hujan atau panas, atau DDOS attack sekalipun, blog ini pasti akan diteruskan :)Posts RSS Comments RSS

Chef Wan Bakal Muncul Dalam Oprah Winfrey Show ! Malaysia Boleh!

cayalah malaysia!

1st time rasanya rakyat malaysia akan muncul dalam oprah winfrey show neh

aku dengar cerita viewing show neh sahaja minimum dalam 800 million worldwide beb !

memang malaysia boleh lah kali neh kan

syabas celebrity chef from malaysia – chef wan

x sabar2 aku nak tengok show tuh. hehe :)

- – - – -

sumber di sini ok

SELEBRITI Chef yang paling terkenal di rantau Asia, Chef Wan telah mendapat undangan untuk menjadi tetamu istimewa pengacara ‘talk show’ terkenal Oprah Winfrey.

Jemputan itu telah disampaikan kepada Chef Wan baru-baru ini melalui orang tengah iaitu Ketua Pegawai Asian Food Channel, Maria Brown.

Chef Wan bakal menjadi rakyat Malaysia pertama yang muncul dalam rancangan ‘Oprah Winfrey Show’.

Chef Wan yang jelas teruja, menganggap dirinya cukup bertuah dan tidak pernah menjangka yang Oprah akan mengundangnya.

“Pagi tadi saya menerima sepucuk surat yang dihantar melalui pihak Oprah Winfrey Show. Mereka mengundang Wan untuk menjadi tetamu dalam rancangan itu.

“Wan rasa macam tak percaya je, betul ke ni jemputan untuk aku? Kawan Wan yang beritahu Wan pasal berita ni, Wan banyak kali cakap dekat dia, jangan main-main dengan benda macam ni. Dia pun kata dia tak main-main, baru Wan percaya,” kata Chef Wan ketika dihubungi mStar online.

Chef Wan juga tidak menyangka di sebalik kejayaan selebriti lain yang terkenal seperti Datuk Siti Nurhaliza, dia masih berpeluang untuk di undang ke sebuah rancangan terkemuka dunia berbanding Siti dan selebriti yang lain.

“Wan rasa bertuah sangat-sangat, tak tahu nak cakap macam mana, bukan senang untuk kita di undang sebagai tetamu istimewa dalam rancangan yang berprestij seperti Oprah ini.

“Bukan Wan nak bangga dirilah, tapi kalau nak dibandingkan populariti, popular lagi Datuk Siti, tapi tidak ada lagi selebriti kita yang di undang walaupun popular.

“Bila Wan diundang Oprah, Wan rasa gembira, bangga dan ‘excited’ sangat sebab satu dunia menyaksikan rancangan Oprah ini. Jadi Wan berbangga kerana Wan dari negara Malaysia,” katanya.

Menurut Chef Wan, undangan yang diterimanya ini mungkin dari kejayaannya merangkul “The Best Celebrity Chef In The World” di ‘World Gourmand Cookbook and Media Awards 2009′ yang menewaskan selebriti chef lain dari seluruh dunia.

“Lepas Wan menang, artikel pasal kemenangan Wan tu ada keluar di New York Times, lepas tu Wan juga ditemuramah oleh sebuah majalah yang terkemuka, Le Prestige.

“Mungkin dari situ juga mereka nampak kredibiliti Wan sebagai selebriti chef terbaik dunia,” jelasnya.

Namun selebriti chef ini masih tidak mengetahui lanjutan mengenai undangan ini biarpun dia sudah memberikan jawapan dan menyerahkan kepada Maria untuk berurusan dengan pihak Oprah.

“Wan tak tahu bila mereka akan panggil Wan, tetapi yang pasti dalam surat tu dinyatakan ‘urgent’, jadi maknanya mungkin akan dipanggil dalam masa terdekat inilah.

Chef Wan yang tidak kedekut dalam berkongsi pengalamannya turut mengatakan ini bukan kali pertama dia ditemuramah di peringkat antarabangsa.

“Ini bukan kali pertama Wan ditemuramah di peringkat antarabangsa, 30 tahun dulu Wan pernah muncul dalam sebuah rancangan ‘Talk Asia’ yang dihoskan oleh Lorreian Hann di CNN.

“Wan merupakan orang ketiga dari Malaysia muncul dalam rancangan tersebt selepas Pak Lah dan Mahathir.

“Selepas Wan muncul dalam rancangan tu, barulah selebriti-selebriti antarabangsa lain seperti Shah Rukh Khan dan ramai lagi muncul,” kata Chef Wan yang baru melancarkan buku resepi terbarunya, ‘Sajian Tradisi bersama Chef Wan’.

Malah Chef wan juga pernah ditemuramah oleh stesen TV antarabangsa seperti Al-Jazeera, BBC London dan juga pernah muncul dalam rancangan ‘Driven’ di CNBC.

33 responses so far

33 Responses to “Chef Wan Bakal Muncul Dalam Oprah Winfrey Show ! Malaysia Boleh!”

  1. beliamuda says:

    Kuat jugak aura Chef Wan ni ek..

    Reply

  2. KNizam says:

    beliamuda : tuh la kan. bangga aku. hehe:)

    Reply

  3. Dr House says:

    Ini olang patut dapat latuk lo. Apa pasat itu India punya olang dapat latuk, balu 2-3 filem shoot sini sula lapat latuk.

    Reply

    KNizam Reply:

    drhouse : hehe aku setuju!

    Reply

  4. MrRoll says:

    hoho ! bangge siak ! xD
    die memang patot sesangat dapat datuk !!

    Reply

    KNizam Reply:

    mrroll : hehe tu la kan. dia mmg patut dapat datuk la kan :)

    Reply

  5. Meria says:

    Harap2 tahun depan dah boleh panggil “Datuk”…

    Reply

    KNizam Reply:

    meria : tuh la kan. benda2 mcm ni la patutnya bagi datuk kan. hehe :)

    Reply

  6. d2z says:

    dulu sepupu aku p spain bercuti..jmpa chef wan aa time tu..dia baru lepas lawan pertandingan tu sepupu aku ckp..menang dgn jamie oliver woh~ *sepupu aku ckp aa..klau salah, sila ketuk dia.. :p *

    Reply

    KNizam Reply:

    d2 : dia neh mmg dah famous giler neh. lepas keluar dalam oprah show nanti lagi la bertambah famous kan. hehe :)

    Reply

  7. megat says:

    yeah! sokong produk kita. eh salah pulak. sokonglah orang kita! memang respek la chef wan ;)

    Reply

    KNizam Reply:

    megat : hehe bangga giler siot. hehe cool kan :)

    Reply

  8. eldy says:

    chef wan ade website dia sendiri ke ? patut lah dia cam femes jer.. ha !

    Reply

    KNizam Reply:

    eldy : dah lama dah website tu sebenarnya. hehe :)

    Reply

  9. Anarm says:

    makin terkenal la nama malaysia di mata dunia..
    steady ahh malaysia…
    #merdeka

    Reply

    KNizam Reply:

    anarm : hehe tuh la kan. bagus la kalau malaysia famous. semua kenal nanti. hehe :)

    Reply

  10. Rush says:

    Interested in earnings for the Webmaster?.

    Reply

  11. Sham Hardy says:

    cayalah chef wan… dia berjaya membuktikan bahawa dia bukan sahaja jagoh kampong, yg lain-lain selebriti, apa lagi.. sahutla cabaran ni…

    Reply

    KNizam Reply:

    sham : hehe tuh la kan. dah macam2 negara dia pergi dan promote malaysia. mmg respect dowh! hehe :)

    Reply

  12. safar says:

    hebatkan chef wan.bidang masakan dan selebriti tiada dalam perancang.kita mampu merancang sahaja.ambil kursus lain dapat kerja lain.

    Reply

    KNizam Reply:

    safar : hehe tuh la kan. aku pun kagum giler. mmg betul2 focus la career dia kan. hehe :)

    Reply

  13. loq says:

    aku minat gile dengan chef wan ni
    sebab aku pon minat memasak
    eh bila die akan tayang ek?

    Reply

    KNizam Reply:

    loq : wahhhh ko pun pandai masak gak ek. cool la. nanti la aku singgah bazaar ramadhan nak beli kebab :)

    Reply

  14. chempaka says:

    Giler la kuar oprah… Xsabar nya tunggu… Tapi kat astro mesti lambat gila baru kuar… Menchik!!!!!

    Reply

    KNizam Reply:

    chempaka : hehe tuh la kan. semua dah tak sabar2 nak tunggu chef wan bergurau senda dengan oprah neh. hehe :)

    Reply

  15. waah… gempak seh…. aku pun tak sabar nak tengok slot wawancara tu…

    Reply

    KNizam Reply:

    hazman : tu la kan. aku pun sama la x sabar2 nak tengok. kalau ada live lagi la bagus kan. hehe :)

    Reply

  16. kesak says:

    @KNizam even if there’s a live broadcast, the difference time between the United States of America and Malaysia is so big the gap that pobably here wil be 2am and in LA maybe 8 in the morning, unless they air it at night.

    Reply

    KNizam Reply:

    kesak : hehe betul gak eh. delay telecast la kalo mcm tuh hehe. or buat online streaming je dulu hehe :)

    Reply

  17. Oprah is a fantastic individual….she’s a powerful lady……I liked her show.She helps individuals with their health problems and money troubles.She’s not scared to say what’s on her mind.She discusses subjects that all of us as an audience can easily agree with.Love Oprah!

    Reply

  18. izzah auni says:

    u all tengok tak show ni?? where can i find it? u tube?

    Reply

    KNizam Reply:

    izzah : x sure lah kat mana nak cari ya hehe :)

    Reply

  19. ashroff says:

    plss find it !

    Reply

Leave a Reply