memang seronok menonton sebuah filem yang hebat seperti the last castle ini di tv malam tersebut. lakonan robert redford memang berkesan. antara filem yang mempunyai semangat tersendiri dan boleh meningkatkan emosi 🙂

![]()
memang seronok menonton sebuah filem yang hebat seperti the last castle ini di tv malam tersebut. lakonan robert redford memang berkesan. antara filem yang mempunyai semangat tersendiri dan boleh meningkatkan emosi 🙂

![]()
Posted in filem + wayang
saya merupakan salah seorang daripada ratusan warga pengakap di negeri perak yang telah diiktiraf sebagai pengakap raja. ramai yang tersalah sebut sebagai pengakap diraja. ianya bukan sebegitu. sebetulnya ialah pengakap raja sahaja.
namun begitu saya hanya dikurniakan sijil rasmi pengakap raja yang ditandatangani oleh kesemua sultan di malaysia pada 1998 di istana iskandariah, kuala kangsar. sungguh terharu rasanya!
bila ada filem mengenai pengakap, saya akan terkenang kehidupan saya sebagai seorang pengakap suatu ketika dahulu. banyak asam garam pengakap yang saya lalui. nantilah saya ceritakan pada entry yang lain ya 🙂
ni sedutan filem goodbye boys (scout), review di sini.
saya belum sempat menontonnya lagi.
anda dah menonton ke?
Synopsis:
What happens when a gang of Form Five boys embark on a 100km hike to fulfill a King Scouts requirement but come back on the road to becoming men?
Goodbye Boys is a simple journey with complicated realizations. Set in 1990, Malaysia, it is about a gang of pimply guys with raging hormones, undecided ambitions and formative identities. They set out on a grueling 5-day journey through the Kinta Valley – once the richest tin deposit in the world, now an abandoned plain – that changes friendships and selves.
Posted in filem + wayang, koleq + kuale kangsa
found this superb all 3 film’s trailer of lotr trilogy from youtube.
saya mengaku ini adalah di antara trologi terhebat abad ini selepas starwars. memang hebat filem ini. semua pasal sebentuk cincin emas yang hanya boleh dilupuskan di mount doom oleh frodo baggins sahaja.
hebat bukan?
cincin punya pasal, boleh menjadikan manusia tergila2 filem ini dan sanggup menunggu sehingga 3 tahun untuk menontonnya. aisey, sayalah salah seorang yang disebutkan itu!
enjoice fellas!
![]()
Posted in filem + wayang
siapa pernah tengok twilight zone? angkat jari!
You’re travelling through another dimension. A dimension, not only of sight and sound, but of mind. A journey into a wondrous land whose boundaries are that of imagination. Next stop, the Twilight Zone!
saya suka ngan twilight zone (tw) ni. sebab banyak misteri dalam dia. twilight zone the movie telah difilemkan pada 1983. memang best cakap lu! dalam filem ni ada 4 scene yang berlainan. tapi scene paling horror scene yang last. horror siot.
kat bawah ni film ni punya official trailer.
ni plak dia punya intro. mamat tu tanya member dia, are u scary….jeng jeng jeng
antara scene yang paling saya takleh nak lupa adalah scene mistery masa kat atas flight tuh! scary beb.
mamat tu nampak ada something kat sayap flight tu, tengah memusnahkan engine flight tuh. takut sehhhh. siapa tengok lepas tu sure kecut gak nak naik kapalterbang. especially kalau masa kat awan tu hujan lebat, malam gulita dan kilat sabung-menyabung. jangan la korang suma tengok melalui tingkap kat engine atau sayap pesawat tuh. nescaya akan terlihat dek mata kasar akan satu lembaga sedang memusnahkan engine anda.
suka gak dengan muzik twilight zone nih…..teeennneeeneeenneeeeeeeeee. teruja! siapa ada mp3 dia, tolong bagi kat saya ya 🙂
Posted in filem + wayang
aku sempat la jugak tengok anugerah skrin 2006 yang hambar giler kat tv3 hari tu. time aku tengok, sekali masa tu tengah present award untuk best actor
dan pemenangnya – leading actor dalam filem rock. saper ntah nama actor tu. lupa plak 🙂
aku tak nak cakap pasal anugerah skrin, tapi nak cakap pasal filem rock
aku dah tengok and dah beli pun vcd dia. memang best ar layan filem nih. banyak lagu-lagu zaman 80an yang sungguh nostalgia. plus banyak adegan yang lama-lama macam konsert rock kat funfair, video clip kat stesen keretapi kk dsb
memang tak rugi woooo beli vcd rock nih. filem arahan dan idea mamat khalid ni memang power la. lain sket filem dia. filem mamat khalid memang dekat sikit dengan masyarakat. lebih down to earth
ni antara scene yang menyayat hati. takdelah sedey sangat. cuma masa band tu nak perform, sekali ada mamat mana ntah enterframe. sekali kena main lagu keronchong daaaaa. kesian depa. hahahaa
kat bawah ni filem rock punya official trailer, ada lagu dari sinar mata nyanyian bpr. best ar layan trailer dia nih.
ni plak scene masa band malaikat maut muncul. perghhhh siap ada kemenyan tuh. berasap beb. memang power siottt tengok band malailat maut nih.
Posted in filem + wayang