The Darjeeling Himalayan Train Journey Daripada BBC – Satu Lagi Impian Saya Untuk Menjelajah Himalaya Melalui Keretapi

Ni ada lagi satu pengembaraan melalui keretapi yang menjadi impian saya. Keretapi Darjeeling di India, juga dikenali sebagai Toy Train. Warna biru keretapi ni memang cantik. Perjalanan membelah Banjaran Himalaya di India memang sungguh mengasyikkan bukan? Memang menjadi impian nak naik keretapi ni. Lepas tuh sampai di Darjeeling bolehlah pekena teh darjeeling yang terkenal. Sambil mengadap ladang teh yang luas, menghirup teh panas. Ah! Syurga dunia lagaknya!

Keretapi Kalka ke Shimla ni pun menarik juga ni. Memang menarik naik keretapi jarak jauh ni kan. Boleh menatapi pemandangan keindahan alam yang tidak ternilai di depan mata. Menatap di dalam youtube memang tidak sama dengan pergi sendiri ke sana. Insya Allah nak singgah la naik keretapi ni suatu hari nanti 🙂

Perasan tak mereka yang berketurunan Gurkha seperti di atas. Muka ada iras-iras macam Bangsa Melayu. Mereka nampaknya tengah nak mengimpikan negara mereka sendiri iaitu Gurkhaland. Mereka jugalah diambil oleh British Raj dan dihantar ke Malaya semasa Perang Dunia Ke-2 dan digelar sebagai Tentera Gurkha. Baru saya ketahui Gurkha adalah nama tempat sebenarnya 🙂

Loading

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

8 responses to “The Darjeeling Himalayan Train Journey Daripada BBC – Satu Lagi Impian Saya Untuk Menjelajah Himalaya Melalui Keretapi

  1. Pingback: » Davy Jones’s lock-up

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.