Tajuk Karangan Pada Hari Ini : 8 Perkara Yang Saya Akan Lakukan Bila Saya Balik Kerja. Hehe :)

tadi terbaca kat blog zakiyamani.com pasal 8 perkara yang dia buat masa dia balik kerja. hehe lepas berentap dalam traffic jam yang menggila. dia balik je kerja, terus buat semua benda2 tuh. well almost all lah kan, takdelah everyday kot. tak gitu zaki ? haha

okeylah aku pun nak letak gak lah 8 perkara yang aku buat bila aku balik kerja. well, almost all are true la kan. except kalau aku kerja during holiday or weekend la. that’ll be something else la yang aku buat kan. haha

this is going to be so simple. keep it simple n stupid fellas! haha

  1. balik je kerja kena la bukak gate rumah dulu kan. aku tinggal kat rumah teres. takde pinta gate automatik plak. so kena la buka gate sendiri kan. haha. nantilah kalau aku nyer rumah kat setia alam dah siap aku ingat nak pasang gate automatic je lah. senang sket kalau hujan takdelah aku menunggu dalam kereta sementara hujan reda. tapi biasanyer aku redah je lah hujan tuh. basah boleh kering. kena hujan boleh mandi kan. hehe
  2. lepas bukak pintu normally aku akan onkan laptop aku and then onkan streamyx aku sekali. unlimited usage beb. so kenalah on 24hrs kan. haha bongkak plak dowh! tak baik beb. haha. so aku rasa kalo jiran2 aku nak curi line or speed broadband aku, aku pun tak kisah. janji janganlah depan download pakai torrent yang berat2 plak kan. nanti speed turun ke tahap gaban plak nanti. haha
  3. lepas tuh aku akan on kan tv and then tengok je lah apa2 yang patut. tak macam zakiyamani.com yang fanatik giler ngan manu dia. aku just bukak sports, tengok apa yang ada. biasanyer aku bukak gak channel travel n livin. memang best sebab aku pun suka travel. masa korang baca blog aku neh pun aku tengah travel ok. aku ada kat resort kat sungai perak. bilik aku betul2 mengadap ke sungai perak. airnyer mengalir perlahan. tapi aku tahu sungai tuh dalam. tadi hujan. sejuk giler dowh sekarang neh. haha
  4. lepas tuh apa lagi, dah nak masuk senja, tak reti2 lagi nak mandi solat maghrib ke beb! haha. kan dah kena sound, kekadang tuh aku layan gak la tv sekali ngan internet nak senja2 neh. tapi lepas tuh mandi la kan. semuanya siap2 just before bulletin utama ke udara. haha aku layan gak la bulletin utama. tapi semenjak 2 minggu aku malas nak tengok bulletin utama sebab hampeh sangat pasal pilihanraya yang berat sebelah. asyik ulang2 je berita yang sama. muak aku dowh
  5. lepas tuh barulah aku fikir nak dinner kat ner. aku jarang masak so kenalah upah tukang2 masak kat area aku masakkan kan. hehehe kekadang aku singgah beli kuetiaw basah kat wangsa melawati. kekadang belasah je nasi dengan ayam goreng kampung kat warung helmi kat situ gak. haha neh boleh buat entry jalan2 carik makan la plaks. ahaks. amendalah haku malam ni eh. mcm tak betul adjer. haha.
  6. lepas dinner biasanyer sambung nengok tv. takpun tv tengok aku. eh silap. the other way around la. haha. kekadang aku layan gak la dvd. kat rumah aku berlambak dvd yang akubelum tengok lagi. kekadang aku rasa dvd aku sama banyak ngan buku2 aku yang aku beli tapi tak sempat nak menengoknyer lagi. aku belum beli rak buku ngan dvd lagi beb! bersepah dvd ngan buku aku kat atas karpet. haha. siapa mahu kemaskan angkat tangan!
  7. then biasanyer aku akan layan baca buku plak. bukan buku dongeng tapi buku2 yang aku dah beli tapi aku tak baca2 lagi. kekadang aku keep on beli book tanpa arah tujuan. giler ke haper aku neh? haha. kekadang aku beli magazines dan masa nilah aku baca kesemua magazines. kekadang aku postkan kat blog aku pasal magazine yang aku baca. saja je nak sharekan magazine menarik yang baca. kat resort sg perak neh pun aku ada beli travel magazine baru – sphere nama dia. mmg cool beb mag neh. aku suka ngan teknik fotografi dia. cover simple tapi menarik dowh. haha
  8. last sekali aku akan tidor la. apa lagi nak buat kan. haha. sebelum tuh kekadang aku jeling2 gak la kat blog aku. reply comment mana2 yang patut. kalau aku ada mood aku buat la entry blog yang panjang giler camni. kalau takde mood aku buat entry 2 patah perkataan adjer. haha kejam giler kan. haha. tapi biasanyer akubuat entry bergambar. kalau ada gambar senang sket la nak berblog kan. yelah kan a pic can tell 1000 words. 1000 adwords beb! haha merapy dowh.
  9. eh no sembilan ada ke zakiyamani.com ? eh takde kan. haha

aku malas la nak tag sesapa. sapa2 yang terasa nak sambung, sambung je lah. remember, tiada paksaan dalam blog knizam artwerk ok. korang boleh buat la 8 perkara neh kalo korang suka, kalo tak suka still boleh buat gak. haha amendalah yang aku melalut tengah malam buter ni eh! haha

ServerFreak Web Hosting Solutions

Loading

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

18 responses to “Tajuk Karangan Pada Hari Ini : 8 Perkara Yang Saya Akan Lakukan Bila Saya Balik Kerja. Hehe :)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.