Tag Archives: Northern Pakistan 2013

[21 Photos] Perjalanan Dari Besham ke Dasu, Melintasi Jambatan Soomro & Menuju Sungai Dua Warna | Northern Pakistan 2013 | Day 1/6 – Part 15

Perut dah kenyang. Tenaga dah kembali. Semua suka hati. Kita jalan lagi. Pemandu kami memberikan isyarat untuk bertolak meneruskan perjalanan melalui Lebuhraya Karakoram menuju ke Chilas. Jauh lagi perjalanan kami. Rasa perit kali ini. Panas membahang, macam banyak sahaja penghalang. Perjalanan perlu diteruskan. Nak sampai awal kan?

[ 1 ] Bertolak Dari Hotel Midwest Besham ke Dasu | Day 1 | The Beginning of the Long Overland Journey | Overland to Khunjerab Pass via Karakoram Highway | Summer 2013 | iPhoneography via iPhone5 | Road Less Travelled | Northern Pakistan 2013 | 19-24 06 2013 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

Selepas melewati Pekan Besham, kami kembali memandu melalui jalan-jalan yang agak tidak rata. Menuju ke pekan yang seterusnya, Pekan Dasu. Pemandu kami memberitahu yang kita mungkin tidak akan sampai ke Chilas sebelum Maghrib. Terpaksa juga melalui Lebuhraya Karakoram dalam kegelapan. Bukan Lebuhraya Karakoram yang saya risaukan. Tapi keadaan di Indus Kohistan yang agak mengerikan. Pelbagai cerita dan kisah yang telah saya baca di internet berkenaan lebuhraya ini. Negatif sahaja kesemuanya. Ramai yang menasihatkan saya untuk tidak berada di Wilayah Indus Kohistan lama-lama. Apatah lagi ketika matahari telah terbenam. Takut juga.

[16 Photos] Mentekedarah Beef Chilies Fried Rice & Chicken Karahi di Besham Midway Hotel | Northern Pakistan 2013 | Day 1/6 – Part 14

Sesampai di Pekan Besham ini, kami tercari-cari di mana boleh kami menikmati makan tengahari. Perut memang dah maha lapar. Rasa nak mengamuk pun ada bila lapar-lapar sebegini. Kita isi minyak diesel dahulu, kemudian kita cari hotel atau mana-mana kedai makanan ya. Cuaca dah la panas membahang. Berdebu pula di Besham ni. Mujur jumpa Hotel Midway. Bolehlah mentekedarah dulu sebelum terus ke Chillas nanti. Asyik makan je kita ni. Eh sempat ke nak sampai Chillas sebelum malam ni ha ?

[ 1 ] Kemain Lagi Letak Hotel Four Seasons Katanya | Lunch at Besham Midway Hotel | Day 1 | The Beginning of the Long Overland Journey | Overland to Khunjerab Pass via Karakoram Highway | Summer 2013 | iPhoneography via iPhone5 |Road Less Travelled | Northern Pakistan 2013 | 19-24 06 2013 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

Di Pakistan ni, kalau anda berkelana perkara yang paling ditakuti adalah makanan. Bukannya berkenaan makanan halal. Makanan di sini kesemuanya halal. Namun kebersihan yang paling dirisaukan. Untuk mengelak daripada terkena diarrhea atau sakit perut cirit birit, anda dinasihatkan supaya sentiasa memakan makanan yang panas. Kalau minuman, pastikan air minuman mineral yang bertutup. Elakkan minum sesuka hati anda. Kelak ciritlah anda seadanya. Kalau cirit berjemaah bersama-sama rakan sepengembaraan, lagilah haru-biru jawabnya.

[18 Photos] Mencari Lunch di Besham, Kanak-Kanak Pakistan Bermata Hijau & Suasana Bandar Besham | Northern Pakistan 2013 | Day 1/6 – Part 13

Besham juga dikenali sebagai Besham Qala. Kami tiba di Bandar Besham dalam jam 3 petang. Memang tengah lapar. Kami mengisi minyak Prado dan kembali menelusuri Karakoram Highway mencari kedai makan untuk santapan makan tengahari. Besham agak popular juga di Pakistan. Suatu bandar yang paling besar di dalam Daerah Shangla. Anda boleh juga ke Lembat Swat yang terkenal melalui Besham. Ikut kiri dan anda akan melalui Shangla Pass dan akan singgah ke Khawazakhela sebelum ke Madyan, Mingora dan Lembah Swat yang terkenal.

[ 1 ] Kanak-Kanak Pakistan di Stesen Minyak PSO Besham, Warna Matanya Hijau ! | Day 1 | The Beginning of the Long Overland Journey | Overland to Khunjerab Pass via Karakoram Highway | Summer 2013 | Road Less Travelled | Northern Pakistan 2013 | 19-24 06 2013 (PHOTO BY SYAZWAN OTHMAN)

Ketika kami berada di Besham, terdapat beberapa rakyat Malaysia dari Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Islamabad sedang dalam perjalanan ke Lembah Swat untuk lawatan rasmi. Dengarnya ramai juga warga Pakistan yang boleh berbahasa Melayu di Swat Valley. Menyesal juga tidak dapat ikut trip mereka. Apakan daya saya harus memilih di antara trip ke Lembah Swat atau ke Khunjerab Pass. Dah saya memilih untuk ke Khunjerab Pass di sempadan Pakistan-China. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian, sampai ke Khunjerab Pass lah jawabnya.

[9 Photos] Pekerja PTDC Motel Besham Mogok, Sadness Van & Kat Mana Nak Lunch Ni Haaaaaa ? | Northern Pakistan 2013 | Day 1/6 – Part 12

Setelah berjam-jam menelusuri Karakoram Highway, kami tiba juga akhirnya ke Besham. Kami singgah ke PTDC Motel Besham dengan satu tujuan. Nak makan tengahari. Dah lapar yang amat sangat. Pagi tadi last breakfast kat Abbottabad. Sekarang dah lapar. Boleh habiskan sepinggan Beef Chillies Fried Rice ni tau!

[ 1 ] Syazwan Othman Posing Depan Map KKH Yang Detail kat PTDC Motel Besham | Day 1 | The Beginning of the Long Overland Journey | Overland to Khunjerab Pass via Karakoram Highway | Summer 2013 | Road Less Travelled | Northern Pakistan 2013 | 19-24 06 2013 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

“Eh apsal ramai plak yang lepak-lepak bawah pokok kat PTDC Besham ni ha? tanya saya.

“Depan tengah mogok tuh. Cuba ko tengok black arm band tu. Macam familiar kan? haha” jawab Syazwan Othman.

“Muhahahahahahahaa” saya tergelak.

Mustahil saya boleh terlupa akan black arm band tersebut.

Selalu jumpa kes-kes black arm band ni di Mirpur Mathelo.

Opsssssss 🙂

[23 Photos] Berehat Sebentar di Memorial Peringatan Karakoram Highway, The Mighty Indus River & Jauh Lagi Perjalanan Merentasi Indus Kohistan Ni ! | Northern Pakistan 2013 | Day 1/6 – Part 11

Setiap kali saya singgah di Indus Kohistan pasti saya akan berhenti di sini, di Monumen Lebuhraya Karakoram (Monument of the Karakoram Highway) untuk bergambar sakan. Bagi saya inilah satu-satunya monumen bukti saya telah sampai ke Indus Kohistan dan menjelajah ke Karakoram Highway. Tak sah jika anda tidak bergambar di sini jika anda telah menelusuri Karakoram Highway di Indus Kohistan.

[ 1 ] Short Break at Karakoram Highway Monument at Indus Kohistan | Day 1 | The Beginning of the Long Overland Journey | Overland to Khunjerab Pass via Karakoram Highway | Summer 2013 | Road Less Travelled | Northern Pakistan 2013 | 19-24 06 2013 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

Monumen ini dibina untuk memperingati mereka (rakyat Pakistan dan China) yang telah terkorban semasa pembinaan Lebuhraya Karakoram ini. Dikhabarkan 1 orang terkorban setiap 1 km pembinaan lebuhraya agung ini. Memang susah nak buat lebuhraya ini. Lebuhraya ini melengkari lereng-lereng gunung-ganang dan melalui sungai Indus yang merbahaya sekali. Lebuhraya ini juga acapkali ditutup dek kerana tanah runtuh dan memakan masa berhari-hari untuk memperbaikinya.

[10 Photos] Terasa Takut Nak Masuk Thakot, Jambatan Baru Thakot Bridge @ Friendship Bridge & Selamat Datang ke Indus Kohistan ! | Northern Pakistan 2013 | Day 1/6 – Part 10

Selepas melewati Battagram kami akan melalui pula kawasan kecil yang di namakan Thakot. Mendengarkan namanya akan berasa gerun dan takut. Kita akan memasuki ke kawasan yang dikenali juga sebagai Indus Kohistan atau Kohistan District. Kawasan ini memang merbahaya. Ada banyak check point polis tempatan di sini. Di sinilah juga bermulanya pelbagai kerenah di sepanjang perjalanan menuju ke Khunjerab Pass.

[ 1 ] Dari Battagram Ke Thakot Bridget di Indus Kohistan | Day 1 | The Beginning of the Long Overland Journey | Overland to Khunjerab Pass via Karakoram Highway | iPhoneography Adventure TRail | Summer 2013 | Road Less Travelled | Northern Pakistan 2013 | 19-24 06 2013 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

Anda akan melalui dua jambatan sewaktu nak masuk ke Indus Kohistan ini. Satu jambatan lama dan satu lagi baru. Kedua-duanya diberi nama sebagai Friendship Bridge. Dibina oleh Kerajaan Tanah Besar China untuk Pakistan. Memang besar jambatannya. Anda dilarang keras untuk mengambil gambar di sekitar jambatan ini. Jambatan ini dikawal ketat oleh askar Pakistan. Dalam beberapa minit dari jamnbatan ini akan tertera check point yang pertama. Jika tak silap saya, terdapat lebih kurang 6-7 check point sehinggalah kita sampai ke Lembah Hunza nanti. Setiap kali tiba di check point, kami dikehendaki untuk mengisi butir-butir diri masing-masing di dalam buku besar untuk rekod.

[19 Photos] Platform Bridge Yang Menggerunkan, Budak Sekolah di Battagram & Warga Pashtun di Alai Valley | Northern Pakistan 2013 | Day 1/6 – Part 8

Battagram. Mendengarkan namanya sahaja telah membuat saya teruja untuk singgah ke pekannya. Saya sepatutnya telah singgah dan menginap di Battagram pada Travelog Utara Pakistan pada 2010. Namun, segalanya tidak menjadi. Kami hanya melalui Battagram. Ya. Hanya lalu sahaja. Tidak singgah langsung. Mustahil tiada apa-apa yang boleh dipelajari di pekan kecil yang pelik namanya ini. Tetapi pada tahun 2013, saya telah berazam untuk memasukkan Battagram di dalam ititenari perjalanan Travelog Hunza Attabad Khunjerab Babusar 2013.

[ 1 ] Platform Bridge & Warga Pashtn di Battagram | Day 1 | The Beginning of the Long Overland Journey | Overland to Khunjerab Pass via Karakoram Highway | Summer 2013 | Road Less Travelled | Northern Pakistan 2013 | 19-24 06 2013 (PHOTO BY SYAZWAN OTHMAN)

Battagram adalah bandar di dalam Wilayah Khyber Pakhtoonkhwa. Ini adalah bandar besar terakhir yang kita akan lalui di dalam wilayah ini. Selepas Battagram kita akan memasuki Wilayah Indus Kohistan. Terdapat satu jambatan yang dinamakan sebagai “Friendship Bridge” yang memisahkan kedua-dua wilayah ini. Entah kenapa saya rasa teruja apabila memikirkan yang kami akan singgah di Battagram. Walaupun saya tidak tahu apa sebenarnya akan saya lalui di sini. Selepas makan pagi di Abbottabad, kami memecut laju merentasi Lebuhraya Karakoram kembali.

[26 Photos] Local QinCqi or Rickshaw, Bandar Kecil Battagram & Uniform Murid Sekolah Berwarna Oren Terang | Northern Pakistan 2013 | Day 1/6 – Part 7

Kami tiba di Battagram agak awal juga. setelah menempuh pelbagai halangan dan rintangan saya berjaya juga sampai ke Battagram. Inilah kali pertama sepanjang kira-kira 4 tahun saya menjejakkan kaki ke Battagram. Battagram masih lagi berada di dalam Wilayah Khyber Pakhtoonkhwa. Selepas Battagram kita akan memasuki suatu Wilayah yang lebih asing dan “darker” dikenali sebagai Wilayah Indus Kohistan.

[ 1 ] Cantik dan Bersih Rikshaw En Abdul Azeez Ni. Sambil duduk-Duduk Menantikan Pelanggan. Perasan Tak Bendera Pakistan & Bendera China Di Situ ? | Day 1 | The Beginning of the Long Overland Journey | Overland to Khunjerab Pass via Karakoram Highway | Summer 2013 | iPhoneography via iPhone 5 | Road Less Travelled | Northern Pakistan 2013 | 19-24 06 2013 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

Saya akan kisahkan kenapa ianya agak menakutkan di dalam entry seterusnya nanti. Seumpama melangkah ke alam Mordor rasanya. Sebelum ini saya pernah melalui Karakoram Highway, namun inilah pertama kali kami singgah dan mengambil gambar di Bandar Battagram (Battgram). Mendengarkan namanya sahaja sudah mengujakan kan ? Belum lagi tiba dan menjejakkan kaki sendiri di bandarnya. 🙂

[44 Photos] Sesampainya di Qalandarabad, Pemandangan Saujana Mata Memandang di Mansehra & Rumah Ayam Ternak Macam Apartment | Northern Pakistan 2013 | Day 1/6 – Part 6

Qalandarabad adalah satu pekan kecil di sepanjang Karakoram Highway. Selepas Qalandarabad kita akan sampai ke Mansehra pula. Tiada apa yang menarik untuk kami berhenti di tengah-tengah pekan kecil yang dipenuhi dengan manusia yang agak sesak. Terdapat beberapa bazaar dan pasar di sini. Gerai-gerai di tepi jalan juga banyak di Qalandarabad ini. Traffic jam seketika sewaktu kami melewati pekan ini. Menarik juga suasana pekan yang kecil tapi penuh sesak dengan watak-watak manusia yang bingit dan sibuk dengan urusan jual-beli seharian. Kemalangan kecil pun boleh jadi kecoh dek kerana ramainya manusia yang ingin melihat dan masuk campur. Kelakar pula bila diingatkan semula.

[ 1 ] Kelibat Seorang Tua Di Gerainya Di Kaki Lima Kedai di Qalandarabad | Day 1 | The Beginning of the Long Overland Journey | Overland to Khunjerab Pass via Karakoram Highway | Summer 2013 | iPhoneography via iPhone5 | Road Less Travelled | Northern Pakistan 2013 | 19-24 06 2013 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

Selepas Qalandarabad, kami melewati junction point restaurant di Mansehra. Di sini anda akan dapat lihat pemandangan menarik keseluruhan bandar Mansehra yang besar. Kami tidak berhenti lama di sini kerana kami perlu meneruskan perjalanan seterusnya menelusuri Karakoram Highway yang berliku. Lambat lagi ni nak sampai ke Chilas untuk makan tengah hari. Terasa macam masa berlalu sebegitu pantas. Saya target untuk berhenti di Battagram. Apa ada di Battagram ? Nantikan posting special berkenaan Battagram nanti ya.

[39 Photos] Suasana Di Bandar Abbottabad, Breakfast Tak Sedia Lagi di Restoran Usmania & Bertolak ke Qalandarabad | Northern Pakistan 2013 | Day 1/6 – Part 5

Kami tiba di Bandar Abbottabad seawal jam 8 pagi. Masih lagi awal rasanya. Bagi saya ini bukanlah kali pertama saya sampai ke Bandar Abbottabad yang cukup terkenal di dunia ini. Dah berkali-kali rasanya. Dahulu ada seorang student Malaysia, Adrian Zailan yang sedang belajar di dalam bidang perubatan di Ayub Medical College (AMC). Selalu juga saya singgah ke Bandar Abbottabad ini untuk berjumpa dengan beliau. Kini beliau telah kembali ke Malaysia dan bekerja sebagai seorang doktor di Kota Bharu, Kelantan. Apa ada dengan Abbottabad? Jangan tak tau, di sinilah tentera Navy SEAL USA datang untuk membunuh Osama Laden pada bulan Mei 2011 dahulu. Kalau anda bertanya kepada penduduk tempatan di sini akan perihal Osama Laden, pasti semuanya akan menafikannya. Emmm entahlah!

[ 1 ] Regional Tax Office di Abbottabad, Tempat Bayar Cukai. Di Malaysia ada LHDN, Di Sini ada FBR | Day 1 | The Beginning of the Long Overland Journey | Overland to Khunjerab Pass via Karakoram Highway | Summer 2013 | Road Less Travelled | Northern Pakistan 2013 | 19-24 06 2013 (PHOTO BY SYAZWAN OTHMAN)