Tag Archives: jalan-jalan cari makan

[12 Photos] Nasi Kandar Kuah Lebih + Bandung Soda Selasih = Syurga Dunia | Nasi Kandar Kudu bin Abdul | Penang Nasi Kandar | Kuala Lumpur, Malaysia

Nasi kandar, satu juadah yang tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia. Dikhabarkan berasal dari Pulau Pinang. Patutlah banyak kedai nasi kandar di Pulau Pinang. Daripada Nasi Kandar yang kena beratur panjang sehinggalah ke Nasi Kandar di celah-celah lorong di tengah kota mutiara. Kalau di Kuala Lumpur, di mana pula nak jamah nasi kandar ini?

[ 1 ] Perghhhhh Memang Menawan Kalbu | Restoran Nasi Kandar Kudu Bin Abdul | Penang Nasi Kandar | Jalan Tuanku Abdul Rahman | iPhoneography | Kuala Lumpur | Malaysia | 09 06 2012 (PHOTOS BY KNIZAM/KNIZAM.COM)

Kalau nak datang sini masa lunch, kena datang awal. Tengok tu beratur punya la panjang sampai ke luar kedai. Berduyun-duyun manusia. Sudah beratur kena pula cari tempat duduk. Kalau datang dua orang bolehlah minta seorang lagi tempah tempat duduk dulu. Kalau tidak, dah selesai memilih lauk-pauk, ambil nasi kandar, tempat duduk pula tiada nanti. Berdiri dululah jawabnya.

Keseluruhannya memang sedap la nasi kandar kat sini. Kuah campur pun best. Harga standard ala-ala Nasi Kandar Pelita. Kalau ambil udang dan ketam memang agak mahal. Saya suka dengan daging masak hitam. Kena pula dengan sayur kobis dan bendi celur bersama telur rebus. Kena pula dengan bandung soda selasih. Perghhhhhh memang sedap tak terkata. Syurga dunia tercipta seketika.