Ya Engkau Yang Tengah Baca Blog Ni ! Sila Berhenti Dan Dengar Nasihat Ini….

haha hampeh sungguh tajuk blog kali neh kan

neh tajuk yang dicipta semasa kekenyangan makan tengah hari

bukan kekenyangan sebab mcd of kfc

tapi sebab termelantak tomyam dan kari….

aku ada satu nasihat

aku malas la nak tempek semua barang2 yang korang kena boikoi tuh kan

lambat laun korang lupa la jugak semua barang2 tuh

haha tiada jaminan jugak yang korang akan lupa blog ini…. haha

sanggup ke korang kalau…. jeng jeng jeng

tak dapat makan ayam goreng paling best di dunia. ayam goreng kfc. ala apa susah2 kan kita ada ayam goreng kunyit. apa ? korang hengat sedap sangat ke ayam kfc tuh. banyak kolesterol adala. haha. sejak kecik2 dulu pun mana ada terus makan ayam kfc kan. mak kita suapkan ayam soup buat sendiri ok

tak dapat meratah big mac kat mcd. ermmmmmm sedapnyer bigmac kan. sedap lagi prosperity burger mcd yang meleleh kuah lada hitamnya tuh. perghhhh heaven di dunia je beb. kat akhirat nanti sapa mau jawab ? mulut korang yang mengunyah tuh jugak akan bersuara nanti kan…

tak dapat spray wangi2an calvin klein di dada kamu. perghhhhhh ayat2 chenta sungguh kan. haha tralalalalal. ni la kali terakhir aku beli perfume ck. aku nak beli perfume lain je lah. ada alternative ke eh ? surelah ada kan. takkan semua barang amerika tuh bagus sangat kan. kalau bagus pehal plak diaorang suka pasal eastern value. aisey tak payah minyak wangi pun takpe kan. dulu2 masa zaman kesultanan melayu melaka mana ada tuh semua. manaaaaaaaaaaaaaaaaaaa ?

sanggup ke tak makan maggi selama2nya ? aku sanggup. ala sekarang dah banyak alternative. kita kan ada mee segera lain. cintan pun ada. ada mee sedap pun ada. takkan tak terpengaruh kot dengan iklan padi nanyi lagu mee sedap yang sungguh sedap tuh ha ? haha jangan makan maggie mee jenama maggi lagi ok. promise tau kawan2. haha

barangan nestle pun aku sanggup boikot. lain kalai nak pergi beli milo. fikirlah dua kali. kalau nak pergi beli icecream. pilihlah yang biasa adjer. tak baik ok makan ice cream nestle banyak2. haha pilih ice cream potong je cukup. yang penting bukan nestle yang keluarkan. susu tak payah cakap la. make sure bukan nestle. habes cerita. pandai2lah korang kan. kalau boleh janganlah bersubahat dengan yahudi laknat di tebing barat tuh ok. apa class beb makan yogurt2 nestle tuh semua. makan je lah buah pisang emas di bawa belayar tuh kan. makan je lak tembikai susu atau tembikai kuning buatan malaysia. tak pun makan je lah anggur perlis. ala buah epal sarawak pun dah banyak kan. haha

kalau muka ada jerawat. jangan plak mandai2 nak picit, pastu kesat dengan tissue kleenex ok. cariklah tissue lain plak. hehe kalau dah beli takpe. sila guna sampai habis and then tukar tissue lain. yang penting jangan ada jerawat je lah. haha

kalau lapar2 malam2 or tengah naik gunung. sila jangan beli kitkat. banyak lagi alternatives lain ok. abaikan lah kitkat dan barangan yang support israel yang lain tuh. takde maknanyer korang beli pun. membazir je. karang kena tanya masa akhirat. sapa yang susah ? haha sendiri mau hengat lah kan. huhu

fuhhhh yang neh memang agak susah la kan. nak boikot carrefour ! aisey dah la dekat je dengan rumah aku. tapi takpe. api neraka punya pasal aku sanggup ke pasaraya lain lah. kedai runcit kat rumah aku pun apa kurangnya kan. semua benda ada aku tengok. walaupun taklah sebesar carrefour nun. ala mydin pun ada ma. bukan susah pun. kalau korang perasan harga kat kedai runcit murah gak la ka. so boikot carrefour ok.

nu pun susah gak. coke nak kena boikot jugak ke ? boikot jugak la. aisey minumlah jus segar yang berlambak2 tuh kan. lagi la berkhasiat. tak pun pergi la beli ieced lemon tea. yang penting hindarkan coke. jangan sekali2 minum coke. kalau nak minum gak imagine la korang terminum darah rakyat palestine yang terbunuh tuh. hah ! baru korang tahu kan. so ucaplah selamat tinggal kepada coke dan coca cola. selamat datang teh ais dan teh o ais limau !

ni la gi satu johnson & johnson. kena boikot jugak neh. make sure baca label betul. jangan tersalah beli. jangan tersalah bagi wang kepada israel. nanti malaikat tersalah pandang korang. dan tersalah belasah korang dalam kubur nanti. pastu korang tersalah langkah ke neraka. ada berani ? aku tak berani. aku nak masuk syurga. so aku nak kenalah boikot semua neh. aku tak sanggup beb !

adussss macam mana dengan handphone nokia aku yang cun melecun neh eh ? yang canggih giler … aisey boikot punya pasal neh lah last time aku akan beli nokia. lepas neh aku nak pakai brand lain plak. nak pakai se balik mungkin. janji nak pakai brand yang tak support israel. tak sanggup aku beb ! dah terbeli takpe lah kan. nak wat camno eh. hehe. harap2 nokia connecting people. sekali terconnect plak ke titian ke neraka kan. haha

sila jangan tengok berita cnn. jangan memberi duit dan traffic kepada mereka. kita ada buletin utama walaupun agak la hampeh masa pilihanraya. lagipun kita bukannya ada banyak masa nak tengok cnn 24 jam kan. kita ada stesen tv lain yang boleh bagi maklumat dengan lengkap. ala2 dulu2 datuk nenek kita boleh survive je tanpa cnn kan. hampeh je cnn neh sebenarnya. haha

jangan beli komputer ibm. kalau korang ada purchasing power or decision making capability, sila jangan beli server ibm. beli yang korean or jepun pun dah ok dah. kita kena mula memikirkan nasib orang2 palestine setiap kali kita nak membeli barangan ibm neh ok. ibm dah la tak cun mana. hancus lagi ada la. haha

fuhhh neh antara yang paling susah. nak stop sipping tea kat starbucks or minum iced blended frappuchino diaorang. tapi takpe. aku discover kopitiam kita lagi best la. tak caya cubalah compare. apa la sangat dengan starbucks tuh kan. bancuh kopi kat rumah lagi best. boleh jugak lepak2 depan tv sambil menonton majalah 3 kan. eh juara lagu weekend neh la. sapa la yg menang ek ?

ni lagi satu yang paling susah aku rasalah. nak boikot intel. aku rasa 80% pc pakai intel. so harap2 nanti jepun or korea or malaysia boleh cipta processor powerful macam intel. so nanti tak perlulah nak terlampau bergantung sangat pada intel kan. hampeh je intel kan. geram aku.

perghhhh banyak giler barangan yang support israel kan

selama neh kita main guna adjer

kita main belanja ja duit yang kita perolehi secara halal tuh

kita tak perasan. market untuk barang2 pengguna dan food neh memang besar giler

dan kita adalah umat yang paling terbesar di muka bumi

patutnya kita mengeluarkan produk dan makanan kita sendiri

tak guna juga jika makanan dan produk yang kita beli adalah halal dan tayyib kalau ianya menyokong israel kan

– – – – –

aku sanggup boikot !

rasanya mcm senang je kalau semua kedai print barang2 israel neh kan

dan aku nak tengok sampai bila aku sanggup. haha

doakan aku semoga berjaya

doakan aku untuk doakan kalian juga

ada berani ?

ada berani masuk syurga ?

ada berani menempuhi siksa kubur ?

ada berani berdepan tuhanmu di padang mayshar nanti ?

tepuk keyboard, tanyalah tuan punya blog korang tuh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

44 responses to “Ya Engkau Yang Tengah Baca Blog Ni ! Sila Berhenti Dan Dengar Nasihat Ini….

  1. panjang nak mampus entri.. haha… satu je menda nak cakap.. ” makan dan Kniezam mmg tak boleh dipisahkan”.. kalo x mana mungkin wujud makanmalaya.. hahaha.. ๐Ÿ˜

    pasal intel tu, tak perlu tunggu orang cipta lagi.. kan dah ade AMD.. guna je AMD.. dah la lebih power dari Intel.. kan?

    Reply

  2. Salam rindu dari Dangau….

    Sihat kamu?

    Apapun, saya terfikir, kalaulah ada Properity panas, depan mata, orang belanja pula tu, perut lapar, hari hujan. Apa nak dibuat? Hummmmm….

    Apa-apaun, saya cuba sedaya upaya untuk menyokong usaha ini….

    Aminnnn

    Reply

  3. sebab tu aku tak kerja kat singkapoh dah haha

    Reply

  4. Myza pun akan cuba buat yang termampu dalam usaha memboikot barang2 Israel. Termasukla roti Gardenia. Kita kena la korban sikit demi saudara- saudara kita di Palestin tu! Husband pun dah tak pakai perfume Polo Ralph Lauren lagi! Beli perfume oil kat Mydin yang bau Polo!Kitorang dah lama buat benda2 ni semua, sebelum perkara ni berlaku, cuma kdg2 tewas dengan permintaan anak2. Tapi sekarang mereka pun dah mula faham bila tengok cerita tentang keganasan Zionis di bumi Palestin tu. Alhamdulillah, hopefully it will continue! Apa yang penting, tepuk dada, tanya selera!

    Reply

  5. tu arr..
    aku stuju dgn pengomen2 diatas…
    terutama ttg ko membebl pasal boikot nih…
    mcm mak nenek…hahah…
    tp aku dpt msg ko…u msges were delivered…
    jrg aku tgk ko mmbebel, tp kalau pasal makan, ko sggup kn?? haha…

    Boikot!

    Reply

  6. huh..
    aku skrang dlm proses berenti mkn Kit-Kat..

    Reply

  7. sib baik kfc x sokong israel. aku nak gi makan malam ni. heheh.

    Reply

  8. Byk siot kita ni bergelumang dengan barangan yahudi.. hahha.. myk wangi CK.. aku mmg minat CK be jer.. yg lain tak minat.. aku takleh imejin pakai Safi utk lelaki.. hahaha.. adooiiii….

    Reply

  9. La… Sy rasa 90% brg sy guna nk kena boikot… Care4 pun kena boikot ke?

    Reply

  10. wah giler ah…. ni boikot tahap dewa 18 ni…
    keh ke ke ke…

    1. Nokia – dah terbeli bro N95. ok ar… kau pon cam hang gak..
    tak mo belidah npon nokia lepas ni. Sebab die “connecting people… to ISRAEL” <– dammet
    2. McD – Aku dan awek aku pon setuju… lepas ni keluar makan kat mamak place… yippiess…. jimat giler~
    3. Server – Bukan kategori nak memiliki server. Server aku cume dari
    WinCORP. Tak tahu laa plak mane asal usul nye. Tapi lepas ni server wordpress lame aku akan offline. Sebab aku malas nak continue service
    iZZi yang macam lahanat.
    4. Intel – Memang dari dulu lagi aku tak suke pakai Chipset ni. Renyah..
    Aku lebih prefer pakai AMD <– amd ni dari mane ek bro???
    5. CNN – Aku tak melanggan berite ni. Aku langgan chanel katun.
    Feels so happy go lucky… lagi lagi kalau tengok citer DEXTOR.
    6. The SUN – Tak main ar… aku bukan reti pon bace surat
    kabar omputeh. Miahahaha~ baik bace Utusan Online.
    7. Maggee – Memang sedap. Tapi aku dah lame tukar kepada Mamee,
    walaupon tertera gambar Mawi yang sememangnya aku tak suke
    populariti mamat tuh…
    8. Milo – Hah… lepas ni nak kene tukar tongkat ali power root. Milo
    dah tak berkhasiat. Sebab die product nestle. Better sokong tongkat
    ali orang kampung… miahahaa
    9. Coca Cola – Minum ahmad cola sudah.. tadek berkabonat. Nak minum
    sampai kembung poon tak pe… miahahaha~
    10. Star Buck – Tak layan…. bukan life aku kat situ…

    *keh keh keh… ok lah bro.. semua tuh adalah kenyataan. Tadek
    satu pon yang diselindung… cayak ar…

    BOYCOTT ALL ISRAEL PRODUCT ESPECIALLY PRODUCT STARTING
    WITH BARCODE 729….@ 725…. BECAREFULL OK~

    Kreugerยฎ

    Reply

  11. sorry… salah type.
    “kau pon macam hang”
    “aku pon macam hang”
    tolong alter please ๐Ÿ˜€

    Kreuger…

    Reply

  12. teruskan usaha. insya allah jika ianya berterusan mungkin ia jadi kenyataan. sementara itu teruskan usaha membina produk kita sendiri pula sebagai ganti!

    Reply

  13. KFC takde dalam list kan?

    Reply

  14. memang susah bab ada yang dah jd barang biasa yang kita beli.. apa apa hal pun… kita cuba la dulu kan.. mana tau boleh… tak rugi apa pun…

    Reply

  15. wah, banyak gak barang nak kena boikot nie..

    Reply

  16. salam.
    nak boikot ni bukan kerja mudah.
    bila kita kata nak boikot.. seeloknya Jangan Berurusan.. Jangan Beli.. dan Jangan Guna semua produk tu.

    Nak berhenti beli mungkin senang.
    Tapi barang yang dah sedia ada dekat rumah itu..
    Macam handphone Nokia contohnya.. fuhh sanggup ke buang kering-kering macam tu je. kan. hehe.

    So kalau nak boikot ni..
    boikotlah dengan cara berhenti membeli dulu seeloknya..
    takdelah gedebuk terus nak boikot semua kan..
    lepas tu baru slow2 berhenti guna yang dah sedia ada..
    nak buang centu je pon kadang pikir 2 kali..
    duit tu.. takkan campak centu je..

    apa2 pun.. good effort..
    mesti ada hasilnya punya.

    Reply

  17. kalau kita boikot..macam mana pulak nasib pekerja2 kita yg bekerja kat sykt tu?cth macam mcD..ramai pekerja melayu Islam…

    Reply

  18. ayam goreng kampung kat valedrom cheras paling best.. :up:

    Reply

  19. khai : haha sempat plak ko promote makanmalaya.com kat sini eh. hehe thanks ๐Ÿ™‚ aku rasa amd pun adik beradik intel gak la. hehe aku tgh tunggu manalah processor from jepun or korea neh kan. hehe ๐Ÿ™‚

    Reply

  20. doc : akhirnya ko aktif balik berblog eh. cool doc !

    Reply

  21. joe : haha ko sebab lain. sebab homesick la tuh kan. haha ๐Ÿ™‚

    Reply

  22. myza : yep kali neh mmg kena berkorban. tak boleh lagi hangat2 taik ayam adjer. hehe ๐Ÿ™‚

    Reply

  23. cekgu : haha neh edition special entry cerpendek kat blog aku. biasa aku malas la nak taip berlambak2 cam ko kan. hehe ๐Ÿ™‚

    Reply

  24. flip9 : hehe slow2 la kan. lama2 ko sure dah tak makan pun kitkat tuh. hehe ๐Ÿ™‚

    Reply

  25. affuan : eh betul ke ni eh ? ko sure ke ? haha ๐Ÿ™‚

    Reply

  26. onggon : tuh la kan. banyak giler barangan yg support israel sebenarnya. hehe ๐Ÿ™‚

    Reply

  27. chempaka : la kan ke ada mydin. ala kedai runcit pun ada kan. hehe ๐Ÿ™‚

    Reply

  28. kreuger : perghhhhh panjang giler comments ko. hehe ๐Ÿ™‚

    Reply

  29. kreuger : biar je la camtuh. malas la nak edit sana edit sini ok. hehe ๐Ÿ™‚

    Reply

  30. megat : hehe tuh la kan. inilah masalah nak develop perusahaan makanan tempatan. ala dulu2 masa 1980an takde pun semua barang2 neh kan. hehe ๐Ÿ™‚

    Reply

  31. azwan : hehe ye ke takde. rasa cam ada la. hehe ๐Ÿ™‚

    Reply

  32. adry : hehe tuh la kan. kita cuba dulu. ala banyak apa barangan tempatan sebenarnya kan. hehe ๐Ÿ™‚

    Reply

  33. aman : haha baru kau tahu banyak eh. hehe ๐Ÿ™‚

    Reply

  34. famia : barang yang dah beli terus je guna. jgn membazir. cuma bila nak ganti nanti. bolehlah beli yang jenama lain ke. hehe ๐Ÿ™‚

    Reply

  35. amoi : rezeki ada di mana2 ya. x perlu risau ๐Ÿ™‚

    Reply

  36. budeen : yep tuh ayam kampung kan. mmg sedap woooo. makan kat corner tuh kan. hehe ๐Ÿ™‚

    Reply

  37. xkn la sbb keuntungan,gaji,kerjaya kita dengan syarikat yahudi tu membuat kan kita sanggup menidakkan ttng masa hdpan akn dtng..kita kn msih ada plihan lain..
    ayuh la kwn2 pkir baik2!!

    Reply

  38. mad : tu la kan ๐Ÿ™‚

    Reply

  39. Pingback: KNizam Artwerk » Blog Archive » Come On McDonald’s Malaysia, Sila Buat Kenyataan Yang Anda Mengutuk Sekeras2nya Serangan Israel Ke Atas Bumi Palestin OK !

  40. kalo nak boikot, bank pun kene boikot…sbb sumbang ke world bank. Selagi ada mata wang, bergantung pada demo, sampai la tu la kite dok sumbang kat bangsat tu.

    Reply

    KNizam Reply:

    leea : hehe seb baik dah ada bank islam kan. hehe ๐Ÿ™‚

    Reply

  41. lar…bukannya kalau x kerja company2 tu x leh idup bro…memang kene take time sikit..cari kerja kat company lain…secara x langsung syarikat2 negara sendiri boleh mengenbang dengan adanya pekerja2 yang bagus, yg dah x kerja kat company2 boikot tu…
    sama2 fikirkan demi rakyat Palestin…

    Reply

  42. assalamualaikum..terima kasih atas ingatan tuan empunye blog nie..kat skolah memang pihak skolah slalu dedahkan bebudak ngan kempen boikot nie..saya pulak dah tutup buku kebanyakan produk tapi hanset yang ada nie jenama nokia, pkai jela slagi ade hayat. saya akui saya ngan milo x dpt nak pisah..dah cuba jenama lain tapi x sama..harap inisiatif ni dapat dteruskan..bukan untuk dilupakan sahaja..

    Reply

    KNizam Reply:

    nina : betul tu ya hehe ๐Ÿ™‚

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge