Aku kat Hyatt Regency Kuantan kali ni. So aku tengok tengok destinasi bajet kat dalam bilik hotel la sekarang ni kan. Internet conection mahal giler kat sini RM35 for ½ hour je. Hampeh tul la. Takpe aku blog dulu dalam word nanti aku paste dalam blog knizam aku ni eh! So korang sure dah tak sabar nak tahu kat mana Qi pergi minggu ni kan. hehehehe
Kali ni Qi pergi ke Perak or spesific kat Ipoh la plak kan. Heheheh. Ipoh memang dulu orang cakap macam dead town. Tapi sekarang ni mungkin dah happening la sikit kan. Dah ada ipoh white coffee kat sini kan.
Aku baru je balik dari ipoh kan. Dua hari aku jadi coach untuk train bebudak koleq kat turf pitch ipoh minggu lepas. Fuhhhh taks empat la nak jalan ipoh sebenarnya masa tu kan. Aku sempat la makan kat Restoran Tasik Raban yang dekat dengan Stadium Hoki Ipoh. Memang sedap la ikan patin masak lemak tempoyak kat sana kan. Heheheheeh Qi should try la ikan patin tuh.
Satu Ratus, Dua Ratus, Tiga Ratus! rasa2 anda, cukup ke nak bercuti ni eh?
eheheheh Qi selalu mulakan dengan ayat klise tu kan. Memang betul wehhhh dengan RM300 boleh jenjalan merata. Tak caya cuba la korang tengok rancangan ni kan. Memang bajet giler. Kurang RM300 je boleh pergi merata2 tempat. Korang tengok la semua tempat yang Qi pergi kat bawah nih. Lengkap dengan makanan yang Qi makan sekali. Semuanya nampak sedap2 belaka. hehehehehehe
Aik kali ni si Qi dah tak pakai cap la plak. Dah tak serabai lagi. Nampak kemas. Rambut tersusun plak. Macam pelik la plak kan. Heheheeh bukan ker destinasi bajet takleh kemas2 heh! Heheheeehh gurau je beb! Lagi satu dia tak bawak pun joran dia. Oh! Lupa plak kali ni dia pergi ke Ipoh je. So sure tak memancing la kan.
Terminal Bas Gopeng
Qi sampai kat Terminal ni from KL. Terminal bas ni dekat giler dengan Hotel Impiana Casuarina Ipoh. Dari terminal bas terus naik teksi ke town ipoh. Banyak bangunan design ala2 mogul kat sini. Ipoh memang town yang terkenal dengan perlombongan bijih timah kan, hehehehe.
Hotel Fairpark Ipoh
Murah dan selesa beb. Siap ada tv wehhhhh. Ni aku rasa hotel yang paling best. 2 malam boleh dapat bawah rm100 je. Hehehehehe tandas pun ok, siap ada hot shower lagi la kan. Memang sesuai la kan hotel ni ngan theme destinasi bajet kita kali nih.
Kedai Nasi Kandar Jalan Yang Kalsom
Naik bas ke kedai Nasi Kandar – Jalan Yang Kalsom. Restoran cina tapi sewa tapak oleh mamak kat sini. Nampak sedap beb. Dalam RM5.40 je si qi ni makan wehhhh. Sedap la lak pekena dengan milo ais plak tu kan. Memang aku tengok orang siap beratur la lagi nak beli nasi kandar kat sini. Kalau kat penang ada nasi kandar kat ipoh pun ader wehhhhh! Siapa kata ipoh tak best kan. Hehehe
Muzium Darul Ridzwan
Memang muzium yang penuh dengan sejarah bijih timah. Seni perhutanan pun ada gak. Hehehehe. Peralatan yang digunakan nak melombong bijih timah pun ader gak. Hehehehe barang2 manual. Nila dia lesung batu. Takkan tak pernah tengok beb. Qi siapa boleh joke nak buat sambal belacan lagi.
Bandar Diraja Kuala Kangsar
Qi terus naik bas ke kuala kangsar. 35km ke utara ipoh beb. Murah la tambang bas dia kan. Kuala kangsar memang la aku kenal giler. Mana taknya, dah aku sekolah kat MCKK selama 5 tahun kan. Actually banyak giler tempat kalau nak pergi melawat kat kuala kangsar ni kan. Bagi aku memang best la sebab nostalgia beb! Aku rasa kalau nak buat Destinasi Bajet kat Kuala Kangsar alone pun boleh. Aku boleh jadi tourist guide. Memang banyak giler boleh buat, makan kat Kuala Kangsar alone beb!
Galeri Sultan Azlan Shah
Bayaran masuk Cuma RM4 sahaja. Banyak barang2 Sultan Azlan Shah kat sini wehhh. Aku pernah singgah dulu. Semua barangan peribadi ada kat dalam ni wehhh. Semua ada. Keris Taming Sari, keris lagenda yang disimpan oleh Sultan Azlan Shah puna ader. Tapi masa qi datang tak dipamerkan. Sukan diminati sultan ialah hoki. Baginda siap wakil malaysia lagi. Piala Sultan Azlan Shah pun ader. Tapi Malaysia tak pernah menang pun Piala ni semenjak dipertandingkan kan. Hari tu kat Ipoh pun dapat No 2. Ramai giler nak tengok Malaysia memang, ye la kan dah nama piala Sultan Azlan Shah, takkanlah Malaysia tak pernah memang langsung kan. Memang agaklah ajaib kan. heheeheheheh
Istana Kenangan
5 minit je jalan kaki ke sini. Dulunya Muzium Kenangan tapi dah jadi Muzium Diraja untuk lawatan orang ramai. Sekarang ni close for renovation. Dibuat daripada kayu kayan sahaja tanpa paku beb istana nih. Memang cun la. Aku pernah pergi dulu masa kat koleq dan masa aku pergi mengajar dan bercuti sekali kat Kuala Kangsar nih. Cantik muzium ni. Muzium ni sebelah je dengan Istana Iskandariah yang besar tuh. Ala tempat Raja Nazrin dengan Tuanku Zara nikah la kan. Heheheheh. Dulu masa dalam scout aku pun selalu gak jalan2 trekking kat area istana2 lama ni. Memang jauh berjalan dengan thumbstick masa tu kan.
Labu Sayong
Naik teksi 10 minit ke kawasan perusahaan labu sayong yang berkualiti dan cukup popular. Memang kalau cerita pasal Kuala Kangsar memang la kena melawat ke Kampung Sayong kan. Hehehheehh Qi siap tengok proses pembuatan labu sayong lagi la. Siap pegang tanah liat yang cair tu beb!. Siap dia bukak sekali tempat pembakaran labu sayong. Dia siap beli je labu satyong RM9 je. Heheheeh murah beb! Aku pasal Sayong ni memang selalu dah pegi dulu. Asyik camping je kat Sayong ni kan. heheheheheeh
Gerbang Malam
Ini ialah tempat yang boleh kita lawati kalau ada kat Ipoh. Ala2 Uptown la weh! Siap buat lawak Malaysian Idol t-shirt lagi la. Hehehehe. Siap ada jual mp3 jual pakai laptop la wehhh! Jersey Malaysia yang ada keris pun ader. Heheheh nak menyalakan rokok yang besar kena la pakai mancis yang besar kan. Amende la Qi buat lawak pasal bunuh diri tu kan. Hehehehheheh. Ko memang lawak la Qi. Siap angkat t-shirt nak beli sekali. Dalam RM20 je wehhhh!
Food Court
Sebelah Gerbang Malam je. Satay ayam 10 cucuk la Qi. Siap order 8 je. Amendela kan. Selamba je order satay 8 cucuk je. Hehehehe rupanya dia silap sebab no 8 tu no favourite dia kan. So tu yang tersasul sampai terorder 8 cucuk je. Kena try popiah SS Ali. Pulut Endut. Makanan ni memang popular beb! So kalau singgah kat sini kena la makan local dishes camni kan. hehehhee
Hari Ke-2
Medan Selera Dato Sagor
Gerai Chit Chat Mee Kichap. Heheheh mee kichap dia memang best la. Sebelah stesen keretapi. Wahhhhh ada kari lagi la. Letak kari atas mee kichap. Rm3.70 je la. Heheheh kat perak je ader me kichap je kan. Nampak sedap la plak biler tengok si Qi ni makan kat situ kan. Heheheheheeh. Aku kena cuba ni kalau aku singgah kat sana nanti.
Harga pakej tour kat Ipoh pun ader, dalam kurang RM100 je boleh round Town Ipoh tau! So Qi amik satu pakej nak round Ipoh la kali ni kan.
Gua Tempurung
Dalam Daerah Gopeng. Bayar RM9 je la. Heheheheh murah tuh. Siap kena ikut abang renjer nak masuk. 1.5km punya gua, panjang tu beb!. 800 tahun sebelum masihi lagi dah wujud. Rock formation pun ader. Siapa ada batu kapur, ngan kristal semulajadi la. Ada bukti tempat perlombongan bijih timah. Ada stalakmit yang besar dipanggil Batu Tergantung. Banyak keluar so bau bachin sikit la kan. Ye la kan dah banyak kelawar mesti la banyak tahi2 dengan air kencingnya sekali kan. Hehehehehe.Sempoi beb! Lampu gelap la sket kan coz tak nak pakai lampu besar sebab boleh merosakkan batu2 kapur yang ada dalam gua ni. heheheheeh
Kellie’s Castle
Kat Batu Gajah ni ada Kellie’s Castle. Heheheheh sini la tempat aku pergi masa Treasure Hunt TCI dulu. Kellie’s Castle dibina ala2 Taj Mahal. Diselubungi pelbagai misteri. Koridor misteri pun ader sebab ada orang nampak roh Kellie’s Smith berlegar2 kat sini. Rupa dia pun ader. Bilik anak perempuan anak dia Helen ader kan. Istana ni tak siap sepenuhnya. Cuma agak misteri je la kan. Anyway castle ni memang lawa la dengan design batu-batan dia yang merah tuh. Memang tak siap tapi tu la yang uniknya kan. hehehehee
Café Sebelah Kellie’s Castle
Nasi goreng ayam paprik dia sedap wehhh. Tak tahu plak café tu sedap camtu kan. Heheheh. Dulu masa treasure hunt main belasah je jawapan and then nak cepat giler aku masa tuh kan. Heheheeheh. Takpe la nanti kalau aku pergi lagi akan ku jamah Nasi Paprik tu kan. Heheheheh memang nampak sedap la! Terliur kejap aku tadi beb!
The Last Kapal Korek
Lokasi kat Tg Tualang. Satu2nya yang masih wujud kat Malaysia kan. Semua yang lain dah dismantle. Heheheh aku dah pergi kat sini la Qi. Siap explain pasal baldi yang digunakan nak korek ni kan. Memang besar giler kapal korek ni tau tak. Kalau tak percaya korang kena pegi jugak kat sini. Ni je yang tinggal. Satu2nya kat Malaysia ni kan. heheheheh
Limau Bali Ipoh Mali
Qi pergi Tambun la plak kan. Hehehhe berlambak la limau bali kat sini kan. Besar2 buah dia. Dah macam tembikai plak kan. Siap ahmoi tu kena kopekkan limau bali untuk si Qi. Rasa masam dengan manis pun ader. Siap dapat RM6 je. Hehehheheh. Dulu masa aku singgah Gerai2 yang cun tu tengah cosntruction lagi. So ada 2 van je yang jual limau bali kat luar tu kan. Hehehehehe
Char Kuey Tiaw Ipoh
Food Court yang popular kat Green Town. Memang banyak giler char kuey tiaw kat sini la. Heheheheheehh siap dengan the ais. Sedap la beb!. Char Kueq Tiaw basah tu beb! Rasa memang original la kan. Heheheheh jangan lupa singgah kat sini tau
Hari Ke-3
Kedai Haji Daud Mat Kasah, Jalan Dato Onn Jaafar
Qi try mee kari style chinese sket. Macam best je mee kari tu kan. Nampak lain sket. Aku rasa apa2 je yang Qi makan dalam rancangan ni mesti best giler kan. Hehehehee. Ko tengok la mee kari tu siap dengan semua ramuan dengan rencah yang best gak la kan. Mee kari ni wajib kita cuba kalau dah sampai kat sana beb!
Pasar Karat Memory Lane
Semua ada kat sini. Daripada yang antik sampai la ke barangan lama2. semua ada la. Majalah lama pun ader gak. Sebut je apa nak, semua ada beb! Qi siap pegang mesin rambut zaman2 dulu. Siap ada rambut lagi beb! Kipas antik brand Toshiba pun ader. Heheheeh ada contoh barangan elektronik yang boleh dipakai la wehhhh. Siap pegang tepak sireh dengan kapur lagi beb!. Pemadam api antik. Pasar dibuka setiap Hari Ahad je beb!
Ni kat bawah ni plak tagline untuk Destinasi Bajet plak. Hehehehe. Macam menarik je tag tu kan.
“300 ringgit Satu Destinasi.
Jangan Jadikan Bajet Sebagai Alasan Tidak Bercuti!”
Heheheh so dah habes la. Kita jumpa lagi dalam Destinasi Bajet minggu depan eh!
7 responses to “destinasi bajet 8tv @ season 1 episode 8 – PERAK!”