Sampul Raya Dah Ready Wooooo



Sampul Raya Dah Ready Wooooo, originally uploaded by KNizam Artwerk.

Hehe sampulnya dah berlambak
Duit je x tukar lagi. Hehe
Kalau duit habis kat bank esok siap la bank tuh
Aku buat live blogging direct from kaunter bank tuh. Haha
mcm byk je benda x settle lagi before balik kg neh
Adoyai nak pergi jalan tar lagi la. Hehe

Loading

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1430H, Maaf Zahir Batin – Ikhlas Daripada KNizam.com, MakanMalaya.com & TreasureHuntMalaya.com ! Dam Dam Dummm Hehe :)

malas nak cakap banyak

korang amik je la kad aku kat bawah neh

berhati2 di jalanraya ya. semoga selamat sampai ke kampung halaman masing2

kita jumpa dalam arena live blogging yang malar segar selepas ini. wehheeee

dam dam dummmm… bunyi mercun

saya dengan ini menyusun 10 jari ingin meminta maaf sekiranya ada tersalah bahasa

tersalah komen, terlaser, ter singgung perasaan sesiapa pembaca blog ini

maaf zahir batin 🙂

Loading

Suasana Hari Raya (1986) – Anuar & Ellina

perghhhh akhirnya jumpa jugak aku ngan video asal neh

hehe lama tuh dowh tahun 1986 kan

video original tuh dowh. hehe antara lagu2 raya yang paling happening

dan best je dengar kat halwa telinga kan

riang ria ribena adjer bila dengar lagu neh. hehe 🙂

A:
Berlalulah sudah ramadan sebulan berpuasa
Tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira
Anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa
Ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira

E:
Bertukar senyuman dan salam ziarah-menziarahi
Tutur dan kata yang sopan saling memaafi
Suasana hari raya walau di mana pun jua
Memberikan ketenangan dan mententeramkan jiwa

( korus 1 )
A:
Kuih dan muih beranika macam
Makanlah jangan hanya di pandang
E:
Ketupat rendang sila nikmati kawan
Penat memasak malam ke pagi

( korus 2 )
A:
Wajik dan dodol jangan lupakan
Peninggalan nenek zaman berzaman
E:
Asyik bersembang pakcik dan makcik
Hai duit raya lupa nak di beri

A & E:
Berlalulah sudah ramadan sebulan berpuasa
Tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira
Anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa
Ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira

( ulang korus 1 & 2 )

Suara Takbir – Tan Sri P Ramlee

ok aku dah tak tahan dah

aku nak kena dengar lagu raya plak, dah tak boleh focus lagi dah ni. hehe 🙂

neh antara lagu raya paling syahdu

best je kalau dengar kan

imagine tengah berlari2 di batasan sawah pepagi suboh nak pergi solat raya. hehe 🙂

Dengar beduk berbunyi
Sayup bergema di subuh sunyi
Memanggil kepada muslimin
Segera berbakti kepada Illahi

Suara azan menyahut
Terdengar sayup memecah sunyi
Memohon restu dengan bakti
Kepada Illahi Tuhan Maha Suci

( korus )
Terdengar suara takbir
Memuji nama Illahi
Rasa dalam kalbu
Tenteram dan aman selalu

Kini tiba masanya
Hati gembira di Hari Raya
Bertemu sanak dan saudara
Bermaaf-maafan dengan keikhlasan

( ulang dari korus )

Loading

KL Jerebu Teruk La Pagi Ni



KL Jerebu Teruk La Pagi Ni, originally uploaded by KNizam Artwerk.

Hehe ingatkan kl berkabus pagi neh, rupa2nya jerebu teruk la kan
Mmg dah samar2 je nampak menara tm tu
Mmg saujana mata memandanglah pagi neh

Loading