ni adalah sambungan entry pasal pakistan travelogue series
hehe enjoy!
– – – – –
No 11/40 – Oren Khanpur Yang Betul2 Warna Oren, Terbaek Dari Ladang
macam yang aku ceritakan, pemergian aku ke ladang oren mmg sebenarnya tidak dirancang. aku main belasah je sebenarnya. nak pergi ke empangan khanpur sekali nampak banyak giler oren kat tepi jalan. aku tanya la mana ladangnya, terus ke ladang. sekali peladang bagitau boleh bayar sket pastu boleh petik sendiri oren. perghhhh best wooooo
– – – – – – – – – –
No 12/40 –Jambatan Khanpur, Sungai Khanpur Yang Kering Kontang Semasa Musim Sejuk
jambatan ni kalau korang perasan mmg panjang siot. sungai kat bawah dia tuh nama dia sungai khanpur. takde air langsung sebab winter. memang kering kontang giler ah. ada aktiviti mengambil pasir sungai adjer kat situ. pemandangan menaiki van or trak mcm tuh mmg biasa kat sini. depa kata naik vana berjemaah lagi afdhal hehe 🙂
– – – – – – – – – –
No 13/40 –Pancuran Air di Waktu Malam Di PC Bhurban Hotel
tu dia dah lama plak aku tak amik gambar waktu malam pakai night mode kan. aku nampak ada fountain kat pc bhurban ni. memang cantek la kan. aku biarkan je camera kat atas batu pastu set kan night mode. kalau amik pakai tangan surelah akan bergoyang2 pastu gambar akan jadi blur je. buat sakit hati je bila transfer ke laptop nanti kan. hehe 🙂
– – – – – – – – – –
No 14/40 –Pokok Epal Mula Berbunga Menyambut Musim Bunga di Islamabad
ni la dia kawasan pokok epal yang sedang rancak berbunga. tabik spring pada capital development authority (cda), mcm majlis perbandaran la kat sini sebab tanam pokok epal. pokok ni tanam kat green belt, suatu kawasan hijau di tepi kiri jalan adjer. bagus kan kalau ada pokok2 buah2an ditanam macam ni. bunga pun lawa. boleh menarik pelancong yg teruja mcm aku ni hehe 🙂
– – – – – – – – – –
No 15/40 –Rohtas Fort Binaan Sultan Shah Suri Yang Gah Berdiri Ke Hari Ini
aku dah terlupa la nama gate neh. ni kat rohtas fort. fort yang dibina kat lokasi yang sungguh strategik sekali. dibina oleh sultan sher shah suri ketika pemerintahan baginda. memang lawa fort ni. dijaga rapi dan sesuai untuk dikunjungi. memang tempat2 bersejarah mcm ni la yang patut kita jaga dan pelihara untuk anak cucu kita belajar sejarah nanti kan. dapat tengok real life kubu sebenar kan. hehe 🙂
– – – – – – – – – –
No 16/40 –Strawberi Farm di Shahzad Town Yang Masak Ranum & Segar Sekali
aku rasa ni gambar paling terbaru la. dalam minggu lepas adjer aku singgah kat ladang strawberi shahzad town nak petik sendiri strawberi dan makan segar adjer. seb baik la takde kedai strawberi milk shake kat sini kan. hehe kalau tak dah belasah milkshake perisa stawberi. surelah best giler. memang segar. kaler merah giler. rasa pun manis2 masam sket. tapi sedap woooooo
– – – – – – – – – –
No 17/40 –Panoramic View Abbottabad Dari Shimla Hills
ni la 1st time aku singgah ke abbottabad ni. nak melawat keluarga driver aku yang baru je kematian nephew dia masa tuh. kampung dia kat shimla hills. so kena naik bukit. sekali nampak pemandangan yang indah mcm ni. apa lagi. amik kamera snap sana sini la kan. hehe. abbottabad ni bandar tentera. banyak giler canttonment kat sini ok
– – – – – – – – – –
No 18/40 –Meniup Badan Kambing Semasa Korban Aidiladha
ni la kali pertama aku berpeluang nak beraya di bumi islamabad. satu pengalaman yang mmg tak dapat dilupakan. terutamanya bila menyaksikan aksi meniup kambing mcm ni. lepas dah sembelih, aku tengok pakistani ni siap belah sket kat sendi kambing patu tiup kambing. then tepuk2 sket sampai kembung kambing tuh. pastu dia gantung kambing tuh, pastu terus seluk2 tangan nak tanggalkan kulit kambing. memang nampak senang giler ah. macam bukak baju je kambing tuh masa tuh. tapi nak meniup tuh kena kudrat power woooo. aku tengok sampai nak terkeluar urat2 kepala mamat pakistani ni ok. hehe 🙂
– – – – – – – – – –
No 19/40 –Daun Mula Bertukar Warna Menandakan Musim Luruh Akan Menjelma
aku suka dengan gambar neh sebab gambar ni mengingatkan aku pada permulaan musim sejuk. masa sampai islamabad tengah peak musim luruh. so dauh2 pokok mula bertukar warna. pokok ni kat laman rumah adjer. seronok tengok kaler merah dia kan. memang best wooooo tengok pokok2 bertukar warna ke merahan kan. hehe 🙂
– – – – – – – – —
No 20/40 –Di Tengah Bandar Abbottabad
masa singgah ke abbottabad sempat aku singgah kat town dia. xde mende pun just nak tengok suasana sekeliling adjer. pakistani ni mmg hampir semua pakai salwar khameez mcm kat atas tuh ok. memang 24hrs dengan pakaian tu je la. jarang la nampak pakai jeans ke. baju melayu jgn harap la kan. hehe 🙂
– – – – – – – – – –
recap semua series kat bawah ni ok
- Top 40 Pictures of Pakistan Travels – My Own Travelog Series (Part I of IV)
- Top 40 Pictures of Pakistan Travels – My Own Travelog Series (Part II of IV)
- Top 40 Pictures of Pakistan Travels – My Own Travelog Series (Part III of IV)
- Top 40 Pictures of Pakistan Travels – My Own Travelog Series (Part IV of IV)

Pingback: Top 40 Pictures of Pakistan Travels – My Own Travelog Series (Part I of IV) — KNizam Artwerk