hujan atau panas, atau DDOS attack sekalipun, blog ini pasti akan diteruskan :)Posts RSS Comments RSS

universiti pertahanan nasional @ upnm?

tak lama lagi atma akan dinaiktaraf jadi universiti pertahanan nasional atau lebih dikenali sebagai upnm. akhirnya atm ada universitinya sendiri ya, tak lami pdrm pula akan ada universiti agaknya :)
sumber – berita harian

Pelajar bijak kesal dipinggirkan UPNM

LANGKAH kerajaan menaikkan taraf Akademi Tentera Malaysia (Atma) kepada Universiti Pertahanan Nasional (UPNM) adalah bukti kesungguhan kerajaan mempertingkatkan mutu perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Sebagai seorang pelajar yang meminati bidang ketenteraan, saya amat mengalu-alukan langkah kerajaan ini. Selepas keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2006 baru-baru ini, saya memohon mengikuti program Asasi Kejuruteraan dan Asasi Sains dan Teknologi Pertahanan di UPNM secara online.

Bagaimanapun, pada awal bulan ini, keputusan untuk menjalani temu duga UPNM dikeluarkan dan ternyata saya gagal dipanggil untuk temu duga.

Apa yang mengecewakan, rakan saya yang mendapat 4A (bagi subjek teras) dipanggil untuk menghadiri temu duga pada hal saya yang mendapat 6A (bagi subjek sains tulen dan teras) dan aktif dalam kokurikulum tidak dipanggil.

Saya ingin mendapat penjelasan mengenai prosedur dan syarat pemilihan untuk temu duga. Saya berharap UPNM dapat memberi penjelasan telus demi memastikan pemilihan ke UPNM adil dan saksama.

PELAJAR KECEWA,
Kemaman, Terengganu

69 responses so far

69 Responses to “universiti pertahanan nasional @ upnm?”

  1. manmarin says:

    Tahniah pd yg dah lulus ujian temuduga UPNM ari tu (selama minggu)d Trendak Kem Sg.Udang Mkka.Dgr cite lebih kurang 500+ bakal kadet yg dah terpilih..dia org akan lapor diri blan depan. Bgi yg gagal jgn risau Matrik masuk 10 May. Tarikh kputusan masuk UPU 01 May, bagi yg minat gak nak pakai uniform pegawai cuba la KTU/KTL atau KTD-There is a will,there is a way../

    Reply

  2. sue93 says:

    klu sye rabun camne??boleh masuk ke??

    Reply

  3. son says:

    sy nak tnye…pggilan temuduga sesi akademi 2 mcm mane??kurg pasti r..

    Reply

  4. mm93 says:

    kalau dpt as pelajar awam di upnm ok ke or pegi matrik better.

    Reply

  5. mirol says:

    bro, klu yg masuk sbg plajar awam tuh, bile plak akan diserap mnjd pegawai kadet?

    Reply

  6. fyza says:

    subjek pe yg akan blja if join asasi pengurusan dan strateggi pertahanan ?

    Reply

Leave a Reply