Tolong Uruskan “Keluarga Pocong” – Penduduk Kampung Tembioh…

fuhhhh horror gak la kalau tengah2 memancing

sekali naik benda2 yang tak sepatutnya kan

nak2 plak masa maghrib. fuhhhhh maunyer lintang pukang kan

sumber di sini

KOTA TINGGI 1 Feb. – Pocong ‘lima sekeluarga’ yang menggemparkan penduduk Kampung Tembioh dekat sini kelmarin masih dibiarkan terdampar di tebing Sungai Johor tanpa sebarang tindakan oleh pihak berkenaan hari ini.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati rata-rata penduduk mendakwa ‘tidak reti’ hendak menguruskan pocong-pocong tiruan itu dan sebahagiannya bimbang untuk mendekatinya kerana dikhuatiri ia berkaitan perbuatan sihir.

Seorang penduduk, Othman Abas, 50, berkata, pihak berkaitan tidak sepatutnya membiarkan ‘keluarga pocong’ itu ‘berkampung’ di tepi sungai berkenaan.

“Ini kerana ia bukan saja memberi tanggapan tidak baik terhadap masyarakat di sini malah penduduk terutama wanita dan kanak-kanak takut melalui kawasan itu,” katanya ketika di temui Utusan Malaysia di sini hari ini.

Kelmarin, penduduk kampung itu gempar dengan kejadian aneh dan menyeramkan ekoran penemuan lima objek menyerupai pocong yang terdampar di tebing Sungai Johor.

Ia ditemui dua sahabat, Mohd. Izzuddin Abd. Karim, 18, dan Mohd. Razif Ismail, 17, yang sedang menjala ikan di sungai itu kira-kira pukul 7 malam, kelmarin.

Dalam kejadian itu, dua lelaki itu terkejut apabila terlihat objek yang menyerupai pocong yang tiba-tiba timbul di permukaan air di tebing tidak jauh dari mereka.

Mengulas lanjut, Othman berkata, disebabkan ‘pocong-pocong’ itu masih terdampar di pinggir sungai maka setiap hari sama ada siang atau malam, kawasan itu menjadi tumpuan orang ramai yang ingin melihatnya sendiri dari dekat.

“Apabila tersebarnya berita tentang kehadiran ‘pocong’ ini tiba-tiba ramai orang berkunjung ke sini tetapi ada juga sebahagiannya yang takut memancing atau bersantai di pinggir sungai ini,” jelasnya.

Beliau bimbang jika dibiarkan, ‘pocong-pocong’ itu bukan saja menjadi igauan penduduk dan pengunjung malah mencemarkan kebersihan persekitaran sungai tersebut yang juga berhampiran Dewan Badminton Kampung Tembioh.

“Adalah wajar pihak berkenaan mengambil tindakan segera membersih dan memusnahkan ‘pocong- pocong’ tersebut,” ujarnya.

Dua penduduk kampung, Mad Zamri Ademin, 37, dan Mohamad Hussin, 44, yang membantu menunjuk dan membuka ikatan ‘pocong’ itu berkata, terdapat tiga ketul batu berwarna kelabu kehitaman seperti batu nisan dalam kain kafan itu.

“Tiga ketul batu disaluti kapas dan bungkusan plastik hitam beserta bau kapur barus yang agak kuat,” kata Mad Zamri.

Dalam pada itu, malam tadi penduduk dikejutkan sekali lagi tentang penemuan satu lagi ‘pocong’ namun selepas diperiksa rupa- rupanya ia pocong yang sama sebelum ini.

Sementara itu, seorang penduduk yang enggan dikenali berkata, dia mendakwa ternampak dua lelaki membuang ‘pocong-pocong’ itu ke dalam sungai, Rabu lalu.

Loading

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

18 responses to “Tolong Uruskan “Keluarga Pocong” – Penduduk Kampung Tembioh…

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.