Terasa Teringin Nak Naik Keretapi Dari Shanghai ke Lhasa (Tibet), Lepas Tu Ke Nepal!

Seronok kalau dapat naik keretapi dari Shanghai ke Lhasa, lepas tu ke Nepal mcm ni kan, jauh perjalanan luas pemandangan. Tak tahu plak yang area Lhasa tak boleh nak snap pictures atau record video. Banyak juga askar China di Tibet. Tahun lepas masa planning nak naik train Transsiberia perasan jugak pasal train express Shanghai-Tibet ni. Apa-apa pun train ni nampak simple, walaupun dua hari perjalanan ke Lhasa tu beb! Masak la nak dok dalam train 2-3 macam tuh kan 🙂

Apa-apa pun aku memang suka dengan keretapi. Bukannya apa, senang duduk dalam tu. Semua kemudahan ada kan. Tandas dengan makanan/minuman semuanya ada. Lepas tuh tak perlu fikir pasal high altitude. Bunyi keretapi walaupun bising kadang-kadang mendamaikan juga. Kalau tak pastilah tak boleh tidur dalam keretapi ni kan. Cuma aku tak pasti dalam keretapi sekarang ada wifi atau tidak. Kalau ada bagus juga. Boleh update blog atau lokasi terkini keretapi.

Tengok la nanti kalau suatu hari dapat menaiki keretapi Trans-siberia tu. Mesti nak buat catatan dan rakaman melalui video macam mamat ni buat. Memang suatu nostalgia la kalau boleh naik keretapi Trans-Siberia. Dah la kena menempuh perjalanan selama 14 hari, tuh pun kalau berhenti dan melawat tempat-tempat menarik sepanjang perjalanan. Takkan la dah naik Trans-Siberia tak nak singgah ke Tasik Baikal tu kan. Tasik paling dalam di dunia beb! Trans-Siberia pula akan melalui 7 time-zone yang berlainan. Menarik kan?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 responses to “Terasa Teringin Nak Naik Keretapi Dari Shanghai ke Lhasa (Tibet), Lepas Tu Ke Nepal!

  1. Jangan lupa beli fridge magnet untuk aku!!! Juga hantar poskad drp sana.

    Reply

    KNizam Reply:

    epit : wahhhhhh demanding hahahaha hehe 🙂

    Reply

  2. cari nasi lemak kat tibet aa..

    Reply

    KNizam Reply:

    titan : mmg ada tau kat tibet tuh haha 🙂

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge