Tag Archives: peach tree

[14 Photos] Ada Ke Musim Bunga Di Pakistan ? | Cherry Blossom, Apricot Flowers & Green Pear Sakuras | Perkampungan Bhurban, Pakistan

Rasanya ada tak musim bunga di Pakistan?

Ramai tak tahu yang Pakistan adalah negara empat musim. Semuanya ada di sini.

Musim bunga juga tidak kurang meriah di sini. Namun suasana di Islamabad agak biasa-biasa sahaja.

Tidaklah sehebat di Jepun dan Korea Selatan. Tiada hanami di sini.

Musim bunga di Pakistan berbeza-beza mengikut kawasan. Kalau di Utara Pakistan mungkin awal sedikit. Rasanya di penghujung Februari telah muncul bunga-bunga Sakura di Lembah Hunza dan kawasan-kawasan di Utara Pakistan. Di kawasan pergunungan Murree dan Bhurban mungkin lambat sedikit di sekitar penghujung Mac setiap tahun. Di sini tiada ramalan musim bunga seperti di Jepun. Saya pun kadang-kadang akan terlepas pandang dan seringkali terlupa akan tibanya musim bunga.

[ 1 ] Beautiful Sakura-Look-a-Like Peach Flowers, Spring Is In The Air | Bhurban Village, Bhurban | Khyber Pakhtunkhwa Province, Pakistan | 31 03 2012 [PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM]

Percaya atau tidak, selama kira-kira empat tahun saya berkelana di Pakistan, hanya pada tahun ketiga yang saya sempat merakamkan suasana musim bunga sebegini. Saya pun tak tau di mana saya berada ketika musim bunga sampai kemuncaknya di Pakistan. Balik Malaysia agaknya ketika itu.

Musim bunga di sini memang pendek. Tempohnya tak sampai dua bulan.