Tag Archives: beautiful masjid faisal

[1 Photo] Malam-Malam Terakhir Ramadhan di Islamabad | Masjid Al-Faisal | Islamabad, Pakistan

Tadi selepas mengerjakan solat terawih di rumah Malaysia di Jalan F-8/2, saya bergegas balik ke rumah. Tukar kain pelikat kepada seluar jeans. Dengan crocs merah saya segera ke Masjid Faisal. Semalam saya cuba singgah ke masjid ni tapi tak boleh masuk sebab polis buat sekatan jalanraya betul-betul ke jalan masuk Masjid Faisal. Kalau nak pergi juga terpaksa pula parking kereta jauh dan kemudian naik bas.

Tak berani saya beb! Bas-bas tu pula nampak macam uzur semacam sahaja. Ramai pula yang bersesak-sesak menaiki bas. Di Islamabad, kalau boleh sila elakkan kawasan yang sesak. Malang tidak berbau. Lebih baik mencegah daripada merawat kan.

Jadi malam ini selepas terawih terus saya singgah ke E7. Letak kereta kat hujung sekali selepas itu berjalan kaki sahaja ke Masjid Faisal. Menuju ke Masjid Faisal yang besar ini. Dilimpahi cahaya neon dan lampu sinar begermalapan. Memang cantik. Tak pernah saya lihat Masjid Faisal secantik ini sebelum ini.

Indah bro! Terus saya snap sana snap sini. Malam-malam terakhir ini ramai betul manusia dalam kawasan masjid ini. Saya perhatikan hanya beberapa saf sahaja yang dipenuhi, ramai yang datang ke masjid untuk berehat. Jumlah manusia di luar masjid lebih ramai daripada dalam masjid mengerjakan terawih malam ini. Agaknya inilah masalah depa menikmati dan berehat melihat keindahan Masjid Faisal yang besar ini. Di luar masjid siap ada bazaar menjual makanan dan minuman.