Monthly Archives: April 2011

Roti Naan Berkeju Terbaik Bersama Minuman Coklat Panas | Restoran Monal, Pir Sohawa, Bukit Margalla, Islamabad | Wilayah Punjab, Pakistan

Live Update: 19 Apr ’11, 12.03pm PKT | From: iPhone 4 via Maxis MY & Mobilink PK | Author: KNizam

Jika ada yang bertanya kepada saya "Sir, where is the best cheese naan in town?". Saya akan menjawab pastilah roti naan berkeju di Restoran Monal di arat Bukit Margalla. Ini bukan sebarang keju kerana ianya ialah keju susu kerbau, buatan sepenuhnya rakyat tempatan di sini.

Loading

Roses Are Blooming this Spring Season | Shah Faisal Masjid, Islamabad | Punjab Province, Pakistan

sekarang ni kemuncak musim bunga

di mana-mana sahaja anda akan nampak bunga-bunga berkembang

tahun ni memang hebat dan meriah. lihatlah sahaja bunga mawar di masjid faisal ini

Tahun ni memang lebih banyak bunga daripada tahun lepas. Tahun lepas sempat juga aku jalan-jalan keliling Islamabad tapi takdelah banyak bunga macam tahun ni. Mungkin sebab musim hujan yang melanda bermula dua minggu lepas agaknya.

Apa-apapun memang seronok bila bumi dipenuhi dengan bunga yang berwarna-warni macam ni kan. Memang hebat ciptaan Ilahi. Aku perhatikan semua pokok-pokok, yang kecil yang besar, sudah mula berbunga dengan lebat. Masing-masing ada peranan masing-masing di muka bumi ini.

Hatta pokok daun kari di laman sari pun dah mula berbunga yo!

Loading

Bunga Mawar Musim Panas Telah Mula Berkembang | Laman Saya, Islamabad | Wilayah Punjab, Pakistan

Live Update: 13 Apr ’11, 9.17pm PKT | From: iPhone 4 via Maxis MY & Mobilink PK | Author: KNizam

nampaknya bunga-bunga mawar musim panas telah mula berkembang di laman sari. memang banyak betul bunga ros atau mawar ni kat laman aku. lagi banyak daripada tahun lepas. bunga mawar di islamabad memang bersaiz besar. cantik-cantik pula warnanya. dalam hati ada taman der!

Loading

Selamat Jalan buat Nur, Nadaa & Marwa. Semoga Ketemu Lagi di Malaysia Nanti Ya | Lapangan Terbang Antarabangsa Benazir Bhutto, Islamabad | Wilayah Punjab, Pakistan

Live Update: 9 Apr ’11, 2.46pm PKT | From: iPhone 4 via Maxis MY & Mobilink PK | Author: KNizam

selamat jalan kami ucapkan kepada nur, nadaa & marwa ke malaysia. semoga berjumpa lagi di malaysia nanti. kami warga malaysia di islamabad pastinya akan merindui kamu semua. penerbangan akan ke karachi sebelum berlepas ke kuala lumpur malam nanti.

Loading

10 Tips Untuk Dapat Gambar Travel Yang Mengasyikkan & Puas Hati Dengan Kualiti Gambar Travel

ramai orang suka pergi jalan-jalan

tak kiralah jalan-jalan cari makan ke, jalan-jalan melancong

ramai orang ingat jalan-jalan ni memerlukan banyak wang ringgit

sebab itu tak ramai yang nak jalan-jalan aka travel

ramai orang suka ambil gambar

tapi tak ramai yang suka dengan gambar sendiri (setelah pulang dari jalan-jalan)

ramai orang suka tengok gambar jalan-jalan orang lain

tapi tak ramai orang yang berusaha lebih sedikit untuk mengambil gambar (macam orang lain di atas)

justeru. meh sini aku bagi 10 tips nak ambil gambar travel

tidak. aku travel tak pakai dSLR. aku hanya ada iPhone4 dan digicam Sony sahaja

kadang-kadang ianya bukan sebab kamera, tapi sebab tangan yang memegang kamera ya. hehe 🙂

1. ambil gambar dari angle semut merah – korang pernah tengok semut? kecil je kan. kalau biasanya kita snap pic dengan tangan ke atas, cuba kali ni amik digicam. turunkan sket, nak meniarap pun ok. pastu snap gambar dari level semut. level rumput pun ok. gambar bangunan akan jadi lebih besar. gambar yang tinggi lutut je akan jadi seperti gergasi. memang bukan level mata kasar. gambar korang pasti akan dabomb!