29 Jalan di KL Ditutup Ahad Ini Ya ! Hehe :)

i am not sure whether these roads closure will hamper the aquaria klcc hunt route this sunday. hopefully not. kalau tak sure la susah nak drive kan. hehe dah la area aquaria dengan taman burung tuh betul2 kat tengah town kan. hehe

29 jalan di KL ditutup Ahad ini

27/03/2008 5:01pm

KUALA LUMPUR 27 Mac – Sebanyak 29 laluan di sekitar pusat bandar raya akan ditutup sementara bagi memastikan kelancaran acara larian Maraton Antarabangsa AmBank pada pukul 4.15 pagi, Ahad ini.

Antaranya ialah Jalan Lebuh Pasar Besar, Jalan Lekiu, Jalan Tun Perak, Jalan Raja, Jalan Hishamudin, Jalan Istana, Jalan Travers, Jalan Kampung Atap, Jalan Sulaiman dan Lebuh Raya Persekutuan Timur-Barat.

Turut ditutup ialah Lebuh Raya KL-Seremban, Jalan Lapangan Terbang, Jalan Istana Baru, Jalan Loke Yew, Jalan Cheras, Jalan Hang Tuah, Jalan Imbi, Jalan Bukit Bintang, Jalan Tun Razak, Jalan Raja Muda, Jalan Mahameru, Jalan Duta, Jalan Sultan Salehudin serta Bulatan Dato’ Onn.

Menurut Ketua Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Abdul Wahab Abdul Rahman, jalan-jalan yang akan ditutup sepenuhnya ialah Jalan Sultan Ismail, Jalan Syed Putra, Jalan Tun Abdul Rahman dan Jalan Raja Laut.

“Manakala Jalan Raja (Dataran Merdeka) akan mula ditutup pada pukul 10 pagi, Sabtu ini, untuk kerja-kerja persiapan.

”Seramai 10 pegawai dan 200 anggota trafik serta 30 anggota warden Dewan Bandaraya Kuala Lumpur akan mengawal lalu lintas di sepanjang laluan peserta,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Dijangkakan seramai 10,000 orang peserta dari dalam dan luar negara bakal menyertainya yang dianjurkan sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, bermula di Dataran Merdeka.

Acara tahunan itu melibatkan larian sejauh 3 kilometer hingga 42 kilometer mengikut lima kategori yang dipertandingkan.

Abdul Wahab menasihatkan pengguna jalan raya supaya menggunakan pengangkutan awam bagi mengelak terperangkap dalam kesesakan pada hari tersebut.

Beliau berkata, semua jalan akan dibuka pada pukul 11 pagi kecuali Dataran Merdeka yang terus ditutup sehingga acara itu tamat pukul 4 petang.- Utusan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

8 responses to “29 Jalan di KL Ditutup Ahad Ini Ya ! Hehe :)

  1. ahaha, xder kener mengener dgn me noo..

    en_me’s last blog post..take a break my dear

    Reply

  2. jalan tutup still bleh jalan kaki apa

    Reply

  3. jalan duta tutop?? adus… nani gue dr penang apa macam mau masuk??
    by the way, are u joinng??

    kawaii_desu’s last blog post..was away for treatment but came back wounded…

    Reply

  4. en_me : kamu di luar kl kah ?

    maen : hang sorang je lah jalan. aku dok dalam kereta k. haha

    kawaii : yep

    Reply

  5. hey.. buleh jer nak jalan kaki sambil buat treasure hunt, lagi cepat dari naik keta. haha

    this sunday i will be running the half marathon. next yr insya allah marathon 🙂 insya allah..

    BTW, go to the AMBank KLIM website to see which roads are closed. kau boh la route race tu kat sini, buleh la readers kau tengok, which roads yg ditutup supaya buleh elakkan kesesakkan 🙂

    Reply

  6. aini : mana boleh syarat kena bawak kenderaan 4 roda. haha.

    Reply

  7. Pingback: Aquaria KLCC Treasure Hunt 2008 - Briefing & Goodies ! Hehe :) | KNizam Artwerk

  8. Pingback: Treasure Hunt Malaya » Aquaria KLCC Treasure Hunt 2008 - Briefing & Goodies

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge