Tag Archives: spring flower tree

[8 Photos] Bunga-Bunga Peach & Pear Hijau Berkembang Mekar Bak Sakura di Musim Bunga Jepun | Spring 2012 | Perkampungan Bhurban | Khyber Pakhtunkhwa Province, Pakistan

Pakistan adalah negara empat musim. Suhu di musim sejuk boleh mencecah sehingga ke -20’c terutamanya apabila berada di Bahagian Utara Pakistan. Bila ada empat musim, pastilah akan ada Musim Bunga. Musim Bunga di sini agak pendek tapi cantik sekali. Sepanjang empat tahun saya berada di Pakistan, inilah kali pertama saya berjaya merakamkan gambar-gambar keindahan Musim Bunga di Pakistan. Bak sakura cantiknya. Berikut adalah bunga-bunga pokok peach yang berwarna merah jambu dan bunga-bunga pokok pear hijau yang berwarna putih. Saya hanya perlu memandu selama dua jam sahaja untuk menikmati pemandangan sebegini. Pokok-pokok sebegini memang banyak di perkampungan Bhurban di Wilayah Khyber Pakhtoonkhwa, Pakistan.

[ 1 ] Beautiful Sakura-Look-a-Like Peach Flowers, Spring Is In The Air | Bhurban Village, Bhurban | Khyber Pakhtunkhwa Province, Pakistan | 31 03 2012 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)

Bunga-bunga indah ini memang agak singkat mekarnya. Kalau terlepas merakamkannya, alamatnya kenalah tunggu pada tahun hadapan pula. Di Pakistan yang mempunyai 4 musim, memang agak mudah untuk kita ketemu dengan suasana musim bunga yang indah terutamanya di sebelah Utara Pakistan. Saya memang bercita-cita untuk bercuti ke Utara Pakistan pada musim bunga di sekitar Mac-April setiap tahun. Namun masih lagi tidak berkesampaian nampaknya. Kadang-kadang masa yang mencemburui saya, kadang-kadang keadaan politik dan situasi semasa yang menggagalkannya.