Anda pernah gunting rambut bawah pokok? Mungkin suasana sebegini agak janggal di Malaysia, namun di Pakistan ianya adalah suasana yang begitu klise di mana-mana jua. Di mana sahaja ada pokok yang rendang dan redup, pasti akan ada tukang gunting rambut di bawahnya. Jom gunting rambut! Kos dalam Rs.30-50 rupees sahaja (RM1=Rs.30). Murah kan!

Pagi ini secara tetiba penulis ingin merakamkan suasana persekitaran tukang gunting rambut bawah pokok di perkampungan Saidpur yang popular di Islamabad ini. Bersama beberapa orang rakan, penulis singgah ke salah satu daripada “kedai” gunting rambut di bawah teduhan pokok mulberri yang ketiadaan daun dek kerana musim dingin. Tidak ramai pelanggan pada pagi ini. Hanya ada seorang pelanggan. Baru sahaj sebentar tadi seorang budak berlalu pergi meninggalkan kedai ini. Penulis gagal merakamkan aksi budak tadi digunting rambutnya. Mungkin lain kali

Lihatlah kepada kelengkapan minima yang ada di kedai gunting rambut bawah pokok ini. Sungguh minima. Hanya perlu gunting, sikat, air dan sedikit peralatan lain. Kedai gunting rambut ini dikhabarkan akan dibuka seawal jam 7 pagi, tidak kelihatan pula kedai chai di keliling kedai ini. Jika tidak, pastinya penulis akan gunting rambut dah kemudiannya singgah minum chai bersama rambut baru. Bergaya di pagi hari katanya






Kalau tiba-tiba rasa gatal di hidung dan kepala, boleh minta tukang gunting berhenti seketika. Sempatlah nak menggaru di permukaan kulit yang terasa gatal. Owh ya! Kini adalah musim bunga dan musim bunga di sini datang sekali dengan alergi kepada pollen atau debunga pokok paper mulberry. Setelah selesai menggaru hidung, bolehlah sambung kepada aktiviti pengguntingan rambut seterusnya. hehe

Perghhhhh siap ada free massage lagi kat tengkuk. Don’t play2 ha! Biasanya kat sini, kalau di kedai sekalipun akan ada perkhidmatan massage setelah selesai gunting rambut. Paling tak tahan bila depa guna mesin vibrator nak urut kepala. Seriau pun ada. Bergegar2 otak anda nanti haha
Tapi bawah pokok ni takdelah vibrator tuh kan, tak tau la kalau ada, pasti pakai bateri tuh!


Lihatlah sahaja ketekunan tukang gunting rambut menggunakan ketam untuk menggunting janggut pelanggannya. Sungguh berhati-hati dan unik sekali. Penulis terlupa untuk merakamkan aksi ini di dalam kamera video. Smeentelahan memakai dSLR ini, penulis agak jarang menggunakan aplikasi video atau video mode. Nak jimatkan CF card katanya. hehe

Ni apa pula tiba-tiba ada kambing gurung berkeliaran di sini? Jangan tidak tau, perkampungan Saidpur juga terkenal dengan kawasan penjualan kambing. Kali ini tidak banyak kambing kerana belum tiba masa puncak ketika Hari Raya Korban nanti. Kelihatan penjual kambing sedang tawar menawar dengan pelanggan yang hendak membeli kambing di sini. Muka berkerut menandakan tawaran pahit telah dilaksanakan sebentar tadi. Gayanya memegang kaki kambing seolah-olah sedang bersalaman dengan kambingnya seraya mengucapkan selamat tinggal dan good luck bersama tuan barunya

Kambing yang telah dibeli biasanya akan menaiki teksi. Ya tuan-tuan dan puan-puan kambing di sini, selepas kita beli, kita kena bayar sekali kos pengangkutan untuk dibawa ke rumah kita. Pengangkutan awam ya. Kalau teksi, teksilah. Kelas kan kambing-kambing kat sini, siap dapat naik teksi kuning lagi datang rumah. Ko hado? haha


Sekianlah sahaja kisah tukang gunting rambut dan kambing jalanan menaiki teksi di Islamabad. Kalau ada masa terluang saya akan datang lagi ke kedai gunting rambut ni masa musim panas nanti. Nak tengok macam mana gunting rambut di bawah pokok dengan suhu mencecah 48′c. Bertemu lagi di lain blogpost di lain waktu. Salam dari Islamabad!
cantik tertarik… tapi aku tak sanggup gunting.. sebab aku nampak pisau cukur dia cam pedih jer bile bercukur… dia lumur sabun tak? kalau mamak kat malaysia ni.. harap lumur dengan air paip jer.. buih pon tadek.. kejam giler babeng.
Reply
KNizam Reply:
April 18th, 2012 at 11:31 am
man : hehehehe manader sabun daaaa. air pun x berapa nak cukup woooooo hehe
Reply
konfem kalau aku pergi sana.. aku tanak gunting rambut.. sampai ar dah balik malaysia. silap silap pon.. mandi pon sama.. tunggu balik malaysia baru aku mandi.. hahaha
Reply
KNizam Reply:
April 18th, 2012 at 11:44 am
man : ko pulak x mandi, jangan jadi kamben suda. heheheheh
Reply
kamben kat malaysia mahai apeeee… hahaha.. balik malaysia saham aku kenfem tinggi :p
Reply
KNizam Reply:
April 18th, 2012 at 11:54 am
man : hahahahahaha ko mmg la saham tinggi, ko kan model P1. hihi
Reply
buuuuuuutttt bhahahaha
Reply
KNizam Reply:
April 18th, 2012 at 11:58 am
man : muhahahahahahaah jgn maraaaaaa~
Reply
Saya suka cara depa pegang kambin tu. Silap haribulan boleh berjalan side by side. hehe… murah giler gunting rambut. Sini sampai kena tunggu side burn masuk telinga baru gunting lagi. mahal bebenor. hehe
Reply
KNizam Reply:
April 18th, 2012 at 12:08 pm
ijan : hehe mmg ada yang berjalan side by side dengan kambing pun. nanti kalau sempat saya snap. hehe
Reply
Nice photos, dude!
Reply
KNizam Reply:
April 19th, 2012 at 8:37 am
hana : terima kasih hehe
Reply
bestnye gnting rambot kat sne…n1 artikel..:)
Reply
KNizam Reply:
July 11th, 2012 at 10:16 am
azhar : hehe
Reply