Damai Homestay kat Kuala Kangsar – Satu Lagi Penginapan Best Terbaru di Kuala Kangsar !
perghhhh aku perasan dah banyak la homestay kat kuala kangsar neh kan
dulu2 masa aku belajar kat kuala kangsar, memang limited giler penginapan kat kuala kangsar
yang ada cuma rumah rehat kuala kangsar ngan hotel double lion adjer
kadang2 kalau famili aku turun kuala terpaksa tido kat ipoh ok

kadang2 singgah taiping nak tido then turun balik ke kuala kangsar
hehe sekarang dah ada safari resort, dah ada homestay dan banyak penginapan budget kat kuala kangsar
so senang la kalau siapa2 nak melawat kuala kangsar kan
aku mmg suka turun kuala kangsar neh, memang aman damai adjer bile singgah kualer neh ok

mmg dunia terasa akan berhenti seketika kalau korang pergi melancong ke kuala kangsar
serius gua tak tipu punya. banyak benda yang boleh dibuat kat kuala neh ok
ada macam2 tempat bersejarah yang boleh dilawati dan banyak makanan dan minuman yang nak dicuba

aku mmg akan selalu la turun kuale sebab aku coach hockey team mckk (mighty duck project 2010)
tapi serius la mmg mendamaikan kalau dapat bercuti ke kuala kangsar ok.

- – - – -
Assalamualaikum..nizam..
akak tahu nizam sibuk…tapi akak nak minta tolong nizam kalau nizam free le..
akak ada email gambar homestay akak ni..nizam tenguk le..
apa komen nizam. Homestay akak ni tak lah lawa sangat.
sebab tu akak ambil RM180-RM200. aje semalam.
Tapi kalau lebihdaripada 2 malam akak bolehlah runding..
No.untuk dihubungi ialah 012 5614627..nanti akak nak sangat berjumpa nizam ni….
kalau boleh tolong tq le..kalau tak boleh tak apa le…salam dari msia…bye..
email daripada Pn Noremah Rashid
- – - – -
aku dapat email daripada pemilik homestay neh minta promote homestay dia kat kuala kangsar
gua tarak hal punya, blog neh pun mmg diwujudkan untuk membantu industri pelancongan dan jjcm tempatan

walaupun aku kini berada di negara south asia, tapi malaysia tetaplah di hati kan. hehe
korang tatap adjerlah gambar2 homestay damai di kuala kangsar neh ok

kad number dan contacts semua ada kat dalam gambar tuh
apa lagi! contact la owner kalau korang nak bercuti ke kuala kangsar dan perlukan penginapan yang besar dan berpatutan ok
aku rasa kalau korang datang secara berjemaah or ramai2 better dok kat homestay daripada dok kat hotel kan



mmg jimat la. kereta pun banyak tempat parking. pastu boleh bebas dapat satu bijik rumah tuh dowh!
memang selesalah kan. aku tengok gambar pun dah tahu yang homestay neh mmg bersih dan mendamaikan. hehe
tak rugi punyalah. dekat adjer ngan town. kalau x silap dekat jugak dengan air terjun ulu kenas yang sejuk tuh. hehe

aku pun kalau berkesempatan ke kuala kangsar akan turun ke homestay neh nak cuba sekali
selamat mencuba homestay terbaru di kuala kangsar – homestay damai ya !
84 responses so far
Terima Kasih banyak2 kepada En Rodzi,Tn.Hj Meor dan En.Tamta kerana sudi tinggal di Homestay ni Setiap kali ke Kuala Kangsar..Insyaallah keselesaan akan dipelihara..
Reply
ALHAMDULLILAH…Setakat ni semua oarang yang menginap di Damai Homestay amat berpuas hati…Insyaallah yg terbaik di Kuala Kangsar..kata mereka..Alhambulilah..
Reply
Alhamdulilah..
Reply
Saya in gin booking untuk 2 mlm pada hari raya ini mash Ada kosong ke…30/8/11 harp dapat japan dari tuan email saya Jimbaranbaba@yahoo.com terima kaseh
Reply
Alhamdulilah…berlalu lah sudah Ramadhan..dan kini Syawal Menjelma…Saya mengucapkan SELAMAT HARI RAYA,MAAF ZAHIR DAN BATIN KEPADA SEMUA PENGUNJUNG BLOG NI….
Reply
Assalamualaikum.. 29/10/11 dah ada boking ke??
Reply
Alhamdulillah..selesai sudah majlis di Kuala Kangsar. Kami sekeluarga amat berpuashati dengan Homestay Kak Emah( rasa2nya saya lagi tua tp takpelah kan). Bersih, besar, lengkap, sejuk lak tu. Pagi2 dengar burung berkicauan sungguh menyenangkan. Yang penting ahli keluarga termasuk emak mertua berasa sungguh selesa sehinggakan beliau asyik membersihkan dapur..cantik katanya. Maaflah kerana ada mengambil sekuntum dua bunga kantan kat belakang. Bukan apa geram tengok bunga kantan yang tengah cantik naik. Apa-apa pun terima kasih banyak.
Reply
Alhamdulilah..kalau homestay kak imah menyenangkan azlina sekeluarga..Tak apa..bunga kantan tu memang selalu menjadi cenderahati dari homestay damai,,insyaallah dia akan berbunga lagi,,hehehe..
Untuk makluman ina..pada 29/9/11 dah penuh..ada pesta basikal kuala kangsar ….kata orang yang sewa tu..maaf ye ina..insyaallah kita berjumpa di lain masa ye..
Reply
tv tkr bsar sket x ley ke?
Reply
Hafiy…TV tu dah cukup besar utk dua ruang, kalau duduk di atas kerusi dua di ruang tamu ke dua pun masih nampak..21 inci tu..tp dalam gambir di dalam website ni nampak kecil sebab ambil gambar jauh…setakat hari..beratu sudah orang duduk tak pernah pun orang komen pasal tv..semua puas hati..mereka cakap..bersih,besar,puas hati sangat..kalau boleh pasti nak duduk lagi..tapi bergantung kepada rezeki..siapa cepat dia dapat..
Reply
Homestay memang best lah kalau egi mana2. lebih selesa especially kalau rombongan ramai. hehe
Reply
Alhamdulillah…homestay mendapat tempat di hati tetamu…Terima kasih En.Rosli dari Gombak..dari 2 malam di tambah menjadi 3 malam..terima kasih Ckg Hafizah dari Clifford..dari 2 malam ditambah lagi jadi 3 malam…terima kasih juga kepada En.Rodzi dari Kulim…yang tinggal utk kali ketiga pada 27/11/11 dan pada 28/11/11.terus booking untuk kali keempatnya pada 9-11/3/2012…terima kasih sesangat kerana amat berpuas hati dengan damai Homestay…jazakallah hu khairun kasi roooo………semoga Allah melimpahkan rezki kepada kita semua..Amin.
Reply
As salam puan .
saya ingin tanya homestay puan ni ada berapa bilik?sewa semalam RM170/= ada kah untuk satu bilik?…setiap kali ada penginap ..ada kah khas untuk satu2 keluarga atau bercampur dengan keluarga lain..jika nak sewa untuk seluruh rumah berapa pulak harga nya..
harap mendapat penerangan yang lebih jelas.
terima kasih
sharfah
Reply
Waalaikummusalam sharifah..
Sewa untuk satu malam RM190.untuk satu rumah..Selalunya,bila orang sewa ,pasti lah untuk keluarganya sahaja..tak mungkin dia akan selesa nak kongsi dengan orang lain..pemilik hanya akan menerima satu tempahan sahaja,untuk satu masa..sebab tu kena bagi deposit..sebab dia akan menolak tempahan orang lain,jika sudah di tempah..kalau di batalkan ,selalunya pemilik akan kerugian,kerana telah menolak ,tembahan orang sebelum itu..harap maklum dan jelas.
Reply
Assalamualaikum…terima kasih kepada penginap yang di kasihi…terima kasih Pn.Norliza dari Cheras,kerana amat berpuas hati tinggal di homestay akak..bahagiakan …bawa keluarga semua,termasuk ibu bapa ,adik-adik semua …( tiga kereta) semuanya..katanya,bersih,besar dan murah..berbaloi sangat…Alhamdulilah..kerana akak dapat memberi yang terbaik..
Reply
ok..lah bila bila masa kita orang nak pegi situ…
Reply
KNizam Reply:
March 3rd, 2012 at 6:35 pm
dedawang : pastu buat review tau hehe
Reply
tq…dedawang dan nizam..datang la homestay akak..hehehe..
Reply
minta maaf prof..untuk raya nanti dah penuh…dan terima kasih kepada semua yang amat setia kepada damai homestay…pn Norizan,En Rodzi.En.Kadir dan prof sendiri..semoga Allah memberi kebaikan kepada kita semua..amin.
Reply