smart tunnel dah berfungsi ke eh?

Smart bukan punca banjir kilat

PETALING JAYA: Banjir kilat di beberapa lokasi di ibu negara petang kelmarin bukan disebabkan Terowong Pengurusan Air Banjir dan Jalan Raya (Smart) yang belum berfungsi, sebaliknya berpunca daripada perubahan hidrologi berikutan pembangunan di kawasan sekitar, kata Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Datuk Keizrul Abdullah.

 

“Pembangunan antara punca sistem saliran bawah tanah di tengah ibu kota tidak mampu menampung kemasukan air, begitu juga ekologi tidak seimbang seperti tanah runtuh, pokok tumbang dan pembuangan sampah, yang menjadikan keadaan lebih buruk,” katanya selepas majlis penyerahan tajaan dan sesi taklimat lawatan delegasi Persatuan Jurutera Malaysia ke Belanda, di sini, semalam.

Sementara itu, Pengarah Bahagian Seismologi, Jabatan Meteorologi Malaysia, Low Kong Chiew, berkata kejadian hujan lebat dan ribut petir sehingga menyebabkan banjir di Lembah Klang dua hari berturut-turut bermula Sabtu lalu disebabkan keadaan tiupan angin lemah yang menggalakkan pembentukan kelompok awan hujan pada waktu petang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge