universiti pertahanan nasional @ upnm?

tak lama lagi atma akan dinaiktaraf jadi universiti pertahanan nasional atau lebih dikenali sebagai upnm. akhirnya atm ada universitinya sendiri ya, tak lami pdrm pula akan ada universiti agaknya πŸ™‚

sumber – berita harian

Pelajar bijak kesal dipinggirkan UPNM

LANGKAH kerajaan menaikkan taraf Akademi Tentera Malaysia (Atma) kepada Universiti Pertahanan Nasional (UPNM) adalah bukti kesungguhan kerajaan mempertingkatkan mutu perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Sebagai seorang pelajar yang meminati bidang ketenteraan, saya amat mengalu-alukan langkah kerajaan ini. Selepas keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2006 baru-baru ini, saya memohon mengikuti program Asasi Kejuruteraan dan Asasi Sains dan Teknologi Pertahanan di UPNM secara online.

Bagaimanapun, pada awal bulan ini, keputusan untuk menjalani temu duga UPNM dikeluarkan dan ternyata saya gagal dipanggil untuk temu duga.

Apa yang mengecewakan, rakan saya yang mendapat 4A (bagi subjek teras) dipanggil untuk menghadiri temu duga pada hal saya yang mendapat 6A (bagi subjek sains tulen dan teras) dan aktif dalam kokurikulum tidak dipanggil.

Saya ingin mendapat penjelasan mengenai prosedur dan syarat pemilihan untuk temu duga. Saya berharap UPNM dapat memberi penjelasan telus demi memastikan pemilihan ke UPNM adil dan saksama.

PELAJAR KECEWA,
Kemaman, Terengganu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

69 responses to “universiti pertahanan nasional @ upnm?

  1. salam, utk pelajar kecewa..jgn kecewa cuba next year pulak..

    Reply

  2. mohd aliff syafiq

    dah ko x lepas interview mmg ar.. bdk2 upnm yang bru nie standard 7 above..

    Reply

  3. aliff : sabar2 okey

    Reply

  4. little skinny melon

    firstly…i feel sorry 4 u…secondly i nak beritau u tips….citernye senang je..kalo u nak masuk institusi tentera…u kene de kabel besar….kire de connected dgn tentera.lg besar kabel u lg bagus.kire de org dalam….i’m telling u da truth.kalo u minat tentera…de byk tmpat lg.selain atma,kolej tentera darat pun de.tp u ttp kena pakai kabel.coz de beratus ratus anak pegawai tentera yg nak masuk gak..of course la ank tentera dilebihkan dulu.so,try again….

    Reply

  5. little skinny melon

    it is not about u nye kepandaian.mmg gred bagus diperlukan…but….u kene de org dalam utk lepaskan u ke temuduga pertama.kepada bdk kemaman yg sedey….jgn keciwa…u masuk la ktd tp membazir pulak coz u layak amek ijazah.pe kate u study kat univrsiti then u masuk tentera.tp x best la kan…xleh r..u kene cari kabel gak..dimana de kemahuan kat situ de jalan.even my fren yg xde conncted ngan tentera sanggup tulis berjela-jela esei pada panglima utk dapatkan sokongan…u should try ur best…even though u akan mohon byk kali..ok…???gud luck..

    Reply

  6. little skinny melon : thanks for the tips

    Reply

  7. tumpang tanya. saya agak keliru dengan kemasukan ke UPNM ni. Bagaimanakah lepasan SPM mahu menyertainya atau apakah langkahnya dan langkah-langkah seterusnya?? Harap sesiapa boleh bantu. BANTULAH saya supaya saya dapat bangkit sebagai pahlawan terhebat dunia di masa hadapan. peace no war!

    Reply

  8. haikal : sila berhubung secara terus dengan kementah atau kementerian pertahanan ya πŸ™‚

    Reply

  9. nak masuk upnm

    bagaimana nak masuk upnm kalu sy dah ada basic mekanikal bagaimana nak apply upnm

    Reply

  10. askum,hai saya amat berminat sangat untuk memasuki upnm sekarang saya sedang belajar dalam bidang mekanikal tinggal satu semester sahaja untuk saya menghabiskan pembelajaran saya..sekarang saya berumur 19 tahun..saya betul2 ingin memasuki upnm tu..kalu diberi peluang saya ingin menyambung pembelajaran saya di upnm..saudara dapat membantu saya untuk memasuki upnm…saya harap saudara dapat membantu

    Reply

  11. nak masuk upnm & hairi : sila buat permohonan di kementerian pertahanan atau semak dengan kementerian pengajian tinggi ya πŸ™‚

    Reply

  12. erhmmm bukn cm tu la..aku student sane aku tau…x dak la hang x leh nak pikirkan rezut semata2..ikut rezeki gak..ade gak yg bodoh dpt jek..ni sume luck..lgpn pengmabilan tu pkai komputer la..bukn manusia bt keje pham dak..try la lagik pas msuk mtrx….

    Reply

  13. sharil : u ni kat mana sebenarnya eh ?

    Reply

  14. salam..memang diakui ramai yg tak dpat masuk even result pun gempak, tapi tula org kata rezeki..jgn cepat putus asa..ada orang tu sekali pegi terus dapat..ada yg 2-3 kali pegi baru dapat, yg penting be prepared dari segi kesihatan (yg nie susah sket nak tolerance) berkenaan dengan kabel, memang diakui kat mana2 tempat sekalipun (bkn tentera je tau) kabel boleh main peranan utama utk terpilih, tapi tak semestinya mereka akan dapat kalau result terlalu teruk, cuma kena usahala..cari la sokongan dari mana2 pihak dgn berbekal result dan keputusan yg baik sebab saingan makin hari makin meningkat. Ingat tentera nie nak masuk kadangkala susah tapi bila dah masuk susah jugak nak kluar, kalau tak sempat nak masuk upnm, boleh belajar dulu apa..then apply utk pegawai graduan, kalau nak juga masuk, ktu ktd dan ktl ada cuma kolej2 nie diploma, umur brape nie? kalau lahir tahun 94..skang baru umur 13thn la kan? :p

    Reply

  15. vangardx : u study or bagi lectures kat sana eh?

    Reply

  16. UPNM..Bukan semua indah di mata, hebat pengisiannya…

    Reply

  17. msrizal : la ye ke? hehehhe πŸ™‚

    Reply

  18. πŸ‘Ώ EMMM

    Reply

  19. himawari : hehe ehem. πŸ™‚

    Reply

  20. 😑 ..sy dulu ada aply msuk upnm pas spm..tp x dapat..cam na kemsukan dia ??tgu surat interview ker bru dpt??@pun,nmpk iklan kmsuksn kat surat kabar,trus p interview…sy skrg ni kat matrik labuan,ikuti program 1 tahun.. :halo:

    Reply

  21. pa PT (physical training) dia time intrvw slama 10 hari tu..??biasa diorg buat kat mana yer?? πŸ™‚

    Reply

  22. himawari : hehe saya tak sure la camner sebenarnya nak masuk upnm ni. hehe saya tak kerja sana la. hehe ➑

    Reply

  23. himawari : hehe kenal call direct ke sana la. saya tak sure plak πŸ™

    Reply

  24. :mrgreen: ish..awk ni sbnrnya sapa??lecturer kat sana ker??@pun pernah study kat sana??or..awk pun x dpt msuk upnm

    Reply

  25. himawari : saya bukan lecturer sana, tak pernah study. tak pernah apply pun ya.. hehee saya hanya blogger yang memaparkan pasal news upnm dalam blog saya sahaja. hehe πŸ™‚

    kalau nak tahu pasal upnm ni, boleh contact one of student dia kat sini ya http://vangardx.net/blog ❗

    Reply

  26. hai sy nak tanye cam mn erk nk isi msuk atma sy pljr spm 08 plez help me

    Reply

  27. ieka : kena contact direct ke upnm ni. cuba check kat website dia ya . hehe πŸ™„

    Reply

  28. upnm skunk masuk ikut upu..
    maklumat lanjut ko try ni:
    http://www.upnm.edu.my/
    http://www.mohe.gov.my/
    x leh gak kou col ak.. 0132987804

    Reply

  29. po : thanks for the info ya πŸ™‚

    Reply

  30. same2 πŸ™‚

    Reply

  31. mcm mana kalau lepasan diploma nak mohon upnm????

    Reply

  32. fizi : alamak x sure la. kena contact direct ke office upnm kot πŸ™‚

    Reply

  33. mira muslim

    dah da experience g temuduga…x seindah yg diharapkan…dah lari keliling upnm, wat medical check up, wat semua la….dan tyme lari tu adalah di antara yg smpai awl gk kt penamat..tp still x dpt….kecewa…tp dah dpt institut perguruan…x kecewa la…coz IPGM sgt la besh…tersangt besh..kalu x dpt upnm jgn kecewa….byk g peluang….ipta pon byk g peluang terbuka..cume kne wat ptptn la…tp kalu program asasi or pasum saving cket coz dpt elaun… besh…walaupun elaun maktb x setinggi geng2 upnm, tp profesion perguruan lebih sesuai tetambah ngn pompuan…mmg ada hikmah dpt IPGM.ALHAMDULILLAH…

    Reply

    KNizam Reply:

    mira : la ye le camtuh. hehe πŸ™‚

    Reply

  34. mira muslim

    tambahan: satu lg yg wat sy kecewa tyme x dpt tu apabila ada yg lari n x dpt top rank pon dpt sedangkn upnm nk student yg kuat dr segi ketahanan fizikal. then , yang dpt upnm tu ada jugak yg medical problem cthnye rabun tp dpt gk.tertanya-tanya jugk pasal menda ni tp nk wat gane…siapalah saya nk wat pertikaian sedangkan dah dibuat pemilihan. pasal result tu, yg dpt 4 A pon dpt…nway pape pon rezeki memasing…xdpt upnm, dpt menda laen..byk g peluang…janji ada usaha…usaha tangga kejayaan…buat pelajar spm08,sy jamin tahun ni lbh rmai mohon IPGM

    Reply

    KNizam Reply:

    mira : la sampai mcm tuh sekali ek πŸ™‚

    Reply

  35. mira muslim

    coz last year pon dah 100000 org mohn mktb n yg dpt hanyalah 4000 ke 5000 jerk..so this year misti persaingan yg hebat…good luck……guru pelita hidup…menerangi kegelapan..

    Reply

    KNizam Reply:

    mira : yep guru kan ada hari sendiri. cool kan. hehe πŸ™‚

    Reply

  36. Saya adalah bekas tentera memohon untuk anak saya melanjutkan pelajaran ke UPNM selepas dapat keputusan SPM bagi tahun 2008.
    Bagaimanakah cara untuk memohon.
    Saya telah melayari melalui upnm.edu.my tetapi tidak dapat access web tersebut.

    Reply

    KNizam Reply:

    zamri : cuba call direct ke upnm. saya tak pasti mcm mana caranya. sekarang semua nak access laman web tuh yang jam kot.

    Reply

  37. Masuk UPNM sekarang ni melalui online. Siapa ckp boleh guna kabel adalah tohmahan semata2. Selepas berjaya temuduga barulah pemilihan bergantung kepada kecergasan, kepimpinan dan intelektual. Perlu diingat bukan kecergasan sahaja tetapi sikap dan kepimpinan adalah amat penting kerana anda akan dilatih untuk menjadi pegawai tentera dan bukan lain-lain pangkat. Harap semua ambil maklum dan jangan banding siapa bayak A shj. Tentera x perlu result 10A1 ttp tak de kepimpinan dan personaliti.

    Reply

    KNizam Reply:

    ar : owh thanks for the info πŸ™‚

    Reply

  38. sape tau pasa UPNM lebih skit…aku apply pegawai penyelidik dekat upnm….x di panggil lg interview…ramai ker apply

    Reply

    KNizam Reply:

    sha : x sure la plak

    Reply

    manusia Reply:

    sha, nk keje pon cm nk apply u..takde kabel lambat la sket…tp klo da rezeki dapatnye…nk masuk upnm(student)…pk masak2…tanye student2 die, tanye askar2 yg da sedia berkhidmat…pegi upnm dlu buat research..da tau cmne upnm bru la apply…jgn nnyesal lak nanti…klo da minat tu takde halnye…

    Reply

    KNizam Reply:

    manusia : hehe ye ke eh. πŸ™‚

    Reply

  39. huhuhu x sangka ad beberapa perempuan yang minat upnm ni..nak tanya..ad spe2 x kat sni yang tau tentang pengajian strategi kat upnm ni..share2 la..hehe

    Reply

  40. Salam,

    Sebenarnya cara nak memohon ke UPNM adalah melalui Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (diuruskan oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar(BPKPJPT)). Semua pelajar lepasan SPM boleh memohon ke UPNM selepas iklan dikeluarkan oleh BPKP JPT (selalunya dalam bulan 2). Pelajar perlu ke BSN untuk beli NO UNIK ID berharga RM 10.50. Then online di http://www.mohe.gov.my . Then permohonan akan ditutup selepas 10 hari bekerja selepas keputusan SPM diumumkan. Selepas itu, UPNM akan buat saringan berdasarkan syarat yang diperlukan (tidak semestinya mempunyai 10A1 akan dapat tempat untuk ditemuduga, ini kerana UPNM akan mengikut keputusan bagi setiap subjek serta 10 % markah kokurikulum).

    Selepas itu, temuduga akan dijalankan di kem-kem tentera yang ditetapkan. Semasa temuduga, pelajar akan melalui ujian-ujian kesihatan, fizikal dan mental selama 10 hari. Selepas itu, keputusan hanya akan diumumkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi sahaja. Ini kerana UPNM adalah IPTA yang ke-20 di bawah Kementerian Pengajian Tinggi.

    Untuk pengetahuan semua, keputusan pemilihan dibuat oleh UPNM dengan kerjasama CTK, MINDEF. Jadi semua pelajar tidak memerlukan kabel-kabel besar untuk masuk UPNM seperti kata-kata orang lain. Semua itu tipu belaka. Jika betul, sudah tentu semua pelajar UPNM terdiri daripada anak-anak tentera dan anak-anak bekas tentera. Untuk makluman juga, bukan semua pelajar Maktab Tentera Diraja layak untuk memasuki UPNM. Jadi tidak berlaku kabel besar dan juga double standard dalam pemilihan pelajar UPNM.

    Oleh itu, semua pelajar yang hendak memohon ke UPNM mestila redha dan bertawakal sebelum memohon. Pelajar jugak digalakkan berusaha bersungguh-sungguh sebelum peperiksaan untuk mendapat keputusan yang cemerlang.

    Terima kasih.

    Reply

    KNizam Reply:

    petaling : hehe thanks for the info ya πŸ™‚

    Reply

  41. Saya pun student UPNM jgk.Even saya pelajar awam,tapi kira best jgk le.Mula2 rasa janggal sgt coz pape pun kadet akan diberi keutamaan.Memang x dinafikan kabel penting tuk korang nk msuk UPNM nie,tp bkn semua.So kalau korang bermnt nk msuk sni fikir btl2 dlu ok!

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.