tukar sistem tol lagi ke?

saya bukan anti-pembangunan. cuma skeptikal sahaja. kita di malaysia memang suka menukar sesuatu sistem tanpa fikir panjang kan? kekadang kita mencipta sesuatu sistem dengan lincah dan segera. dan kemudiannya menukarkannya sepantas kilat pula. ketika perasmian, sistem sediada diwar2kan amat berkesan. namun, selang beberapa tahun, ianya didapati menyusahkan dan perlu dibuang begitu sahaja. sistem lain diganti pula. apa ini? yang kena kita juga kan?

adakah dengan menggunakan sistem gantri akan terhapus segala masalah kesesakan?

adakah ini hanya sistem cuba2x sahaja?

hampir 10juta akan dilaburkan. jika tidak berjaya bagaimana?

ada fall-back plan ke?

kepada sesiapa yang berkenaan, tidak kisahlah sistem touch n go ke, tunai ke, smart tag ke, gantri ke, janji janganlah ada kes jam melampau sebegini. jam di lebuhraya akan lebih teruk semasa cuti sekolah, hari perayaan, cuti hujung minggu. hatta ketika bulan ramadhan sekalipun.

 

gambar dirakam semasa jam teruk di elevated highway bulan puasa 2005

sumber – utusan malaysia

Sistem gantri kutip tol — Kaunter tunai, Touch n Go, Smart Tag akan dihapus secara berperingkat

Oleh AMIZUL TUNIZAR AHMAD TERMIZI

SUNGAI SIPUT 11 Mac – Kaunter tunai, Touch ‘n Go dan Smart Tag yang digunakan untuk pembayaran di plaza-plaza tol lebuh raya sekarang akan dihapuskan apabila sistem gantri dipasang di seluruh negara mulai pertengahan tahun depan.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S. Samy Vellu berkata, sistem kutipan tol gantri akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat bagi mengelakkan kesesakan yang sering berlaku di plaza-plaza tol.

Di bawah sistem gantri itu, pemandu kenderaan hanya perlu membeli kad prabayar e-Tag untuk dipasang pada cermin kenderaan dan terus melalui gantri iaitu pengimbas yang menyerupai tiang gol bola sepak di kawasan plaza tol.

Menurut Samy Vellu, apabila sistem baru itu dilaksanakan, pemandu boleh terus melalui gantri tanpa berhenti kerana mesin pengimbas akan memotong bayaran tol secara automatik pada kad prabayar.

‘‘Bayaran tol akan ditolak secara automatik daripada akaun e-Tag. Ini bermakna tiada lagi plaza-plaza tol, hanya ada gantri selepas sistem itu mula dilaksanakan,” katanya.

Samy Vellu bercakap kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Taklimat Pembinaan Kompleks Pentadbiran, Kuarters dan Pusat Transit Kesihatan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) di sini, hari ini.

Projek bernilai RM9.5 juta itu yang dijadualkan siap pada 20 Mei tahun depan mampu menempatkan sebanyak 150 Orang Asli yang memerlukan rawatan susulan.

Menurut Menteri Kerja Raya, kajian yang dibuat syarikat perunding yang dilantik oleh Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) mengenai penggunaan sistem gantri di lebuh raya bertol akan siap pada Julai ini.

Kajian itu meliputi masalah serta undang-undang yang perlu digubal bagi melaksanakan kaedah kutipan tol yang baru itu.

Antara lain syarikat perunding akan mencari kaedah terbaik untuk memudahkan pengguna termasuk pemandu yang tidak mempunyai kad prabayar ketika melalui gantri.

Gantri yang menyerupai tiang gol bola sepak tanpa tiang penghalang akan dilengkapi mesin pengimbas dan kamera yang boleh mengesan kelajuan dan mengambil gambar kenderaan.

‘‘Penggunaan sistem gantri juga boleh mengawasi pergerakan kenderaan yang langgar undang-undang terutama had laju boleh dikesan berdasarkan rekod masa perjalanan antara gantri.

‘‘Kita boleh ambil gambar pemandu, saiz muatan lori dan menentukan siapa yang mengambil lorong salah,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, kesesakan lalu lintas di Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) dijangka boleh diatasi selepas kerja menaik taraf laluan dari dua kepada tiga lorong untuk perjalanan dari Ayer Keroh ke Kuala Lumpur dan dari Rawang ke Slim River siap November ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

One response to “tukar sistem tol lagi ke?

  1. Ni mesti ada kroni mana nak duit cepat ni. Kene la itu Sammy reka sistem baru..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge