semua orang ada kenangan masing2 masa sekolah rendah kan
hehe biasanyer aku catitkan
(catit bukan taip ok) kenangan sekolah menengah
tapi kali neh aku nak taipkan sket pasal kenangan di sekolah rendah plak
kenangan bersekolah di sekolah rendah kebangsaan gombak 2
@ srk gombak 2 (kini sk gombak 2)

– – – – –
lokasi sekolah aku kat dalam negeri selangor
sekolah aku sangat famous ok
lebih dahulu famous daripada iklan petronas pasal kasut gombak
sekolah aku ni kat jalan gombak
dekat je dengan taman ibu kota. dekat gak ngan pasaraya ong tai kim sekarang ni
sekolah aku sempadan antara selangor dengan kl ok
sekolah ni ada 3 main block je masa tuh
owh lupa na habaq, sekolah aku berkongsi bangunan dengan srk gombak 1
– – – – –
aku ingat lagi masa darjah 1
masa tuh darjah satu adalah dalam 4 kelas sahaja
1 merah, 1 biru, 1 kuning dan 1 hijau
ada 4 warna sahaja. senang nak ingat bukan ?
takdelah mcm sesetengah sekolah dengan pelbagai nama kelas
sampai ibu bapa pening. budak2 darjah 1 apatah lagi kan