Tag Archives: big masjid

[11 Photos] Masjid Faisal Ketika Musim Bunga, Awan Memutih Bak Kapas, Langit Biru Membayangi Bukit Margalla Yang Hijau | Spring 2012 | Islamabad, Pakistan

Jarang sebenarnya saya bercerita atau menghasilkan satu catatan khas untuk Masjid Faisal ini. Masjid Faisal, didermakan oleh Raja Faisal daripada Arab Saudi suatu ketika dahulu. Masjid berwarna putih yang berbentuk khemah arab ini agak unik. Sila google atau singgah ke lamanweb Pakcik Wikipedia untuk membaca sejarah masjid ini. Masjid ini telah didermakan oleh Raja Faisal atau King Faisal daripada Arab Saudi. Rekaannya agak unik dengan bentuk tent ala-ala khemah arab di gurun sana. Tiada tiang seri di tengah-tengah masjid. Masjid ini agak luas dan boleh menempatkan jemaah dalam jumlah 100,000 lebih di dalam dan luar kawasan masjid (courtyard).

[ 1 ] Langit biru dengan awan gemawan, latarbelakang penuh anggun untuk Masjid Faisal yang berwarna putih | Cotton Candies, White Clouds & Clear Blue Skies | Faisal Masjid, Islamabad, Pakistan | 29 04 2012 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)

Di sinilah saya solat Jumaat setiap kali hari Jumaat. Walaupun kadang-kadang saya bertukar angin ke masjid lain di Islamabad, namun hal tersebut boleh dibilang dengan jari sebenarnya. Masjid ini agak besar. Masjid paling besar di Islamabad. Masjid ini pernah dinobatkan masjid terbesar di dunia suatu ketika dahulu. Boleh menampung sehingga ribuan jemaah pada satu-satu masa.