Kepulangan Yang Dinanti – Aman Shah

Bergema suara takbir di angkasa
Selembut bayu meresap ke dalam jiwa
Betapa hatimu terharu
Menyambut anakmu kembali

Terbayang senyuman di wajah nan sepi
Pulangnya anakmu di pagi yang murni
Kasihmu seharum kasturi
Melambai anakmu kembali

( korus )
Dalam dakapan keheningan maya
Pertemuan yang menyentuh di jiwa
Sekian lamanya terpisah
Harapan kini menjadi nyata

Kiranya perpisahan terjadi lagi
Anakmu pergi mencurahkan bakti
Doamu teriring selalu
Semoga bertemu kembali

( ulang dari mula )

Pulanglah di hari raya
Begitulah harapan ayahanda

Loading

Salam Raya 1 Syawal 1429H, Amacam Dengan Hari Raya Yang Pertama Anda ?

perghhhh huha dah malam raya pertama dah kan

penat giler ah siang tadi pergi beraya di sana sini

aku biasanya kalau raya2 camni akan pakai baju melayu seharian

sampai lebam aku ngan baju tuh. haha

sampai ke petang, bestnyer kan beraya di desa

bandar pun best gak sebenarnya kan. huhu

salam 1 syawal 1429H daripada KNizam Artwerk !

Loading

Suasana Hari Raya – Anuar & Ellina

A:
Berlalulah sudah ramadan sebulan berpuasa
Tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira
Anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa
Ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira

E:
Bertukar senyuman dan salam ziarah-menziarahi
Tutur dan kata yang sopan saling memaafi
Suasana hari raya walau di mana pun jua
Memberikan ketenangan dan mententeramkan jiwa

( korus 1 )
A:
Kuih dan muih beranika macam
Makanlah jangan hanya di pandang
E:
Ketupat rendang sila nikmati kawan
Penat memasak malam ke pagi

( korus 2 )
A:
Wajik dan dodol jangan lupakan
Peninggalan nenek zaman berzaman
E:
Asyik bersembang pakcik dan makcik
Hai duit raya lupa nak di beri

A & E:
Berlalulah sudah ramadan sebulan berpuasa
Tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira
Anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa
Ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira

( ulang korus 1 & 2 )

Loading

Indahnya Beraya Di Desa, Jom Beraya Bersama Saudara Mara & Rakan Taulan ! Jangan Beraya Depan TV Je OK !

fuhhhh penat giler ah beraya tadi kan

dah tengah hari neh, penat giler. rasa cam nak lepak bawah kipas

pastu tidur je….hehee

banyak lagi rumah nak pergi neh. haha

jangan la plak korang melepak beraya depan tv je ok. hehe

pergilah melawat sedara mara

yang jauh dan dekat. berbual2 sambil rileks2 menjamu selera

raya kan sebulan beb !

Loading

Pulanglah – Aishah

sayang di hari yg mulai ini
ku pohon keampunan
hanya satu yg ku pinta
pulanglah…

termenung ku sendiri
memendam rindu tidak menentu
kasih suci murni yang kita bina
hapus hancur oleh kata fitnah

di pagi hari raya
hati sayu mengenang dirimu
mudahnya kau menggantikan diriku
seolah cintaku tak berharga

apakah suratan
aidilfitri suatu titik akhir
sekian lama bercinta
kau tiada di hari mulia

keampunan ku pohon
sekiranya aku yang berdosa
pulanglah ku merindui mu sayang
ku menanti dengan hati rela

apakah suratan
aidilfitri suatu titik akhir
sekian lama bercinta
kau tiada di hari mulia

keampunan ku pohon
sekiranya aku yang berdosa
pulanglah ku merindui mu sayang
ku menanti dengan jiwa raga

pulanglah ke pangkuan ku oh sayang
ku menunggu mu di hari raya

Loading