Category Archives: makalah + majalah

liburlah lagi mac 2007 ini

Loading

digital camera feb 2007 & mata memukau itu

perghhhhh tengoklah design muka hadapan tuh. cukup memukau untuk membelinya. dengan warna hijau menikam, matanya sungguh menakutkan kan? terjumpa semasa saya bersiar2 di ikano power centre tadi. sebelum menikmati lunch di kluang station di sana. memang best magazine nih. banyak yang boleh dipelajari di dalamnya.

apa lagi, pergi la beli duh! 🙂

Loading

jom baca libur ngan traverama nak?

siapa yang belum beli majalah ni. tolong beli. tidak. saya tidak bekerja untuk majalah ini. saya juga tiada share dalam kedua2 majalah. cuma sebagai rakyat dan warga malaysia, kita perlu beli. kita perlu mengenal malaysia. bukan sebab kita nak beli sebab kita banyak duit. kita beli sebab kita nak tau tempat2 menarik di malaysia. supaya kita senang mempromosikan negara terchenta. jadi siapa belum beli, silalah beli. kalau tak mampu, silalah baca kawan anda punya. pegi khutubkhanah pun ok juga. 🙂

tahu ke apa itu khutubkhanah? cari la dalam kamus dewan

susah2 sangat google je. senang kan 🙂

kedua2 majalah ini ada cerita tersendiri berkenaan diri saya. satu pasal libur dan satu lagi pasal traverama.

dalam libur kali ni ada eye on malaysia @ eom. saya nak tergelak bila menarap eom ni. mana taknya. kisah berlaku semasa flora hunt minggu lepas. seminggu sebelum floral parade di putrajaya. salah satu daripada mission yang pedang setiawan kena lakukan ialah pergi ke tasik titiwangsa. punya lah teruja. terbayang2 ketika itu bagaimana kami 3 orang akan dapat menaiki eom secara perchuma.

fuhhhhhh dengar macam bestkan?

iklan zaman dulu2

terhibur saya melihat ejaan dan sebutan pada iklan dulu2 yg saya terima via email ini. memang nostalgia dan klasik sekali kan?

Loading

libur yang merah

saya memang teruja bila melihat libur, majalah kegemaran saya yang satu ini di rak2 majalah di kedai2 suratkhabar. saya mula membeli majalah kesayangan ini semenjak keluarannya yang pertama lagi. macam kira fan no 1 gitu. memang best mag nih. susah nak jumpa mag yang ada local content berkenaan local sight seeing.

  

bila saya menatap majalah ini dengan mata hijau saya, saya akan teruja untuk pergi melancong. suatu ketika saya memang berangan2 utk melancong ke luar negara kerana merasakan percutian di dalam negara amat membosankan. namun sangkaan saya meleset setelah saya membaca majalah libur ini. percutian dalam negara juga menyeronokkan. masakan tidak. belum cuba belum tahu kan?

edisi pulau pangkornya telah menarik saya untuk menempah percutian ke laguna redang island resort selama 3h2m dan seterusnya membeli tiket bas kl-terengganu, tiket kapalterbang mas kuala terengganu-kl dan beberapa t-shirt redang, key chain, mineral water, tidak lupa juga keropok lekor terengganu yang lazat. terima kasih agensi pelancongan ping anchorage kerana telah menguruskan segala percutian saya pada kali ini. puas hati beb!

pertama kali saya ke pulau redang. saya amat terkasima dengan keindahan airnya yang membiru, pasir pantai yang berwarna putih dan sejuk, penginapan yang menyelesakan. makanan di sana yang menggiur dan menyelerakan. memang umpama syurga dunia laksananya. sungguh aman damai, percutian hebat tak terkata. apa yang saya merepek nih eh? takde kerepek di sini. semuanya memang benar belaka.