Tragedi Pesawat Penerbangan Malaysia MH635 Terhempas di Tanjung Kupang, Gelang Patah, Johor pada 4 Disember 1977
aku terbaca akhbar kosmo kat homestay tadi
aku jarang baca kosmo, hari neh baru terbaca. hehe
nampak satu page pasal tragedi kat atas tuh
sungguh menyayat hati kan.
tak tahu plak ada tragedi pesawat terhempas di malaysia yang begitu dahsyat
korang baca je la sendiri kat bawah ya
al-fatihah buat semua mangsa2 kejadian pada 1977
- – - – -
source here
Daging berkecai di ‘paya hangus’
Tapak pesawat Penerbangan Malaysia MH635 yang terhempas di Tanjung Kupang, Gelang Patah, Johor pada 4 Disember 1977 kini hanyalah sebuah belukar tinggal. Ia menyembunyikan 1,001 misteri yang belum sempurna terjawab.
ANTARA faktor pemula kisah yang disiarkan ini ialah cerita-cerita yang disampaikan dari mulut ke mulut oleh para pemandu teksi di sekitar Johor Bahru. Mereka menyebarkan cerita tentang kelibat wanita berpakaian seperti pramugari pada waktu malam di jalanan sekitar Jalan Kebun Teh dan juga di Gelang Patah, Johor.“Wanita itu meminta dihantarkan ke salah satu destinasi itu. Kawan saya pernah terkena sebelum ini. Apabila ditanya wanita itu kenapa dia mahu turun di tempat yang gelap dan bukan kawasan perumahan, wanita itu tiba-tiba ghaib dari tempat duduk penumpang.
“Ada pula yang sempat dijawab wanita itu. Katanya, ‘bang, saya nak cari tangan saya yang putus’. Gugur jantung saya,” cerita seorang pemandu teksi, Yusof Mohamad, yang menggeleng-gelengkan kepala sambil berdoa dirinya tidak diuji dengan pengalaman seperti itu.
Ramai orang di bandar raya Johor Bahru maklum tentang kisah seram tersebut. Sama ada mendapat respons ketawa atau rasa takut yang melampau, ia sebenarnya merantai ingatan mereka terhadap sebuah tragedi dahsyat yang pernah berlaku lebih tiga dekad lalu.Isnin 4 Disember 1977 adalah tarikh yang paling mendukacitakan dalam sejarah Penerbangan Malaysia (MAS). Penerbangan MH653 yang membawa seramai 93 penumpang bersama tujuh anak kapal telah meletup dan terhempas di sebuah kawasan paya bakau di Tanjung Kupang, Gelang Patah, Johor.
Rangka pesawat yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang itu berkecai dan terbakar hingga meranapkan muka bumi seluas kira-kira dua kilometer persegi dari titik hentamannya.
Kegemparan itu mengejutkan sekalian penduduk kampung nelayan di situ. Ada yang berkurung dan segera menutup pintu kerana ketakutan. Ada pula penduduk yang berani bergegas ke tempat kejadian.
“Saya ternampak gugusan api yang marak menyala di langit. Sejurus ia terhempas ke bumi, bergegar jadinya kawasan ini. Semua orang terdiam dan berdebar-debar,” ujar seorang warga Kampung Tanjung Kupang, Ahmad Puteh, yang sewaktu kejadian itu berusia 26 tahun dan masih bujang.
NAHAS MH653 mendapat perhatian ramai termasuk Tengku Mahkota Johor, Perdana Menteri, Allahyarham Datuk Hussein Onn (kini Tun), Menteri Perhubungan, Mendiang Tan Sri Manickavasagam dan Timbalan Mufti Johor, Datuk Ahmad Awang.
Segalanya masih jelas dalam memori nelayan berusia 58 tahun itu. Menurutnya, hanya selepas setengah jam, baru dia nekad untuk melihat ‘raksasa’ apakah yang jatuh ke kampungnya itu.Kutip duit berguni
Dalam gelap malam yang diterangi api yang masih marak, orang kampung sungguh terkejut apabila mendapat tahu yang jatuh itu adalah bangkai kapal terbang.
“Sebelum kedatangan pihak berkuasa, saya melihat beberapa orang kampung sibuk mengutip sesuatu di tanah. Duit berselerak macam daun pokok getah.
“Malah ada yang dapat kumpul hingga berguni-guni banyaknya,” katanya yang tidak berani mengambil, namun tidak menafikan bahawa sesiapa pun akan tergerak hati untuk memungut not-not kertas wang ringgit, yen Jepun, dolar Amerika dan pound sterling di sekitar kawasan tragedi.
“Saya dengar cerita, beg-beg yang berisi pakaian dan barang kemas pun dijumpai orang kampung. Bila tengok barang-barang macam itu, mereka pun ‘menyelit-nyelit’lah.
“Paling kecoh, apabila ada seorang yang ternampak cincin lalu ingin memungutnya secara diam-diam. Rupa-rupanya, cincin itu masih tersemat pada sebatang jari yang sudah putus!” kata seorang suri rumah, Zaiton Dol, 47, tentang tabiat rakus orang kampung.
“Entah siapa agaknya yang membawa wang tunai begitu banyak. Tapi bila difikirkan balik, memang ramai orang kenamaan dalam kapal terbang itu, kan? Mesti barang-barang itu milik mereka,” katanya.
Selain mengorbankan seorang usahawan Jepun, Tomio Gotto, dan Duta Cuba ke Malaysia, Mario Garcia serta isterinya, tragedi pesawat MH653 itu turut meragut nyawa Menteri Pertanian, Datuk Seri Ali Ahmad, Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya, Tan Sri Mahfuz Khalid, Pengarah Kerja Raya Bahagian Tentera, Datuk Khalid Mohamad, dan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perikanan, Abu Bakar Othman Merican.Selain itu, dua orang pegawai Bank Dunia, O.D. Hoerr dan S.A. Naime turut terkorban bersama-sama puluhan penumpang dan petugas kabin. Tiada seorang pun yang terselamat dalam pesawat yang dipandu juruterbang Kapten G.K. Ganjoor dan pembantunya, Kamarulzaman Jalil itu.
Seorang lagi penduduk kampung yang teruja menceritakan kisah itu ialah Siti Rahmah Ismail, 39. Walaupun ketika kejadian dia baru berusia tujuh tahun, Siti Rahmah masih mengingati banyak perkara.
“Budak-budak disuruh tidak keluar dari rumah. Maklumlah, ibu bapa kami takut perkara buruk terjadi kepada kami. Keadaan semakin kecoh apabila pihak berkuasa dan keselamatan yang terdiri daripada anggota polis, tentera, bomba dan ambulans tiba tidak lama kemudian. Kerja-kerja menyelamat berlarutan ke lewat malam,” imbasnya.
MEMORIAL memperingati tragedi pesawat Boeing 737 MH653 masih dikunjungi ahli keluarga mangsa di Jalan Kebun Teh, Johor Bahru.
Keesokannya, udara kampung menjadi tidak nyaman. Ramai yang terkejut apabila terjumpa atau ternampak dari jauh kecaian daging dan tulang manusia yang bersepah dan membusuk. Lebih meloyakan adalah apabila isi perut yang terburai dilihat tersangkut pada ranting dan dahan pokok bakau.“Ramai yang tidak boleh tidur malam kerana dibayangi pemandangan itu. Apatah lagi mereka diganggu mimpi ngeri, terutama mereka yang telah mencuri simpan barang peribadi milik mangsa nahas,” kata Ahmad.
“Siapa yang mengambil milik orang pada malam kejadian, terimalah habuannya. Mereka tidak tenang. Sampai ada yang sakit seperti terkena badi hingga terpaksa dibawa berubat,” tambah Zaiton pula.
Suara jeritan
Ahmad mengakui, selama beberapa tahun, Kampung Tanjung Kupang terutama di kawasan tragedi itu seperti berhantu. Semua orang takut untuk melaluinya.
“Kalau menaiki motosikal di daratan atau menaiki bot di sebelah paya bakau itu, pasti akan terdengar suara-suara kelam seperti orang menjerit, meratap dan memekik meminta tolong.
“Penghuni rumah yang paling dekat dengan tempat kemalangan juga telah lama berpindah sejak tragedi itu berlaku,” kata Ahmad mengenai sebuah rumah tinggal yang terletak kira-kira 100 meter dari rebakan api bangkai MH653.
Kru Jurnal yang mengunjungi Tanjung Kupang kelmarin nekad ‘menceroboh’ masuk tapak tragedi walaupun mengetahui laluan masuknya sudah dipagar kerana telah menjadi milik Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP). Sewaktu memperlahankan kereta di sebatang jalan yang sempit, tidak pula terasa apa-apa yang meremangkan bulu roma.
SELAIN tapak tragedi, balai polis lama di Tanjung Kupang ini juga sudah menjadi sejarah lantaran tidak lagi berfungsi.
AHMAD PUTEHSemakin kereta kami ditelan belukar yang kian meliar, bau busuk tiba-tiba menusuk hidung. Namun, bau itu bukan daripada bau reputan daging manusia seperti yang diceritakan sebelumnya. Saat tiba di penghujung jalan, kami menemui sebuah kandang lembu yang diusahakan oleh seorang penduduk kampung, Mohamad Nor Kamaludin, 34.
“Daripada kawasan ini terbiar, biarlah saya memanfaatkannya. Lagipun kandang ini hanya sementara,” kata Mohamad yang seakan-akan tahu tujuan kedatangan kami.
“Memang di sinilah tempat kapal terbang itu jatuh. Kisah tragedi itu sudah lama berlalu, tak ada apa pun yang menakutkan di sini. Silakanlah ambil gambar. Orang kata, masih ada tayar kapal terbang di hujung tanah sana. Kalau ada pun, pasti dah tenggelam ke dalam lumpur,” ujarnya.
Menurut sumber daripada Pelabuhan Tanjung Pelepas, tempat tragedi pesawat MH653 itu adalah sebahagian daripada kawasan paya seluas 800 hektar milik kerajaan yang kini diletakkan di bawah jagaan PTP secara konsesi. Ia sekadar dirizab sebagai zon bebas aktiviti manusia.
Paya hangus yang telah mengorbankan 100 jiwa itu kini hanyalah hamparan muka bumi yang mirip hutan sekunder. Wartawan Jurnal sekadar menemui sebuah terusan air dan benteng tanah laterit yang ditinggikan bagi memisahkan kawasan belukar darat dengan kawasan bakau yang semakin teranjak melebihi garis air laut.
Di situlah 32 tahun lalu berlaku sebuah tragedi yang telah menggemparkan negara.







alone
fuh. memang seramlah!
btw, Al-Fatihah buat mangsa yang beragama Islam.
semoga tragedi ni jadi iktibar untuk kita semua.
Reply
KNizam Reply:
July 10th, 2009 at 9:42 pm
alone : hehe tuh la kan. seram la area tuh. hehe
Reply
hazman aka species1980
yess…. sedekah fatihah kepada beragama ISLAM….
kes nie boleh masuk air crash investigation….
Reply
KNizam Reply:
July 10th, 2009 at 9:42 pm
hazman : tu la kan. kena bagitau discovery channel neh kan. hehe
Reply
eldy
woah !! ade hero selain hero2 dlm tugu negara ya ?! ..
Reply
KNizam Reply:
July 10th, 2009 at 9:43 pm
eldy : hehe kena check out la tugu neh. hehe
Reply
beliamuda
Ada novel Tragedi 4 Disember dalam silibus Komsas. tak ingat pelajar zon mana yang belajar pasal novel tu..
Reply
KNizam Reply:
July 10th, 2009 at 9:44 pm
beliamuda : wahhhhh ada novel eh. kena carik jugak neh. hehe
Reply
ayuni
hmmm saya ada baca Novel ni masa kecik2 dulu. ada dalam silibus uncle saya.. gambar depan dia seorg lelaki melihat satu object terhempas. confirm la citer ni sbb sy ingt dia tulis based on true story
Reply
KNizam Reply:
July 14th, 2009 at 6:40 pm
ayuni : owh ada novel ek. apa tajuk dia ek ?
Reply
titan
uiks..aku tak tahu pun pasal benda nih..
Reply
KNizam Reply:
July 14th, 2009 at 6:41 pm
titan : hehe tu la aku nak bagitahu neh. hehe
Reply
ayuni
tajuk buku Tragedi 4 Disember… ntah wujud lagi ke.. zaman tu famous majalah Mastika, Salina… cerita2 penulis Khadijah Hashim “Mira Edora”… Lama gak tue
Reply
KNizam Reply:
July 20th, 2009 at 12:00 am
ayuni : wahhhhh kena carik buku neh. bagus nak baca sejarah mcm ni kan. hehe
Reply
en_me
kebetulan, birthday me jatuh pada 5 desember.. ehehe
Reply
KNizam Reply:
July 20th, 2009 at 12:00 am
en_me : owh happy birthday en_me itu
Reply
Kensai
Tradegedi 4 Disember 1977…Hehe
seramnye…Jalan kebun teh dekt ngn umah aq…smpai skrng buku Tragedi 4 Disember ade lagi…
Reply
KNizam Reply:
February 13th, 2010 at 11:23 pm
kensai : tu la kan. mmg seram la kalau diingatkan kembali hehe
Reply
amni
haha
johor yg guna tragedi empat disember..
Reply
KNizam Reply:
February 23rd, 2010 at 10:38 pm
amni : oeh ye ke eh
Reply
cute gurlz
johor.
Reply
KNizam Reply:
February 26th, 2010 at 2:36 pm
johor ek
Reply
nazatulhisma
Assalamualaikum wrt…wbh…saya adalah salah seorang penduduk tetap kampung ladang bersebelahan kampung tanjung kupang…masa tu saya kecil lagi…rumah saya atas bukit..sidai baju di pinggir bukit..waktu itu ptg..jadi saya ingat lagi ada benda berasap di atas langit pelahan-lahan menjunam kedalam hutan…abang saya balik dari berjalan dia cakap ada kapal terbang terhempas…saya dan keluarga pergi tengok..masih terbayang tangan si mangsa terjuih semasa polis mengangkat beg plastik hitam..betul-betul kat depan mata saya…lepas tu lama sangat orang kampung tak makan ikan kat situ…terutama emak saya..sebab katanya ikan tu rasa seperti rasa bangkai……mrk yg curi barang2 simatipn memang betul sakit…polis yang ambil brg2 mrk pun kena buang kerja….tapi bila saya dah besar sikit kat situlah saya cari lokan, ibau, pucuk paku, ikan2, kerang-kerangan laut….masa tu dah besar sikit darjah enam kot orang banyak dah lupakan…sepatutnya tugu tu di letakkan juga di kawasan terjadinya insident itu..tapi kenapa hanya di kubur kebun teh sahaja..ada satu masa tu orang jumpa PM kita yang lepas Tun Mahathir Muhamad datang naik motor kapcai sape tah dia tunggang sendiri..pergi kaw tu tengok tapak takder..tapi tu lah tak der tindakan apa-apa pun…sampailah kehari ini hingga sudah diambil oleh PTP dan dah berpagar pun…banyak kenangan saya di sana…
Reply
KNizam Reply:
March 2nd, 2010 at 9:24 pm
nazatul : terima kasih di atas cerita ya
Reply
iwan
al-fatihah wat sume mgsa2 nhs..
Reply
narmatha
wow……….seramnya.tetapi saya baca buku ini dalam komsas yang bertajuk tragedi empat disember oleh dzul karnain ithnain…..ceritanya lain.cikgu saya memberi tahu bahawa ia ada sedikit tambahan………sekarang i tahu cerita sebenarnya……
Reply
KNizam Reply:
May 24th, 2010 at 11:14 pm
narmatha : whoa ada buku ek hehe
Reply
ciputis
cari jgn x cari bro..kwn dh bace novel tu mse kecik2 lg le x ingat umur brape mse tu..
Reply
KNizam Reply:
June 17th, 2010 at 4:45 pm
ciputis : hehe cool kan hehe
Reply
shazwani zulkepli
sy pelajar dr melaka pernah mempelajari novel nie…cter die mmg superb…lebih2 lg apabila sy memilih novel ini ntok mnjwb soalan komsas dlm PMR..hasilnya…alhamdulillah…sy mmndpt A dlm subjek bm serta 7 subjek yg laen..pngalaman mmpelajari novel ini mmbuatkan sy lebih ingin tahu cter sbenarnya..seram gak enh…pape pon…al-fatihah…
Reply
azraie
Kisah ini sepatutnya kena difilemkan atau dijadikan sebagai dokumentari pada Air Crash Investigators (National Geographic). Ramai generasi sekarang tidak tahu yang Malaysia juga ada kisah menyayat hati tentang air crash ni.
Reply
KNizam Reply:
August 2nd, 2010 at 12:21 am
azraie : nanti keluarlah dala natgeo tu kan. hehe
Reply
arman
best cerita ni tapi menyeramkan,,
Reply