Tahniah Datuk Seri Najib Razak – Perdana Menteri Malaysia Ke-6 !

selamat dah peralihan kuasa kat malaysia

rasa mcm baru je Tun Dr M serahkan kuasa kepada Tun Abdullah kan

teringat lagi siaran tv secara langsung dulu masa 2003

so sekarang neh dah ada 2 la peralihan kuasa secara aman di putrajaya

– – – – –

semoga malaysia terus gemilang selepas ini

kekalkan keamanan yang sedia ada

kadang2 kita hanya akan merasa bersyukur setelah sesuatu yang kita genggam telah hilang kan

– – – – –

harap2 kesemua pemimpin muslim di malaysia bolehlah bersatu kan

tun dr m pun dah masuk umno semula. baguslah tuh 🙂

banyak lagi masalah negara yang menghimpit rakyat jelata sekarang ni

seriously amu dah muak dengan semua aksi2 politik badut yang semakin menjadi2

p/s – respect dengan ucapan sulung pm ke 6 malam tadi – ringkas dan padat. x membuang masa. cool !

– – – – –

sumber di sini

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak yang mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri semalam, memulakan pentadbirannya dengan membebaskan 13 tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) serta membuat kajian semula terhadap akta itu.

Dalam perutusan sulungnya sebagai Perdana Menteri yang disiarkan menerusi TV1 malam tadi, Najib turut mengumumkan kerajaan menarik balik larangan penerbitan akhbar Harakah dan Suara Keadilan, berkuat kuasa serta-merta.

Beliau berkata, pembebasan tahanan ISA dan penarikan larangan penerbitan akhbar parti pembangkang yang digantung permitnya bulan lalu itu bagi mengukuhkan keyakinan rakyat terhadap pihak berkuasa.

Tiga belas tahanan ISA yang dibebaskan itu ialah tujuh anggota Darul Islam Sabah iaitu Pakana Selama, A Artas A Burhanuddin, Francis Indanan, Mohd Nazri Dollah, Mohd Arasad Patangari, Idris Lanama dan Binsali Omar.

Turut dibebaskan dua pemimpin Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (Hindraf), iaitu R Kenghadharan dan V Ganabatirau. Seorang lagi ialah anggota Jemaah Islamiah (JI), Wan Amin Wan Hamat.

Tiga lagi yang dibebaskan ialah warga asing yang ditahan atas kesalahan memalsukan dokumen keselamatan, Sundaraj Vijay dari India dan dua rakyat Myanmar, Amir Hussain serta San Khaing.

Dalam perutusannya, Perdana Menteri menegaskan, pentadbirannya akan membawa pembaharuan bagi menempa satu zaman baru demi menjelmakan kerajaan yang mengutamakan prestasi berpaksikan keutamaan rakyat.

“Rakyat diutamakan akan merentasi seluruh lapisan masyarakat dan kumpulan etnik di setiap pelosok tanah air. Tiada sesiapa yang patut merasakan diri mereka tercicir atau terpinggir daripada wacana nasional.

“Kita juga akan merapatkan hubungan rakyat dan kerajaan bagi mengelak masyarakat dikelirukan atau diperdaya oleh permainan muslihat politik,” katanya.

Sambil mengajak seluruh rakyat untuk bersama melaksanakan transformasi besar berteraskan semangat ‘Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’ Najib berikrar untuk bekerja tanpa mengenal erti jemu atau penat bagi membela nasib rakyat.

“Dalam situasi penuh mencabar ini, saya komited untuk memastikan kepemimpinan terus berdiri teguh bagi menghadapi krisis ekonomi yang melanda seluruh dunia termasuk Malaysia.

“Saya akan tetap berpegang kepada iltizam untuk memenuhi keperluan, kepentingan dan aspirasi setiap warga Malaysia,” katanya.

Perdana Menteri mahu mengambil manfaat dari kejayaan kini dan iktibar dengan pengajaran masa lalu berhasrat meneruskan agenda besar kerajaan membasmi kemiskinan, menstruktur semula masyarakat, meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti, serta meniupkan semangat generasi baru untuk berkhidmat kepada negara.

Najib berkata, dalam waktu terdekat ini, beliau akan bertukar pendapat dengan pelbagai lapisan pemimpin masyarakat dari seluruh negara dalam menentukan keutamaan kerajaan.

Katanya, beliau akan mengambil inspirasi daripada dorongan Allahyarham bapanya untuk melaksanakan amanah yang diberikan kepadanya serta mengajak seluruh rakyat Malaysia memulakan satu langkah perjalanan hebat untuk negara.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 responses to “Tahniah Datuk Seri Najib Razak – Perdana Menteri Malaysia Ke-6 !

  1. ‘Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’

    tagline menarik..kita lihat sejauh mana kepimpinan era Najib

    Reply

    KNizam Reply:

    26 : tagline pak lah cemerlang, gemilang, terbilang lagilah catchy kan. hehe 🙂

    Reply

  2. yup
    kita tengok dan doakan kejayaan malaysia
    harap takde badut lagi la yang bajet otai ramai pengikut nak huru harakan negara lepas ni
    bosan dah
    nak kemajuan je skang ni yang pasti!
    hype!

    Reply

    KNizam Reply:

    umar : hehe tuh la kan. cukop2lah dengan politik badut. sekarang masa nak bersatu dan bangunkan ekonomi plak kan. hehe 🙂

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge