesuatu. aku kena call diaorang
masa tuh manalah ada handphone nokia 3210 kan. haha
so kenalah pergi beratur kat telephone booth uniphone
siap pakai kad phone lagik <—- siapa ada lagi kad phone uniphone ?
haha call bapak aku cakap train delay.
bapak aku seperti biasa rileks adjer. cool jer
anak dia je yang gelabah sebab dah kul 11.00mlm tadi still dok kat stesen kuale
tungggu punya tunggu punya tunggu <— dah nak jadi penunggu kali ke-2
train tak sampai2 gak. giler ah ktmb neh kan
kalau setakat nak sampai kul 1 pagi baik tak payah panggil express sinaran petang
baik panggil je express senandung pagi2 buter. haha
akhirnya dalam kul 1.13pagi camtu train pun sampai
fuhhh lega beb ! ada yang dah tertidur kat tepi rail dah
ada yang dengan selambanyer main letak syilling kat rail nak tunggu train lanyak.
sungguh tidak bermoral kan. ahaks
jgn tiru aksi ganas wwe ini ya adik2 form 1 !
aku pun naik la train. ni lagi satu aku nak bagitahu
masa form 1 tuh punya la susah nak naik train kan
yelah masa tuh ketinggian ala2 minimum je kan
dengan beg berat isi batu. dengan ketinggian minima. korang hengat senang ke nak naik train
nak memanjat train yang tengah berhenti. haha
macam nak panjat naik katil double decker dowh. haha
masuk je dalam train semua pakat terbongkang. yelah penat giler kan
haha last2 sampai gak kat stesen keretapi kl
bukan stesen kl sentral ok. ni stesen kl yang lama tuh
yang corak design moore yang cool warna puteh. sungguh klasik!
yang ada 7 eleven kat platform 4 dia. hehe
alhamdulillah akhirnya sampai gak kan.
ayah aku dah penat giler menunggu. haha memang la kat dah la sampai dah nak sahur
seb baik sampai. hehe
tapi kan bila2 dengar2 balik memang betul la kata2 allahyarham sudirman
perjalanan jauh tak ku rasa
kerna hatiku melonjak sama.
hehe betul lah perjalanan jauh kuale-kl dah tak rasa dah
sampai kl lega giler beb ! haha
sekianlah adanya
nanti aku sambung lagi dalam edisi balik kampung III
kali neh naik flight balik ke kota kinabalu beb ! haha
21 responses so far
huhuhuu.. the good old days.
sempat gak naik train kat Kuala tuh. tapi g Tg. Malim jer lah.
tapi gigih kan masa muda2. skrg nak angkat beg jalan kaki 50 meters pun belum tentu.. huhuhuhu…
arep’s last blog post..Tagged
Reply
Penah jugak balik kampung nak raya. kalau tak silap la! Naik bas Transnasional dari KL ke Kuantan, pukul 4.30 petang. Belum pun keluar dari KL, baru je kat Masjid Jamek, bas buat hal. Rosak!! Terpaksa la turun dan tunggu bas lain datang. Pukul 8 malam baru dapat naik bas! Berbuka pun kat tepi jalan je, masuk kedai Cina beli air dalam tin. Sampai Kuantan pukul 1.00 pagi. Masa tu mama aku masih ada! Bising la dia sebab risau anak pompuan dia yang tak kunjung sampai padahal naik bas kul 4.30 ptg. Ye la mana ada handphone time tu nak call umah, public phone pun tak nampak masa tu!Tapi memang tension! Bila bas berenti kat Temerloh kat Restoran Delima tu, (skang dah jadi pasaraya), barulah dapat makan! Tu pun burger je! Sampai umah makan cukup2. Itulah pengalaman balik kampung masa jadi student ‘U’ dulu!
Myza’s last blog post..Coming Soon……. My Hari Raya Project !
Reply
nikillas’s last blog post..Lab Microprocessor..
Reply
haha…lawak giler…

aku pon setiap kali balik dari hostel sure bawak blk beg besar giler…haha…semua menda aku angkut…macam nak blk sebln
aku rasa dak2 yg baru masuk hostel mmg akan blk kg bawak beg besar giler…haha…bawak batu
amoi’s last blog post..Namakan Proton MPV
Reply
memang indah ada kenangan seperti ini untuk dikenang. esok anak cucu boleh rujuk, satu lagi keistimewaan penulis blog (itupun kalu hosting berbayar lagi huhu).
aku pun ada kisah umpamanya, tetapi menaiki bas. yang pelik tu setiap kali balik kampung nak raya pasti bas rosak huhu.
megat’s last blog post..Bajet 2009, Kerajaan Prihatin Kepada Rakyat?
Reply
serik berebut2 naik bas nak balik raya…. huhuuu
shaxx’s last blog post..Rear Seat Belt
Reply
kno,
pernah jumpa bapak burger? aku dah jumpa.kat kelantan…muahahah
http://hafizhasin.blogspot.com/2008/09/bapak-burger-only-in-kelantan.html
Reply
gila lama beb! keretapi tu datang dari mana. china ke sampai lambat cmtu sekali…
Reply
aku pon nak citer gak la pengalaman aku balik kmpg dari koleq..hehe
|1f34|-|1r3′s last blog post..Freegan = Dumpster Diving
Reply
bro, i know exactly what you’re saying… time my adik kat koleq dulu pun he went through the same thing… dia masuk year 1994… samalah macam u usung beg batu melebihi berat sendiri jalan jauh camtu…
tapi best sebab ada geng kan…
kenangan camtu mmg payah nak lupa…
yg lenguhnya tren ni selalu lewat, delay manjang… kesian adik kita, terketaq2 kawan tu call rumah di penang dr kuale nak habaq tren delayed….
ade lagi ke phone pakai uniphone kd tu??
kawaii_desu’s last blog post..Al- Fatihah…: when the heart stops beating..
Reply
bro, i know exactly what you’re saying… time my adik kat koleq dulu pun he went through the same thing… dia masuk year 1994… samalah macam u usung beg batu melebihi berat sendiri jalan jauh camtu…
tapi best sebab ada geng kan…
kenangan camtu mmg payah nak lupa…
yg lenguhnya tren ni selalu lewat, delay manjang… kesian adik kita, terketaq2 kawan tu call rumah di penang dr kuale nak habaq tren delayed….
ade lagi ke phone pakai uniphone kd tu??
kawaii_desu’s last blog post..Al- Fatihah…: when the heart stops beating..
Reply
arep : hehe tu la kan. best la plak naik train dulu2. hehe
Reply
myza : hehe boleh buat blogpost special tuh. apa lagi buat la mcm biography nanti. hehe
Reply
nikillas : hehe aku suka naik bas kalau pegi cuti2 malaysia ke east coast. hehe best dowh. hehe
Reply
amoi : hehe beg bagak giler sampaikan kena seret je. dah la bulan puasa kan. haha
Reply
megat : hehe apa lagi megat. kena buat special post pasal kenangan balik kampung tu ya. hehe
Reply
shaxx : hehe best haper naik bas balik raya. hehe
Reply
epito : haha dah sampai ke kelantan ko ek. nanti aku singgah la ke sana. hehe bapaknyer besaq berger….
Reply
aero : hehe ntah aku pun tak sure apsal lama giler. tapi memang lama. ni real story tau. hehe
Reply
life4hire : hehe buat jangan tak buat. letak sekali gambar midnight train. hehe
Reply
kawaii : tak sure la ada lagi ke idak phone kuning tuh. hehe
Reply