Tiga askar lemas semasa latihan payung terjun LIMA 2007 ?

sedih 🙁

bagaimana perkara sebegini boleh berlaku ?

they’re army right ?

fully trained, really fit for such activies at air, water or earth ?

Tiga askar lemas semasa latihan payung terjun LIMA 2007

LANGKAWI 2 Dis. – Tiga anggota tentera yang menjalani latihan payung terjun untuk pertunjukan Pameran Antarabangsa Maritim dan Udara Langkawi (LIMA 2007) mati lemas, manakala lima lagi cedera apabila penerjunan mereka tersasar ke dalam laut berhampiran pantai Kuala Muda pagi tadi.

Seorang jurucakap polis berkata, kejadian itu berlaku kira-kira 10.30 pagi semasa angin kuat, yang menyebabkan mereka tersasar dari lokasi pendaratan yang ditetapkan.

Tiupan angin yang kuat telah menolak anggota tentera itu ke laut di kawasan pantai Kuala Muda berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, menyebabkan tiga mati lemas, manakala lima lagi anggota berjaya diselamatkan oleh pasukan penyelamat.

Menurut jurucakap itu lagi, mayat anggota yang terbunuh serta yang cedera telah dihantar ke Hospital Langkawi.

Wartawan-wartawan yang membuat liputan LIMA 2007 melaporkan bahawa Hospital Langkawi dikawal oleh anggota tentera dan wakil media dihalang daripada menghampiri bilik mayat hospital itu.

Pegawai Perhubungan Awam Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Mejar Zulkiflee Abdul Latiff yang mengesahkan kejadian itu berkata, kesemua yang terlibat dalam kemalangan itu merupakan antara 138 anggota Pasukan 10 Briged Para yang menjalani latihan sempena majlis perasmian LIMA 2007 esok.

Beliau berkata, semasa operasi penerjunan, keadaan angin yang kurang menentu menyebabkan ada di antara anggota penerjun tersasar dari lokasi pendaratan.

“Pasukan mencari dan menyelamat telah digerakkan dan semua anggota terbabit berjaya diselamatkan kecuali tiga orang meninggal dunia, manakala lima lagi cedera,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, maklumat lanjut akan dikeluarkan dari semasa ke semasa.

– Bernama

Loading

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 responses to “Tiga askar lemas semasa latihan payung terjun LIMA 2007 ?

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.