Ucapan Penghargaan dan Terima Kasih Untuk Kakitangan Jabatan Imigresen Kuala Lumpur, Pusat Bandar Damansara

Live Update: 18 Aug ’10, 2.38pm PKT PST | From: Nokia E71, Nokia N97 or iPhone 3Gs | Author: KNizam

alhamdulillah selesaj sudah proses nak dapatkan passport antarabangsa aku tadi. setinggi2 penghargaan dan ucapan terima kasih kepada kakitangan jabatan imigresen pusat bandar damansara. budi baik kalian tidak dapat aku balas dengan kata2. aku berterima kasih kerana mereka memahami situasi aku yang telah kehilangan passport khamis lepas. terasa hidup gelap seketika waktu itu. manakan tidak dengan mesyuarat lembaga pengarah esoknya dan aku dijadual balik isnin lepas. panik dah gundah gulana hanya tuhan yang tahu.

syukur kerana anda memahami situasi sukar yang aku alami. aku terpaksa buat rayuan secara rasmi dua kali. tiga kali berturut aku singgah ke pejabat imigresen kali ini. mujur tak diiktiraf sebagai mayor 4square sahaja. aku dah postpone tiket aku drpd isnin ke jumaat ini.

proses penggantian passport antarabangsa sepatutnya mengambil masa 30 hari. namun aku x boleh tunggu lama kerana aku bekerja di islamabad, balik ke kl untuk mesyuarat sahaja. banyak urusan akan tergendala di islamabad jika aku tak balik secepat mungkin. hanya tuhan sahaja dapat membalas jasa kalian. proses yg sepatutnya memakan masa 30 hari telah dijadikan 3 hari sahaja, dgn special approval.

tahniah dan terima kasih diatas perkhidmatan yang cekap umumnya kepada semua kakitangan jabatan imigresen pusat bandar damansara, pegawai imigresen dan khasnya kepada en adinur, pn farida dan en husaini. terima kasih sekali lagi. selamat berpuasa dan selamat maju jaya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 responses to “Ucapan Penghargaan dan Terima Kasih Untuk Kakitangan Jabatan Imigresen Kuala Lumpur, Pusat Bandar Damansara

  1. Alhamdulillah….bro dipermudahkan urusan…. ;-p

    Reply

    KNizam Reply:

    species : hehe tuh la kan. hehe amin 🙂

    Reply

  2. jabatan imigresen should be a benchmark for customer service. for both public AND private sectors.

    Reply

    KNizam Reply:

    joe : 1st time aku agree ngan ko hehe 🙂

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.