what happen to mitv eh?

now that astro wanna increase their fee. truly speaking i subscribed astro last year just because i wanna watch the live telecast of the 2006 world cup at germany last year. apart from watching the sports package, i did also watch the discovery package and movies.

i noticed that recently quite a number of the shows are actually a recycle shows.

what happen?

did astro realise that we are not that stupid to realise that recycle thinggy?

if only mitv can prosper…. or at least make a come back from a false start line, we will be better off then. don’t cha think?

Kecewa reaksi Keng Yaik ulas Astro naik yuran

‘‘KALAU mahal jangan tengok,’’ demikian kata Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Seri Lim Keng Yaik sewaktu mengulas tindakan Astro menaikkan kadar langganan pakej-pakejnya secara serta-merta.

Bagi saya ini adalah satu kenyataan yang tidak wajar oleh seorang pemimpin kerajaan. Pelajar sekolah pun boleh memberikan reaksi sedemikian. Walhal sebagai menteri, Keng Yaik kena bersimpati dengan rakyat yang melanggani Astro.

Beliau sepatutnya meminta Astro mengkaji semula langkah menaikkan yuran bulanan atau membuat cadangan-cadangan baru.

Keng Yaik mesti peka bahawa kenaikan kadar langganan Astro adalah satu lagi faktor kenaikan kos belanja hidup seiring dengan kenaikan harga barang, tambang dan perkhidmatan harian.

Adakah beliau akan berkata, kalau beras mahal jangan makan nasi, makan roti canai pagi siang dan malam.

Orang ramai melanggani Astro kerana kelainannya. Saya sendiri meminati saluran-saluran berita seperti Al Jazeera, CCTV atau Bloomberg; saluran-saluran pengetahuan am seperti National Geographic dan Discovery serta sukan seperti Golf.

Saya kira jadual langganan baru Astro ini mengandungi sedikit ‘muslihat’ kerana RTM1 dan 2, TV3, 8, 9 dan ntv7 yang sememangnya percuma dimasukkan ke dalam ‘Pakej Keluarga’ juga dijadikan saluran berbayar.

Saya harap kerajaan akan mengarahkan Astro supaya menghapuskan sistem ‘pakej’ dan menggantikannya dengan kadar langganan setiap satu saluran yang disediakan termasuk RTM1 dan 2, TV3, 7, 8 dan 9 yang sememangnya percuma.

Umpamanya satu saluran dikenakan antara RM2, jadi saya yang hanya bersedia membayar RM20 sebulan akan memilih 10 saluran yang saya minat.

Selama ini pun pelanggan-pelanggan Astro hanya menonton tidak sampai 10 saluran sehari.

Kalau Astro kata ini tidak boleh dibuat kerana masalah-masalah teknikal maka janganlah dipercayai langsung kerana di zaman teknologi ini, tidak ada yang mustahil.

Kerajaan juga patut mengarahkan Astro berkongsi semua siaran langsung bola Liga Inggeris, Itali, Jerman, Sepanyol dan lain-lain dengan RTM. Astro dan RTM patut bekerjasama sewaktu perundingan mendapatkan siaran-siaran langsung.

Juga kalau RTM diberikan hak tayangan lewat atau delayed broadcast pun rakyat tidak akan merungut kerana siaran langsung acara-acara sukan lewat malam atau awal pagi pun bukan ramai yang tonton.

Jadi kalau setakat hendak membuat kenyataan semudah ‘kalau mahal jangan tengok’, baik Keng Yaik jadi pengerusi Astro, tidak perlu jadi menteri.

– SAAD HASHIM,

Ampang, Selangor.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

3 responses to “what happen to mitv eh?

  1. haaa haaa.. malaysia ooooo tanah airku…..

    Reply

  2. mana ko dpt tulisan jawi tuh??? sbb aku pernah jumpa tulisan arab jer, jawi susah giler nk jumper

    Reply

  3. kyazz : ya malaysia…… 🙂

    pemerhati : tulisan jawi ada kat sini ya – http://knizam94.wordpress.com/2007/11/15/ejawinet-online-jawi-converter/#comment-3842

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge