hehe aku baru je kembali daripada cuti-cuti pakistan
menjengah ke kota bersejarah, kota rohtas yang dibina oleh sultan sher shah suri
aku letakkan dulu kesemua posting2 yang aku buat melalui facebook
malas la nak update blog secara live sebab masa tak mengizinkan
banyak sangat nak ditulisnya sampai x terupdate la blog nanti kan. hehe
kesemua catatan di bawah di post secara live di facebook dan diulang siar di sini untuk kenangan terindah
kita buat posting ala2 che det (bernombor) pula ya.
gambar nanti la aku upload ok. hehe 🙂
- rohtas fort mcm menarik utk dilawati. Hehe
- Rohtas Fort (Urdu: سPQ ہ روہ VWX Qila Rohtas) is a garrison fort built by the great Afghan king Sher Shah Suri. This fort is about 4 km in circumference and the first example of the successful amalgamation of Pukhtun and Hindu architecture in the Indian Subcontinent.
- islamabad mendung je pagi ni. Nampak mcm nak hujan. Harap2 hujan la kan. Hehe
- iklan zong ada di mana2 di area bandar rawat ni
- banyak plak tanaman sayuran seakan sawi di kiri jalan, rasa mcm nak bergambar plak ngan pemandangan yg menghijau ni
- kelihatan ramai pakistani sedang rileks menikmati chai panas di atas katil2 kayu yg begitu sinonim dengan pakistan
- mereka mmg bersungguh menghias trak2 mereka, sungguh berwarna warni, tiada seinchi pun bahagian trak yg tidak dilukis
- melepasi plaza to mandra, wajib bayar 15 rupees di sini.
- ada satu trak yang penuh dengan muatan, mungkin gandum, melintasi jalan. Trafik terhenti seketika terlihat bas awan express di jalanan. Ingatkan awan ialah cloud di dalam kata biasa. Rupanya awan ialah panggilan seperti saddar, agha dsb
- oh rupanya tanaman seperti sawi yang berbunya kuning dipanggil weed di sini. Saya gagal menterjermah weed di dalam bahasa ibunda. Apa agaknya ya
- kelihatan sungguh gersang sekali muka bumi di sebelah kiri. Pokok tiada berdaun dan rumput kering di mana2 sahaja
- gua malas nak update blog, jadi gua update fb dulu untuk mencatat perjalanan dari islamabad ke,,,,, jeng jeng jeng
- melalui grand trunk road atau dikenali sebagai gt road amat memeningkan dan memenatkan, mungkin kerana jalan yang
tidak rata dan berkali2 beralun - melalui stesen cng bernama ittefac cng. Sungguh berdebu suasana di sini. Kena cepat beredar sebelum terkena debu liar
- tiba di gujar khan town. Suatu bandar yg agak besar. Diberitakan menteri water & power berasal dari sini. Jalan elok kembali. Banyak poster2 politik di sini
- berlambak2 stesen cng dalam bandar gujar khan ni. Bermacam2 warna stesen cng ni
- langit tidak berawan, hanya kelabu menjamu mata, mengiringi perjalanan di sepanjang bandar gujrat khan
- kelihatan anggota polis gujar khan mengawasi satu kereta toyota di sebelah kanan, mesti vvip ni
- di sepanjang terdapat pokok2 yang kulitnya berwarna putih, seperti disiat2 lagaknya. Pokok apakah ini?
- mungkin aku akan buat satu post istimewa berkenaan perjalanan melalui grand trunk road dari islamabad ke jhelum ni
- terdapat banyak perusahaan kecil2an membuat batu bata merah di kiri jalan. Sungguh tradisional cara pembuatannya
- polis sohawa jhelum membunyikan siren meminta untuk diberi laluan di sebelah kanan
- senibina kubah masjid ala2 yg terdapat di multan mendominasi senibina di bandar sohawa
- melintasi bandar sohawa umpama menerjah pemandangan di zaman malaya dahulu kala. Keadaan begitu daif dan berdebu. Jalan raya dibina dengan tar kasar agar ttidak dirosakkan okeh trak berwarna warni
- lalui tarraki toll plaza, ingatkan ada tokk gate girl, rupanya toll gate lain. Kena bayar 15 rupees. Bagus pekerja tol sebab memberikan salam walaupun dengan senyuman tawar. Minum chai kurang gula agaknya mamt ni pagi tadi
- melintasi jambatan di bumi yg gersang. Diberitakan bawah jambatan adalah sungai, tetapi kini kering dek musim sejuk yang berdebu
- terdapat pokok bunga kertas berwarna merah di tengah2 gt road. Berbunga pula pokok ni di musim sejuk yang kering
- kita sepatutnya melintadi bandar dina sebelum jhelum. Harap2 ada kejutan di bandar dina nanti. Saya berhajat untuk solat jumaat di bandar jhelum sebentar nanti. Pasti kelihatan seperti makhluk asing apabila terdapat seorang expat bersolat di dalam masjid dengan jersey adidas dan jeans, di kelilingi oleh jemaah yang berpakaian salwar khameez
- taman negara lehri park di sebelah kiri. Nampak gersang umpama gurun thar di sindh.
- terdapat banyak penjual oren di kiri jalan walaupun musim oren sudah berada di penghujung
- ntah dari mana, muncul gembala kambing dengan biri2nya di sebelah kiri jalan. Habis bahagian atas kambing diwarnakan dengan warna biru dan oren. Kambing pun mahu bergaya di sini agaknya
- trak2 berwarna warni dengan selamba menggunakan lorong kanan gt road. kelajuannya sungguh perlahan, umpama menikmati chai sambil membelek2 pakora untuk di makan dgn tertib
- iklan telenor talkshaw, syarikat telekomunikasi dari norway mendominasi dinding2 kedai batu di kiri jalan
- memasuki bandar dina. Lengan pula bandar ni walaupun telah tengah hari. Di persimpangan dilema. Ke kiri menuju mangla dam dan mirphur. Di kanan adalah jalan ke rohtas. Jemputan sulltan shah di rohtas lagi kuat agaknya
- kanak2 sibuk bermain kriket di mana2 di bumi gersang melepasi bandar dina
- memasuki jalan ke kubu rohtas. Dibina oleh sultan shah dahulu kala. Jallan sungguh berdebu di sini. Weed menghijau menghiasi umpama permaidani
- lagi 8 km menghampiri rohtas fort. Takde nampak kubu pun. Biar betul. Haha
- kereta berselisih dengan keldai penjual oren di kiri jalan
- melintasi jambatan besar di atas sungai jhelum. Kering kontang sungai ni. Ada la air sket2. Kena amik gambar ni
- sampai ke rohtas fort. Sesi bergambar rasmi ya
- fuhhhh penat giler memanjat kat rohtas fort. Gua hengat kecik je. Sekali besar giler dowh. Kena pergi lagi la masa summer nanti kalau nak cover full area
- ok mmg puas hati la bergambar sakan kat rohtas fort. Mcm biasa aku masuk muzium 10minit sebelum kul 1pm. Dah nak tutup tuh beb. Byr 200 rupees. Local kena 20 rupees adjer. Siap la gua pakai salwar khameez lepas ni. Haha
- fuhhhh baekk la plak tourist guide aku ni. Nak bagi upah 500 rupees. Dia pulangkan 100 rupees. Dia tahu pasal twin towers beb hehe. Wokay gua mau bergerak ke masjid nak solat jumaat. Lagi 30 min masuk zuhur kat sini. Hehe
- giler lapar plak lepas melawat rohtas fort. X pe lepas solat jumaat nanti kita carik chicken karahi. Teringat plak zaman2 melantak nasi beriyani power kat kedai makan masjid perkim pj masa kat msia dulu. Hehe
- ok aku berjaya amik gambar river dhal yg kering kontang, bersambung dengan river jhelum yg mengalir lesu. Pose sekali ngan sayuran weed yg menghijau. Nanti gua update blog la ok, hari ni malas la nak buat live blogging. Live facebooking cukup la. Hehe
- hujan rintik2 mula membasahi bumi kering kontang di rohtas fort. Mujur aku datang awal, jika tidak pasti lencun dan becak di kawasan bersejarah idea dan ilham sultan sher shah suri ni
- misi mencari masjid yang besar dan selesa di bandar dina. Harap2 dapatlah ketemu. Aku dah bersedia utk dipandang sebagai alien semasa solat jap lagi. Dah la pakai jersey adidas merah. Memang mengundang mata2 memandang la kejap lagi dalam masjid kan, hehe
- terjumpa gak masjid sunni di sini. Kena dengar bayan dalam urdu dulu. Alamak apsal la tukhang bagi bayan sebijik mcm osama ben laden ni ek.
- baru diberitakan yang bayan dalam urdu ni akan berlangsung lagi 30 minit. Adesssss lama lagi la nak khutbah kat masjid sunni kat bandar dina ni kan. Gua sudah lapar banget ni dong
- terperasan ada beberapa jemaah yang memakai kopiah diperbuat daripada mengkuang warna coklat. Nampak unik, terasa nak beli la kopiah mengkuang tu lepas ni. Pasti vogue kan, haha
- seperti biasa ramai akan memandang aku seolah2 nampak alien merah in the attic memasuki ruang angkaraya bumi kering kontang di sebelah kubu rohtas. Depa tak tahu alien ni muslim sunni mcm depa juga. Hehe
- giler berkeroncong sm salim perut aku masa tengah mendengar bayan urdu ni. Dapat duduk bersila di atas rugs berwarna ala jersey togo semasa world cup, di litupi ceiling masjid yang terbuka, masih under construction, mmg priceless
- lepas ni kena beli jaket kaler tanah or coklat lembut. Supaya boleh camouflage di kalangan jemaah yang berpakaian salwar khameez warna pastel. Hehe
- amin. Alhamdulillah. Selesai menunaikan solat jumaat tanpa ada sebarang kejadian tiidak diingini. Beginilah kehidupan di bumi pakistan. Lidah sentiasa basah dan hati tidak tahu samada kita akan hidup atau mati seminit lagi. Secara jujurnya inilah realiti kehidupan di sini.
- sememangnya masa nak solat tadi ada bukan sedikit, tapi banyak kembimbangan. Melihatkan kelibat polis bersenjata mengawal pintu masjid, jemaah keliling yg kelihatan sugul dan agak suspicious sekali. Apatah lagi apabila melihat khatib yg seiras dgn osama laden. Berkali2 kalimah syahadah diucap tatkala berlangsungnya sol…
- aku masih lagi diberikan Allah kehidupan untuk dihargai. Masih sempat update facebook dan liveblogging membuat catatan perjalanan di bumi yg begitu asing. Hehe
- kembali bersiaran di islamabad. Hujan rahmat mengiringi kepulangan gua ke islamabad. Hehe. Alhamdulillah hujan akan membersihkan segala debu2 musim sejuk. Menghijaukan pokok2 dan mententeramkan suasana. I like. Hehe
- time ro recollect all the facebook updates and trasnform into blog posting. Dah bokeh buat buku pasal coretan perjalanan dan pengalaman di bumi asing ni la kan. Hehe

4 responses to “Coretan Perjalanan Cuti-Cuti Pakistan (Live Melalui Facebook) – Dari Islamabad ke Rohtas Fort”