Tag Archives: pakistan tourism

[12 Photos] Poskad Dari Pakistan, Gambar #6 Adalah Tinggalan Sejarah Yang Dibina Oleh Raja Demetrius Graeco-Bactrian Pada 180 BC

Susulan daripada sambutan hangat akan posting Anda Pasti Tidak Percaya Ini Adalah Gambar-Gambar Pelancongan Sebenar di Pakistan. #1 & #11 Adalah “Shangri-la” atau “Heaven On Earth”, saya bawakan sambungan daripada posting tersebut dengan 12 lagi gambar-gambar menarik di Pakistan di sepanjang empat tahun kembara saya di sana.

[ 1 ] Rohtas Fort | Winter 2013 | Jhelum | Punjab Province | Pakistan | 09 02 2013 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)

Di atas adalah Rohtas Fort atau Kubu Rohtas. Dibina oleh Sultan Sher Shah Suri pada Abad ke-16. Nak pergi ke Rohtas Fort ini anda perlu memandu selama kira-kira 2 jam dari Islamabad ke Bandar Dina di Daerah Jhelum. Setiap tahun memang saya akan singgah di sini untuk lepak-lepak sambil mengasah skil fotografi. Kubu-Kubu sebesar sebegini eloknya dilawati ketika musim luruh atau musim sejuk. Takdelah berpeluh-peluh masa memanjat tangga-tangga yang banyak di sini nanti.

Besar juga kubu tinggalan sejarah Sultan Shah Suri ini. Memang banyak tempat untuk diabadikan di dalam gambar. Di sini ada dalam 12 pintu gate utama. Setiap satunya memang besar dan boleh dilalui dengan gajah, yelah kan, gajah kan pengangkutan yang utama suatu masa dahulu. Jika anda ada tentera bergajah, memang sesuatu yang menggerunkan musuh-musuh anda.

[20 Photos] Breakfast at Usmaniah Abbottabad, The Gujjars of Kaghan Valley & Doothpati Chai at Kiwai | Shogran Meadows | Autumn 2013 | Kaghan Valley | Khyber Pakhtoonkhwa Province, Pakistan | Day 1/2 – Part 1

Shogran. Suatu nama yang tidak asing lagi pada saya. Saya pernah singgah di sini bersama Faizal dan Nazim pada 2010. Dah lama rasanya tak singgah ke Shogran. Memang cantik. Tinggi tempatnya. Dataran tinggi yang hijau. Mengadap Makra Mountain Peak. Kali ini saya singgah ke sini untuk Weekend Getaway. Semalam sahaja. Menginap di Pine Park Hotel Shogran. Sejuk beku duduk hotel ni. Salji yang pertama turun di Shogran pada 2013.

[ 1 ] Gembala Kambing Dengan Kambing-Kambing Mereka Yang Setia di Jalanraya Sebelum Balakot | Weekend Getaway to Shogran Meadows | Siri & Payee Meadows | Autumn 2013 | 1st Snowfall at Payee Meadows | iPhoneography via iPhone5| Kaghan Valley | Khyber Pakhtoonkhwa Province, Pakistan | 26-27 10 2013 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

Macam biasa kalau dah singgah ke Kaghan Valley, pasti akan sarapan pagi di Restauran Usmaniah di Abbottabad. Bertolak awal pagi dari Islamabad. Pastikan sampai Abbottabad jam 9 pagi. Terus makan pharata dan omelette dengan doothpati chai sekali. Perut kenyang barulah senang hati nak teruskan perjalanan jauh. Dari Abbotabad kita akan melalui bandar Mansehra dan seterusnya Balakot. Selepas Balakot kita akan memasuki ke Kaghan Valley. Valley atau lembah yang hijau di Khyber Pakhtoonkhwa Province. Banyak padang rumput. Banyak kambing-kambing bebiri dan gembala berkeliaran di atas jalan. Nampak baik je kambing-kambing ni, mengikut kehendak tuan gembala mereka.

[18 Photos] Warna-Warni Dedaunan Pokok Chinese Tallow, Keterujaan Warna Kemerahan di Faisal Avenue & Autumn In My Heart | Autumn 2013 | Islamabad, Pakistan

Musim Luruh.

Saya memang meminati dengan musim luruh yang berwarna-warni.

Mungkin juga sebab suhunya yang tidak terlalu sejuk dan tidak terlalu panas ketika ini.

Kesemua gambar-gambar pokok Chinese Tallow ini diambil di Faisal Avenue.

Jalan menuju ke Masjid Faisal.

Jalan yang agak sibuk.

Jalan yang menghubungkan Kompleks Membeli-belah terbaru, The Centaurus.

[ 1 ] United Colours of Autumn Leaves | Autumn Is A Second Spring When Every Leaf Is A Flower | Chinese Tallow Trees | Popcorn Trees | Autumn 2013 | Faisal Avenue | Islamabad, Pakistan | 30 11 2013 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

Sungguh indah suasana ketika musim luruh kali ini.

Inilah pertama kali saya terdetik untuk merakamkan keindahannya di Faisal Avenue.

Kebiasaannya saya akan singgah ke Marvi Rd, Jinnah Super atau di Supermarket untuk merakamkan keindahan musim luruh.

Namun kali ini terdetik pula untuk singgah ke Faisal Avenue.

Lawa juga suasana di sini. Dengan daun pokok yang kemerahan.

Daun-daun yang gugur juga masih cantik.

Umpama di dalam kisah dongeng sahaja di sini.

Backlighting petang ini juga agak menarik.

Saya suka dengan hasil gambar pada petang ini.

[39 Photos] Berpiknik Di Stesen Keretapi, Muzium Keretapi Golra Sharif Oleh British Raj 1882 & Gadis Comel Red Riding Hood | Winter 2012 | Golra Sharif Railway Station, Sector E-11 | Islamabad, Pakistan

Pada pagi 14 Januari 2012, ketika Islamabad masih lagi diselubungi dengan kabus musim sejuk yang kering, saya mengajak beberapa rakan-rakan warganegara Malaysia untuk singgah dan berpiknik di Stesen Keretapi Golra Sharif. Terletak di Sektor E-11, stesen keretapi ini adalah 1 jam perjalanan sahaja dari rumah saya di Sektor F-7/4. Musim sejuk yang dingin beku. Waktu pagi pula tu. Memang terketar-ketar lah sewaktu keluar dari kereta setibanya di Stesen Keretapi Golra Sharif ini.

[ 1 ] Papan Tanda Station Golra Sharif Yang Bersejarah | Weekend Visit to See The Train | Winter 2012 | Golra Sharif Railway Museum | Golra Sharif, Sector E-11 | Islamabad, Pakistan | 14 01 2012 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

Stesen Keretapi Golra Sharif ini telah dibina sekitar tahun 1882 oleh British Raj atau Kerajaan British pada ketika itu. Pakistan dan India masih lagi satu kawasan jajahan oleh British. Saya lihat stesen keretapi ini agak cantik dan bersih. Terdapat sebuah muzium keretapi di sini. Muzium ini dibuka setiap hari. Namun anda perlu memberitahu Station Master untuk melawat dan mendapatkan kunci muzium. Station Master Office hanya bersebelahan sahaja dengan bangunan utama di sini. Ini bukan pertama kali saya datang ke sini. Ini adalah kali ketiga saya singgah ke sini. Itu yang saya tahu akan hal dan perihal pembukaan stesen keretapi dan muzium keretapi di Golra Sharif ini.

[35 Photos] Back to the Ancient Times of Indus Civilisation, Mound of the Dead 2,600 BC & The Famous Priest-King | Autumn 2011 | Mohenjo-Daro Ruins, Mohenjo-Daro | Near Larkana District | Sindh Province, Pakistan

Inilah kali pertama saya sampai ke Mohenjo-Daro, salah satu tapak World UNESCO Heritage Site dan merupakan salah satu bandar teragung semasa zaman kegemilangan Indus Civilization atau Tamandun Indus suatu ketika dahulu. Macam tidak percaya yang saya akan menjejak kaki ke Mohenjo-Daro. Dahulu saya selalu membaca dan pelajari berkenaan Indus Civilization ini di dalam buku teks Sejarah semasa di sekolah rendah dan sekolah menengah sahaja. Sekarang saya berkesempatan datang dan melihat dengan mata sendiri Indus Civilization yang pernah saya belajar dahulu.

[ 1 ] Amran Othman Bergambar Dengan Mohenjo-Daro Ruins Berlatarbelakangkan Stupa Di Hujung Sana | Back to the Ancient Times of Indus Civilisation & Mound of the Dead 2,600 BC | Autumn 2011 | Mohenjo-Daro Ruins, Mohenjo-Daro | Near Larkana District | Sindh Province, Pakistan | 20 11 2011 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

Sedikit maklumat dari wikipedia berkenaan Mohenjo-Daro Ruins ini :

Mohenjo-daro, the modern name for the site, simply means Mound of the Dead in Sindhi. The city’s original name is unknown, but analysis of a Mohenjo-daro seal suggests a possible ancient Dravidian name, Kukkutarma (“the city [-rma] of the cockerel[kukkuta]”).[3] Cock-fighting may have had ritual and religious significance for the city, with domesticated chickens bred there for sacred purposes, rather than as a food source.[4] Mohenjo-daro may have been a point of diffusion for the eventual worldwide domestication of chickens.

[13 Photos] “Pakistan Street Art” @ Trak Pakistan Yang Berwarna-Warni | Autumn 2010 | Haripur, Karakoram Highway | Khyber Pakhtoonkhwa Province, Pakistan

Selepas kami berhenti rehat untuk sarapan pagi di kedai di tepi Lebuhraya Karakoram, kami meneruskan perjalanan ke Shinkiari dan Balakot. Sejurus selepas bertolak, pemandu kami memberi isyarat mahu mengisi minyak di salah sebuah stesen minyak di kawasan Haripur. Saya perasan ada beberapa Trak Pakistan yang berwarna-warni di stesen minyak tersebut. Apa lagi, kami mengambil kesempatan untuk bergambar sambil membelek-belek Pakistan Street Art ini. Memang detail hiasan-hiasan yang dilakukan kepada trak-trak Pakistan ini. Mula-mula saya menjangkakan yang mereka mengecat dan melukis secara detail. Rupanya apabila saya datang dekat dan saya perhatikan dengan teliti, mereka sebenarnya menggunakan sticker glow in the dark yang digunting kecil-kecil untuk dijadikan hiasan. Dengan cara ini trak-trak ini akan mudah kelihatan di jalanraya pada waktu malam nanti.

[ 1 ] Adli Bergambar Depan Truck | Weekend Trip to Mansehra, Balakot & Shinkiari | Pakistan Street Art @ Colourful Pakistan Truck | Autumn 2010 | Along the Karakoram Highway | Khyber-Pakhtunkhwa Province, Pakistan | 18 11 2010 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)