Ni ada lagi satu pengembaraan melalui keretapi yang menjadi impian saya. Keretapi Darjeeling di India, juga dikenali sebagai Toy Train. Warna biru keretapi ni memang cantik. Perjalanan membelah Banjaran Himalaya di India memang sungguh mengasyikkan bukan? Memang menjadi impian nak naik keretapi ni. Lepas tuh sampai di Darjeeling bolehlah pekena teh darjeeling yang terkenal. Sambil mengadap ladang teh yang luas, menghirup teh panas. Ah! Syurga dunia lagaknya!
Keretapi Kalka ke Shimla ni pun menarik juga ni. Memang menarik naik keretapi jarak jauh ni kan. Boleh menatapi pemandangan keindahan alam yang tidak ternilai di depan mata. Menatap di dalam youtube memang tidak sama dengan pergi sendiri ke sana. Insya Allah nak singgah la naik keretapi ni suatu hari nanti
Perasan tak mereka yang berketurunan Gurkha seperti di atas. Muka ada iras-iras macam Bangsa Melayu. Mereka nampaknya tengah nak mengimpikan negara mereka sendiri iaitu Gurkhaland. Mereka jugalah diambil oleh British Raj dan dihantar ke Malaya semasa Perang Dunia Ke-2 dan digelar sebagai Tentera Gurkha. Baru saya ketahui Gurkha adalah nama tempat sebenarnya
huhu..teringin aku gi himalaya nih..
Reply
KNizam Reply:
March 3rd, 2012 at 6:34 pm
titan : pergi jangan tak pergi hehe
Reply
himalaya place is beauty
thanks for share nice info
Reply
KNizam Reply:
March 3rd, 2012 at 6:35 pm
dedawang : yep mmg lawa kan hehe
Reply
Good info,i plan to go himalaya one day later
Reply
Pingback: » Davy Jones’s lock-up
saya pun ada planning nak gi sana.. lg best kalu bawa kamera la kalau x da camera pun ada galaxy pun sudah cukuplah.. blh ambil gambar jgk kan..
Reply
KNizam Reply:
April 18th, 2012 at 11:40 am
adli : janji ada kenangan hehe
Reply