Nasib Baik Ada Hari Jumaat, Boleh Jugak Solat Berjemaah Kan…..

tadi masa aku dok kat masjid tengah tunggu azan

aku terfikir sesuatu

tak.

aku x solat kat masjid kat atas ni la.

ni gambar tahun 2008 ok

seb baik lah ada hari jumaat kan

boleh aku solat jumaat berjemaah

mujo jugak diwajibkan. kalau tak surelah ramai yg tak berjemaah

ye lah kan

nak ikutkan waktu2 lain tuh mmglah aku jarang2 berjemaah

banyak pada solat secara solo je.

– – – – –

masa aku tengah bersila nak baca yaasin tadi aku terfikir lagi

camner la kalau takde hari jumaat or solat jumaat tidak diwajibkan berjemaah

maunyer aku takde kat masjid masa zuhur hari jumaat

beruntung kan kita neh semua ummat islam sedunia

Allah wajibkan sekali je solat berjemaah di masjid

at least dapat gak la pahala berjemaah beramai2 tuh

berapa banyak kali ganda tuh beb !

aku pun kadang2 je solat berjemaah kat masjid or surau

tuh la sebabnyer aku selalu datang awal ke masjid masa hari jumaat

bukannya apa. dah la solat berjemaah jarang2

so aku nak manfaatkan sepenuhnyalah solat jumaat or hari jumaat neh

datang awal. ambil wudu’ secara sempurna

baca yaasin kejap. dengar tazkirah

lepas tuh tidur2 ayam masa khutbah

bukan tidur berdengkur ok

kadang2 mmg tak leh tahan la. syaitan bergayut kat kelopak2 mata tuh

sayup2 je kedengaran suara pak khatib membaca khutbah

kadang2 aku dah melancong sampai ke australia ok. hehe

tapi masa doa antara dua khutbah mesti aku terjaga

aku pun x tahu kenapa

ada malaikat kejutkan aku agaknyer

hehe terima kasih malaikat.

tapi lepas je habis doa, ngantuk giler balik

mula la nak sambung tidur2 ayam tuh….

tambah2 kalau dok dekat ngan kipas angin

kalau ada aircond lagi la plak.

phewwwwwww masa tuh la masa paling best nak tidur

kalau nak diikutkan giler tak best tidur sambil bersila kan

dah la sakit tengkuk.

pastu kebas plak kaki tangan. haha

– – – – –

tuh jelah nukilan aku hari jumaat neh

korang solat jumaat ke idak tadi ?

sempat melantak pisang ke idak ?

takde blog post hari jumaat ke ?

hehe…. 🙂

Loading

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

10 responses to “Nasib Baik Ada Hari Jumaat, Boleh Jugak Solat Berjemaah Kan…..

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.