Tag Archives: sector e-11

[39 Photos] Berpiknik Di Stesen Keretapi, Muzium Keretapi Golra Sharif Oleh British Raj 1882 & Gadis Comel Red Riding Hood | Winter 2012 | Golra Sharif Railway Station, Sector E-11 | Islamabad, Pakistan

Pada pagi 14 Januari 2012, ketika Islamabad masih lagi diselubungi dengan kabus musim sejuk yang kering, saya mengajak beberapa rakan-rakan warganegara Malaysia untuk singgah dan berpiknik di Stesen Keretapi Golra Sharif. Terletak di Sektor E-11, stesen keretapi ini adalah 1 jam perjalanan sahaja dari rumah saya di Sektor F-7/4. Musim sejuk yang dingin beku. Waktu pagi pula tu. Memang terketar-ketar lah sewaktu keluar dari kereta setibanya di Stesen Keretapi Golra Sharif ini.

[ 1 ] Papan Tanda Station Golra Sharif Yang Bersejarah | Weekend Visit to See The Train | Winter 2012 | Golra Sharif Railway Museum | Golra Sharif, Sector E-11 | Islamabad, Pakistan | 14 01 2012 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

Stesen Keretapi Golra Sharif ini telah dibina sekitar tahun 1882 oleh British Raj atau Kerajaan British pada ketika itu. Pakistan dan India masih lagi satu kawasan jajahan oleh British. Saya lihat stesen keretapi ini agak cantik dan bersih. Terdapat sebuah muzium keretapi di sini. Muzium ini dibuka setiap hari. Namun anda perlu memberitahu Station Master untuk melawat dan mendapatkan kunci muzium. Station Master Office hanya bersebelahan sahaja dengan bangunan utama di sini. Ini bukan pertama kali saya datang ke sini. Ini adalah kali ketiga saya singgah ke sini. Itu yang saya tahu akan hal dan perihal pembukaan stesen keretapi dan muzium keretapi di Golra Sharif ini.