Tag Archives: old islamabad

[22 Photos] Melawat Perkampungan Saidpur Yang Berusia 500 Tahun & Terpesona Dengan Alunan Rebab di Pinggir Bukit Margalla | Spring 2010 | Saidpur Village | Islamabad, Pakistan

Siapa kata di Islamabad tiada tinggalan sejarah ?

Islamabad ni sebenarnya satu bandar yang terancang, dibina sekitar tahun 60an.

Islamabad ini semacam dengan Putrajaya di Malaysia, cuma lebih awal dibina dan dibangunkan.

In fact beberapa kenalan warga Pakistan yang saya temui acapkali memberitahu yang Putrajaya sebenarnya copycat kepada Islamabad.

Erm Entahlah! Hehe 🙂

[ 1 ] Perkampungan Saidpur Yang Berusia 500 Tahun | Spring 2010 | Saidpur Village | Islamabad, Pakistan | 27 02 2010 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

[ 2 ] Perkampungan Saidpur Yang Berusia 500 Tahun | Spring 2010 | Saidpur Village | Islamabad, Pakistan | 27 02 2010 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

Di pinggir Islamabad ni ada satu perkampungan lama yang dipanggil Perkampungan Saidpur (Saidpur Village).

Memang lama sebab perkampungan ni telah wujud sekitar 400 ke 500 tahun dahulu.

Kalau tengok pada ciri-ciri perkampungan ini pun sudah tahu yang kampung ni memang lama dah klasik lagi bersejarah.

Bangunan-bangunan dan rumahnya kebanyakkannya diperbuat daripada tanah yang dicampurkan dengan hampas-hampas gandum, tiada simen yang digunakan.

[ 3 ] Perkampungan Saidpur Yang Berusia 500 Tahun | Spring 2010 | Saidpur Village | Islamabad, Pakistan | 27 02 2010 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)