“Sayalah Orangnya” – Dakwaan Pegawai Kanan Polis Miliki RM27 Juta Disiasat BPR ?

eh bukan saya la yg ada rm27 juta tuh….hehehehehe

anyway baru siasatan kan, belum terbukti bersalah lagi.

kecoh dowh semua orang. hahhahah 🙂

perghhhh banyaknyer tuh RM27 million 🙂 more news please….



‘Sayalah orangnya’ — Dakwaan pegawai kanan polis miliki RM27 juta disiasat BPR

Oleh TAN MING WAI

Ramli Yusuff semasa mengadakan sidang akhbar di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Jalan Dato’ Onn, Kuala Lumpur, semalam. – Gambar ROY AZIS.


KUALA LUMPUR 30 Okt. – Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Ramli Yusuff hari ini mengakui beliau adalah pegawai kanan polis yang dilaporkan oleh media memiliki aset sebanyak RM27 juta.

Dalam sidang akhbar tergempar selama kira-kira 45 minit di ibu pejabat JSJK di Jalan Dato’ Onn di sini pagi ini, beliau yang mengesahkan dirinya sedang disiasat oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) bagaimanapun menafikan memiliki aset sebanyak itu.

Beliau melahirkan perasaan kesal dengan tindakan BPR membocorkan maklumat kepada akhbar tertentu mengenai siasatan terhadap dirinya sedangkan ia sepatutnya dirahsiakan kerana penyiasatan badan itu sendiri belum lengkap manakala faktanya pula tidak benar.

Ramli menegaskan bahawa beliau bersih daripada sebarang kes rasuah sehingga 6 September 2006 malah rekod bersih itu membolehkannya disahkan sebagai pegawai kanan polis berpangkat ‘jeneral tiga bintang’ (komisioner).

Ramli berkata: “Mungkin anda tertanya-tanya siapa pegawai yang selalu keluar surat khabar didakwa ada aset RM27 juta itu… hari ini saya buat pengakuan bahawa pegawai itu adalah saya.

“Semua (laporan) akhbar merujuk kepada diri saya… pegawai-pegawai saya pun tertanya-tanya siapa yang dimaksudkan, saya tak malu-malu atau segan beritahu sayalah pegawai dimaksudkan itu.”

Ramli, 55, berasal dari Sabah dan pernah menjadi Pesuruhjaya Polis negeri itu serta Ketua Polis Pahang. Beliau dinaikkan pangkat sebagai Pengarah JSJK sejak Mei 2005.

Dalam nada marah dan kecewa, beliau berkata: “Ikut laporan akhbar, sumber mereka ialah BPR… BPR kena adillah kepada saya, belum apa-apa lagi dah keluar maklumat macam itu, semua orang tuding kepada saya kononnya ada RM27 juta. Saya fikir tak adil, belum siasat sudah tuduh saya dan buat andaian.”

Beliau mendakwa tindakan pihak BPR membocorkan maklumat mengenai siasatan terhadap dirinya itu adalah pelanggaran di bawah Seksyen 21 (8) Akta Pencegahan Rasuah.

Menurutnya, beliau sendiri menunggu sehingga tiga bulan sebelum tampil membuat kenyataan kerana mahu memberi peluang kepada BPR membuat siasatan terhadap dirinya berhubung dakwaan rasuah.

“Saya baru sekarang buat kenyataan sebab nak beri peluang BPR siasat dulu… biar mereka siasat, saya pun kena adil terhadap BPR.

“Tetapi mereka (BPR) yang tak berlaku adil kepada saya dengan bocorkan maklumat siasatan.

“BPR tak boleh sekali-kali membocorkan maklumat siasatan ke atas mana-mana pegawai atau kakitangan awam. Siasatan mereka tidak boleh diberitahu kepada sesiapa termasuk pemberita atau media,” ujarnya.

Ramli bagaimanapun mengakui dalam siasatan itu beliau ada membuat pengisytiharan rasmi keseluruhan asetnya kepada BPR yang menunjukkan ada lebihan berbanding perolehan sepatutnya daripada pendapatannya sebagai pegawai polis selama 38 tahun.

“Mengikut rekod dan laporan rasmi akauntan, pendapatan saya melebihi aset (yang sepatutnya) diperoleh selama saya bertugas 38 tahun dalam pasukan polis.

“Jadi terpulang kepada BPR untuk buat penilaian, tetapi nak kata saya miliki aset RM27 juta, itu tidak betul… ini (berdasarkan) rekod,” ujarnya.

Beliau turut menjelaskan, bersama dengan seorang rakan beliau ada memohon tanah milik kerajaan seluas 800 ekar (323.7 hektar) di Sabah tetapi ia dilakukan mengikut prosedur biasa.

Ramli memberitahu, apabila ada ura-ura permohonan tanah itu mahu diluluskan, beliau mendapat kelulusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) malah bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd. Bakri Omar memberi kebenaran lisan kepadanya untuk memiliki saham dan menjadi pengarah syarikat yang bercadang memajukan tanah tersebut.

“Tanah yang dipohon di Sabah itu belum jadi tanah kami lagi, ia (masih) tanah kerajaan negeri… kerja-kerja ukur tanah belum dibuat lagi dan geran pun belum dikeluarkan, jadi ia bukan hak kami lagi.

“Syarikat itu syarikat persendirian yang kami beli… pengarahnya saya dan rakan saya (seorang jeneral bersara) manakala tawaran untuk mengerjakannya melibatkan keluasan 800 ekar, maksudnya masing-masing 400 ekar.

“Premiumnya kami berdua baru bayar separuh iaitu RM500 untuk setiap ekar, kalau dikira cuma RM400,000 yang kami bayar. Dakwaan akhbar kata syarikat itu sebuah syarikat besar adalah palsu semata-mata,” ujarnya.

Menjawab soalan sama ada apa yang berlaku terhadapnya ada kaitan dengan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, Ramli menafikan dakwaan itu.

Tegasnya: “Tidak, tidak, tidak. Tiada kaitan dengan Ketua Polis Negara, tiada kaitan dengan beliau.”

Ramli menyatakan, beliau tiada sebarang masalah dengan Musa dan hubungan mereka baik setelah bekerja bersama-sama sejak beberapa tahun lalu.

Katanya, beliau dan Musa saling menghormati.

Sementara itu, Musa yang ditemui pada satu majlis berasingan di ibu negara enggan mengulas mengenai kes Ramli dan sidang akhbar yang diadakan itu kerana siasatan kes tersebut dijalankan oleh BPR.

“Saya sendiri tak tahu macam mana media mengetahui siasatan BPR ke atas beliau (Ramli),” katanya.

Loading

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

6 responses to ““Sayalah Orangnya” – Dakwaan Pegawai Kanan Polis Miliki RM27 Juta Disiasat BPR ?

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.