Usain “Thunder” Bolt Digelar Raja Pecut Olimpik Beijing 2008 !

mamat neh mmg power giler ah

100m dengan 200m world record tuh !

Bolt raja pecut Olimpik


PELUMBA dari Jamaica, Usain Bolt mempamerkan rekod baru dunianya setelah menjuarai 200m lelaki akhir di gelanggang National, Sukan Olympik Beijing 2008, semalam. – Foto AFP

BEIJING: Jaguh pecut Jamaica, Usain Bolt memenangi pingat emas acara 200 meter dengan catatan rekod baru dunia, semalam untuk menjadi atlit pertama sejak Carl Lewis pada 1984 memenangi gelaran pecut berganda di Sukan Olimpik.

Bolt sebelum ini memenangi acara 100m menerusi gaya mengagumkan apabila memperbaharui rekod dunia hasil kepantasan 9.69 saat, Sabtu lalu.

Dia mengulangi prestasi hebat pada hari ke-11 temasya Olimpik di Beijing itu menerusi larian hebat untuk mencatat rekod baru dunia kedua dengan kepantasan 19.30s � mengatasi rekod 19.32s pelari Amerika Syarikat, Michael Johnson, 12 tahun lalu di Atlanta.

Bolt meletakkan dirinya sebagai pelari kesembilan berjaya melengkapkan dominasi memenangi kedua-dua acara pecut pada satu temasya dalam sejarah Olimpik.

Kejayaan itu juga meletakkan Bolt, yang menyambut hari jadi ke-22, hari ini, sebaris dengan perenang AS, Michael Phelps, sebagai bintang Olimpik Beijing. � Reuters

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

11 responses to “Usain “Thunder” Bolt Digelar Raja Pecut Olimpik Beijing 2008 !

  1. Makan APe La Diorang Ni Ek ??

    Ish Ish Ish..

    Qaiyum’s last blog post..Permatang Pauh

    Reply

  2. qaiyum : hehe tu la kan. jamaica mmg power la. hehe 😕

    Reply

  3. woah…ni lar manusia plg pantas atas muka bumi neyh!!

    Elafyf’s last blog post..Get Socialized at Meez.com

    Reply

  4. gila la mamat ni..

    orang ke pelesit ntah.. hehe

    lg 4 tahun rekod baru.. 9.65 saat plak..

    myadlan’s last blog post..Blogspot vs WordPress

    Reply

  5. elafyf : hehe yep paling pantas 100m ngan 200m sekarang neh. semua dia sapu. hehe 🙄

    Reply

  6. Pingback: negaraku.net

  7. myadlan : heheh tu la kan. camner boleh pantas giler neh. eh 😕

    Reply

  8. malam tadi dalam berita TV9, pemberita tu citer pasal mamat lari laju ni… ayah mamat ni cakap, anak dia ni makan keladi je… aduh… kat mesia keladi belambak2… murah plak tuh… jom la kita makan keladi utk lari kuat!!

    buzzybug’s last blog post..yippeee yayy yayy!!

    Reply

  9. buzzy : sama ke keladi kat jamaica ngan kat malaysia. hehe ➡

    Reply

  10. errrr… entah laa plak. tak sama laa kot. tapi, khasiat maybe sama. haha… apa kata u try 1st… mana tau bleh lari kuat.hahahaha…

    Reply

  11. buzzy : hehe sekali makan keladi masak lemak. maunyer terus hampeh. haha 😥

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge