Standby Semua Rakyat Malaysia, Gerhana Bulan Penumbra Isnin Ini !

hehe hari tuh kita dah tengok gerhana matahari kan

kali neh mari kita ramai2 tengok gerhana bulan plak

kali neh cuti kan.

sure best kan tengok bulan malam2 tuh. hehe

KUALA LUMPUR: Orang ramai di seluruh negara berpeluang menyaksikan gerhana bulan penumbra (separa) Isnin ini selama empat jam bermula 8.39 malam.

Agensi Angkasa Negara (Angkasa), dalam satu kenyataan hari ini, menyatakan gerhana itu mudah dilihat dengan mata kasar kerana 89.9 peratus daripada cakera bulan berada di bayang penumbra Bumi semasa fasa maksimum.

“Secara amnya gerhana bulan akan berlaku ketika fasa bulan penuh dan pada masa yang sama bulan melintasi bayang Bumi.

“Gerhana ini akan bermula dengan fasa satu (penumbra) pada 8.39 malam waktu Malaysia. Gerhana maksimum pula akan berlaku pada 10.38 malam dengan bulan akan keluar sepenuhnya dari bayang penumbra Bumi (fasa empat) pada 12.38 pagi,” menurut kenyataan itu.

Sehubungan itu, Angkasa akan menganjurkan Program Pencerapan Gerhana Bulan Separa di Planetarium Negara bermula 8.30 malam hingga 12 tengah malam.

Orang ramai dijemput hadir menyaksikan fenomena ini menerusi beberapa buah teleskop yang disediakan.

Mereka yang tidak berkesempatan ke Planetarium Negara, siaran langsung boleh disaksikan di laman web www.angkasa.gov.my bermula 8.30 malam hingga 12 tengah malam. – Bernama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

6 responses to “Standby Semua Rakyat Malaysia, Gerhana Bulan Penumbra Isnin Ini !

  1. Wah, betulla sy kata 9/2 ni gerhana bulan plak…kena pasang reminder ni…

    Reply

  2. erm…
    tenkiu info nizam…
    harap2 tak hujanla malam tu…
    kalau tak, aku akan jadi pungguk rindukan bulan pulak…

    Reply

  3. huu…x boleh dilepaskan peluang neh.. 😀

    Reply

  4. mak et : melawati plak nak hujan lebat neh. mcm x nampak adjer gerhana tuh. hehe 🙂

    Reply

  5. cekgu : dah nak hujan la cekgu. susah la camni nak nampak kan. hehe 🙂

    Reply

  6. izzat : sapa2 pakai dslr lagilah best kan. hehe 🙂

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge