Taiping Resort Ni Sebenarnya kat Bukit Jana Taiping dan Keluar ikut Exit Kamunting PLUS Highway Ya !

dah banyak kali aku turun taiping

kadang2 pasal business. kadang2 pasal leisure trip

last sekali aku sampai sana stay 2 malam pasal training mighty ducks kat kualer

aku suka gak ngan taiping neh

selain ada taman tasik taiping ngan zoo taiping, ada resort yang cool kat sini

taiping resort kat bukit jana, taiping

nama dia taiping resort ya.

kalau korang drive ikut plus highway, just exit kat taiping / kamunting

dia ada dua exit. dua2 boleh ke taiping resort, tapi exit kamunting paling dekat lah kan. lepas tol korang akan nampak simpang empat and then korang boleh terus. kalau ke kana korang akan ke penjara kat kamunting tuh. hehe

aku suka dengan bilik dia. though sempit sket tapi dia bukan normal bilik. bentuk dia pelik sket. hehe aku suka ngan sofa panjang dia. boleh buat tidur gak kat sini. hehe

tu dia siap ada microwave. saperlah nak bawak nasi bungkus kat sini kan. hehe aku pernah ! ada sekali tuh aku beli nasik bungkus saud kat kuala kangsar then aku makan2 kat sini. tapi takdelah masuk dalam microwave tuh sebab takde bekas lah.

sempoi je key card dia. kena masuk ikut bawah kan. hehe jarang ada hotel buat camni. biasanyer pakai card biasa tuh. jarang ada key card yang camni kan. hehe

aku suka gak ngan balkoni dia. boleh lepak2 kat sini and then menikmati coffee or sipping tea ke. view memang cun la mengadap golf course and then boleh tengok sunset petang2 kat sini. hehe

kat bawah neh pool dia. memang infinity pool tau ! sempat la mandi manda kat sini hari tuh. pool dia cukup besarlah and then comfortable gak la. air biru cool. hehe

ni view taiping resort yang diambil from pool side.

masa sunset lagi lah lawa kan taiping resort neh. hehe gambar amik pakai digicam je ok. tak perlu dlsr2 neh kalau nak dapat angle ngan pencahayaan menarik camni. cukup dengan nature helps adjer. hehe.

so kalau korang singgah ke taiping and then tak tahu nak dok mana, singgah je kat taiping resort neh. kat taiping pun ader seri malaysia. mula2 aku sampai taiping dulu memang menggagau nak mencarik taiping resort neh. sebab dia outskirt sket ngan town. korang tanya ke orang ramai kat mana bukit jana. sure sampai ke sini.

aku siap tanya mamat yang kerja kat seri malaysia kat mana nak carik taiping resort. hehe

oh lupa plak nak comment pasal wifi. sini takde wifi kat bilik. hanya ada wifi kat lobby

even maxis 3G pun tak dapat kat bilik aku kat tingkat atas tuh ok

so takleh la nak pakai maxis broadband kat bilik. haha kuciwa !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge