Silent Mode @ HKL I

aku rasa penat ulang-alik ke gleneagles intan, ampang masa puasa sebelum syawal ahri tuh tak habis lagi kan

dah kena ulang-alik ke HKL plaks. ahaks

aku dapat call from adik member aku sabtu lepas.

masa tengah syok2 nak open house, sekali dapat call from 017 number

assalamualaikum bang

saya kawan adik abang ni

nak bagitau adik abang ada kat HKL

kaki dia patah. lepas main rugby petang tadi

aku mcm biasa la buat2 terkejut. haha

aku mmg terkejut. sampai camtu sekali kan.

aku pun apa lagi. call parents aku ngan adik aku lagi sorang kat sg buloh

then terus decide pack barang pergi ke HKL

aisey ni la 1st time aku nak drive ke HKL rupanya

aku tahu la kat ner HKL tapi masalahnyer kat mana nak masuknyer kan. haha

lepas elevated highway aku terus je amik direction ke IJN

nampak istana budaya belah kanan

and then terus ke bulatan pahang

aku nampak signboard ke HKL (masuk kiri) sebelum tuh

tapi dah terlepas daaaa. dem!

masuk bulatan pahang amik kul 9

then terus masuk ke HKL

member adik aku tadi bagitau adik aku kat area bahagian kecemasan

so melilau la aku mencari kan

dah semua parking aku nengok memang parking staffs je

hehe last2 aku jumpa la jugak parking for visitors.

mak aihhh punya la jauh nak menapak neh kan

harap maklum pada sesiapa yang tak pernah drive ke HKL

parking visitors ada di kawasan asrama doktor pelatih ok

hehe ini panduan khidmat masyarakat knizam artwerk

nanti esok kalau korang pegi HKL jgn cakap tak tahu nak parking kat ner. haha

kalau hujan harus kuyup la aku nanti. haha

terus aku ke bahagian kecemasan. jam dalam kul 10.30mlm dah masa tuh

masuk bilik sana, masuk bilik sini

dia cakap pergi ke atas. dia cakap masuk bilik tuh

last2 aku dapat tahu adik aku dok kat wad 5. hehe tingkat 2

masa tuh dah malam so banyak entrance yang dah tutup

ada yang aku sesat ni karang. huhu

nampak lift terus naik ke tingkat 2. carik mana dia wad no 5

heeh jumpa jugak

masa aku sampai aku tengok kaki kanan adik aku dah berbalut

belum full dressing lagi tuh

dia nampak ok. cuma terkejut la kot

aku tanya la kenapa

dia cakap jatuh (tackle) masa main rugby kat sbpi gombak tadi

ceh ! sampai camtuh sekali la kan. ahaks

everything under control. alhamdulillah

tulang kaki depan (atas ankle) patah

ankle pun dislocate. tapi dah locate balik dah

so minggu neh or minggu depan doktor nak masukkan besi ngan skru nak support balik ankle ngan tulang yang patah tuh.

hehe bionic la adik aku lepas neh. hehe

member2 dia satu team rugby pun ada

ngan coach sekali kat situ

sempat aku borak2 ngan semua sekali. hehe

ramai orang gak la dalam wad neh kan.

nampak crowded. ye lah GH.

what do u expect la kan.

aku stay sampai kul 11.30 and then adik aku lagi sorang sampai

masa tuh aku dah lapar giler la. tak dinner lagi dowh

aku bagitau adik aku nak keluar gi dinner. nak beli mineral water sekali

then kitaorang drive ke kg baru. perghhh susah gak la nak mencari mineral water kul 12 tgh malam neh kan

kedai mesra pun dah tutup walaupun stesen minyak terang benderang kan

nak carik 7 eleven pun tak jumpa la plaks. ahaks

teru sgi dinner dulu. and then carik mineral water

masa aku sampai ke HKL balik dah kul 12.30 pagi

aku pun x sure whether dia bagi ke idak aku masuk ni

aku cakap kat pak guard tuh nak hantar air je

seb baik dia bagi masuk. 15 minutes adjer kata dia. hehe

aku naik atas. level 2. wad no 5

scary dowh gi spital malam2 or pagi2 buter camni kan. huhu

tetiba terbayang ju-on dan karakter yg sewaktu dengannya. haha

letak air minerals sebelah adik aku and then terus blah

adik aku pun dah tidur dah masa tuh. hehe

aku balik ke taman melawati

adik aku lagi sorang balik ke sg buloh

drive pun rasa cam terhoyong hayang adjer.

ngantuk plus penat dowh ! haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

24 responses to “Silent Mode @ HKL I

  1. kesiannya….. nasib baik dah abis raya, kirim salam kat dia ya. Lepas nie lama lah dia bercuti tak boleh main rugby.. 😐

    Reply

  2. What a caring bro n nephew you are! Adik – beradik memang active sports ye? Sama la mcm my brothers, abang aktif bola sepak, hoki n ragbi. Adik pulak ragbi! Pas tu turun pulak pada my nephews!

    Myza’s last blog post..Jeruk ….. Beli Jangan Tak Beli !!

    Reply

  3. uiks! ganas! main rugby sampai camtu hehehehe
    wishing him cepat2 sembuh so that boleh main rugby again~

    Adila’s last blog post..Now is still raya kan?

    Reply

  4. familiar gak area HKL tu..kita tak de la sesat nk cari parking..hehehe..dpn surau pun senang gak..cross jln je

    moga cepat sembuh la ye..budakkk baikkkk…hehehe

    Kujie’s last blog post..beware

    Reply

  5. wah, ganas… haha
    u penah ke sampai patah kaki?

    kawaii_desu’s last blog post..Live life dangerously

    Reply

  6. gosh…. hari tuh daddy aku xcident patah kaki…
    pon ngeri aku tengok… masuk besi…
    huhuhuh… aku yang jage sampai 3 hari tak tidok…
    teruk woo patah kaki ni… lagi lagi kalau tulang kering…

    ngeri siot… so sekarang alhamdulillah laa daddy aku dah ok.
    dah bleh jejalan dah…

    udah udah lee tuh bersukan… bersukan kalau kome dapat sakit buat
    mande???… time sihat.. org ndak ler.. time dah patah riuk… menengok
    kome pon diaorang lalu ndak datang…

    pasal tuh laa aku kalau bersukan ni, aku berpada pada. lebih
    lebih lagi main putsal @ main bola… aku risau injured ma~

    Kreuger®

    kreuger’s last blog post..Printer Services – STAR Printer *DOTMAX

    Reply

  7. patah kaki sebab sports baru la jantan beb! salute dgn adik ko. wlpn patah kaki masih nampak kool!

    ps: semoga beliau cepat sembuh!

    aeropama dot com’s last blog post..Akal & Nafsu. Mana Letaknya?

    Reply

  8. Sebab tulah aku tak main ragbi..
    Mau patah riuk kalau kena hempap..
    Apahal pun semoga beliau cepat sembuh..

    zool’s last blog post..Belajar bangsa lain

    Reply

  9. aku dulu main ragbi gak..xpernah patah pape..aku main basketball first time dh patah tangan ulna & radius…2nd time main…patah lg kt tempat sama :up:

    |1f34|-|1r3’s last blog post..More munchy’s & melamine issues

    Reply

  10. noni : hehe tu la pasal. dah tak boleh berlari dah lepas neh. nak main rugby apatah lagi kan. hehe memanah je la lepas neh. hehe 👿

    Reply

  11. myza : hehe haah semua active sports. haha 😀

    Reply

  12. adila : hehe biasalah main rugby kalau x injured mmg tak sah kan. patah2 neh sure biasalah. hehe 😀

    Reply

  13. kujie : hehe parking visitors nyer menapak jauh giler la. kalau hujan confirm kuyup. haha :mrgreen:

    Reply

  14. kawaii : x pernah. haha :confusedlot:

    Reply

  15. kreuger : tu la kan. akutengok patient sebelah dia patah teruk. siap besi keliling. horror plak aku nengoknyer. hehe. 👿 lepas neh adik aku dah takleh lari pun. jalan2 je lah. hehe 🙂

    Reply

  16. aero : hehe memanglah kena nampak cool sebab nak snap gambar kan. hehe dah nak wat camner dah nak patah. so terimalah seadanya. hehe 🙂

    Reply

  17. zool : hehe actually nak main apa pun bahaya. aku pun main hoki gak. lepas neh ada tournament lagi. hehe :$:

    Reply

  18. life4hire : haha main rugby tak patah. sekali basketball plak patah ek. hehe 🙂

    Reply

  19. Mak ai… dahsyat la ye main ragbi sampai patah kaki. aku yang main hoki n softball dari sekolah rendah pun tak pernah sampai patah kaki… bengkak2 ada la. 😀

    emmes last blog post..Lagu Tema Filem I’m Not Single – Dakine(Dua jiwa)

    Reply

  20. emme : hehe tu la kan. hehe ni kes kena tackle lah ni. hehe 😀

    Reply

  21. 😕

    Reply

  22. hehehe. 😀

    Reply

  23. zaman : papetah. haha 🙂

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge