Monthly Archives: September 2011

[1 Photo] Biji-Biji Bajra Yang Semakin Banyak Di Musim Panas 2011 | Summer 2011 | Bandar Muridke, Daerah Narowal | Wilayah Punjab, Pakistan

Semasa dalam perjalanan ke Narowal tempoh hari saya perhatikan banyak betul pokok-pokok biji bajra di kiri dan kanan jalan. Memang tengah kemuncak musim menuai bajra kali ini agaknya. Pokok-pokok bajra ni sekali imbas, seakan-akan pokok jagung juga. Berwarna kehijauan dan biji-bijinya yang telah masak kekuningan. Rupa pokok memang seperti pokok jagung. Namun tiada buah jagung di batang pokoknya. Rupa daunnya juga memang mirip kepada pokok jagung. Jangan tersilap ya!

Nantilah kalau ada masa saya akan meletakkan di sini gambar biji-biji bajra secara dekat (makro) pula. Kini saya tidak berkesempatan untuk memuat naik gambar-gambar lain berkenaan biji-biji bajra ke akaun flickR penulis. Namun anda kini telah ketahui akan rupa biji-biji bajra yang sedang masak ranum seperti di atas kan?

Biji-biji bajra ini digunakan dalam pemakanan, saya diberitahu oleh penduduk sekitar Muridke yang biji-biji ini jika dilumatkan dan dicampur dengan tepung atta (tepung gandum yang amat popular untuk membuat pharata, naan dan sebagainya) dan dibuat roti memang sedap sekali rasanya. Hasil carian penulis ketemu dengan resipi roti bajra, ianya begitu terkenal di India dan Pakistan rupanya. Saya tidak berkesempatan lagi  untuk menjamah roti pharata hasil campuran biji-biji bajra dan tepung atta tersebut. Mungkin lain kali agaknya.

Paper Coterie – Begin Anywhere with Kelly Corrigan

ini adalah reason kenapa saya mengambil gambar

reason kenapa saya selalu travel ke sana ke mari

kerana saya ingin mengabadikan kesemua kenangan yang ada

rasa mcm dah lama la x print gambar2 travel kan. gambar dah berlambak2 hehe 🙂

bila last sekali hangpa print gambar2 yang berlambak2 dalam laptop tu?

Loading