Siapa Ada Buku “Sulalatus Salatin” @ “Sejarah Melayu” karya Tun Sri Lanang Eh ?

Posted on the April 4th, 2009 under makalah + majalah by KNizam

tetiba rasa mcm nak baca buku kat bawah neh la

kat mana aku boleh dapat eh ?

http://ms.wikipedia.org/wiki/Sulalatus_Salatin

http://ms.wikipedia.org/wiki/Sulalatus_Salatin

source here

Sulalatul Salatin (Sejarah Melayu) merupakan satu karya sejarah mengenai kebangkitan, kegemilangan dan kejatuhan zaman Kesultanan Melayu Melaka yang ditulis oleh beberapa orang pengarang Melayu. Ketika Feringgi (Portugis) menakluk Melaka, salinan Sejarah Melayu telah dibawa ke Goa.

Terdapat persilisihan pendapat berkenaan Goa. Pendapat pertama merujuk kepada Goa yang terdapat di India, manakala pendapat kedua merujuk pada sebuah tempat bernama Gowa yang terletak di Sulawesi. Lihat perbezaan ejaan keduanya. Pendapat yang kedua ternyata lebih kuat atas alasan sekiranya Portugis mengambil salinan Sejarah Melayu dan dibawa ke Goa, India, pastinya Sejarah Melayu akan dibawa terus ke Eropah sebagai harta rampasan.

Terdapat sekurang-kurangnya 29 versi tetapi versi yang paling mashyur adalah versi Shellabear. Menurut pengenalan Sejarah Melayu naskah Shellabear, Yang diPertuan Raja di Hilir Sultan Abdullah Mu’ayat Syah ibni’l Sultan Abdul Jalil Syah telah mengutuskan Seri Nara Wangsa Tun Bambang untuk memerintah Bendahara Paduka Raja Tun Muhammad@Mahmud (Tun Sri Lanang) pada hari Khamis, 12 Rabiul Awal 1021 bersamaan 13 Mei 1612 agar menyunting salinan Sejarah Melayu yang dibawa oleh Orang Kaya Sogoh dari Goa/Gowa.

Ketika itu Sultan Johor Lama, Sultan Alauddin Riayat Syah ibni Sultan Abdul Jalil Syah telah ditahan di Istana Raja Acheh, Raja Iskandar Muda.

Sejarah Melayu Sulalatul Salatin dianggap penting kerana ia memberikan adat istiadat kerajaan, susunan raja Melayu dan sejarah kerajaan Melayu dan boleh dikatakan menyerupai konsep Sejarah Sahih China, di mana pada setiap pertukaran Dinasti di China, sejarah Dinasti sebelumnya akan ditulis dan disimpan di arkib negara tersebut.

- – - – -

bukan tuhfat al-nafis ok

kat nearest library sure ke ah eh ?

just “sejarah melayu” karya tun sri lanang

- – - – -

banyak lagi links pasal sejarah melayu neh kat bawah

- – - – -

latest update

thanks to strozze sebab suruh aku check kat dawama.com

hasilnyer cukup mengecewakan.

sumber di sini ya

“Sulalatus Salatin adalah judul asal Sejarah Melayu. Dan judul inilah yang digunakan untuk versi terbaru ini. Sepanjang yang diketahui versi ini telah menunjukkan beberapa kelainan yang jelas dan ia lebih mendekati karya asal sekiranya dibandingkan dengan versi-versi iaitu Shallabear, Abdullah Munsyi dan Winstedt. Walau bagaimanapun ia masih mepunyai persamaan asas dengan versi yang sedia ada. Bagi melihat perbezaannya, pembaca perlu mendapatkah naskhah ini.”

- – - – -

stok dah habis daaaa !

haha susah la ini macam. hehe

baru nak baca pasal sejarah melayu. hehe :)

31 Responses to 'Siapa Ada Buku “Sulalatus Salatin” @ “Sejarah Melayu” karya Tun Sri Lanang Eh ?'

  1. 4 April, 2009 at 6:34 pm
    strozze
  2. 4 April, 2009 at 10:33 pm
    inertz
  3. 4 April, 2009 at 11:38 pm
    myadlan
  4. 15 April, 2009 at 6:41 pm
    hisoka
  5. 18 August, 2009 at 7:26 am
    anak langit
  6. 30 August, 2009 at 4:53 am
    estee
  7. 31 August, 2009 at 2:42 pm
    azie
  8. 8 October, 2009 at 10:24 pm
    izzah
  9. 8 October, 2009 at 10:25 pm
    izzah
  10. 21 October, 2009 at 2:04 am
    azura
  11. 12 November, 2009 at 10:50 am
    ain
  12. 12 November, 2009 at 10:51 am
    ain
  13. 5 January, 2010 at 10:00 pm
    sya
  14. 20 February, 2010 at 10:17 am
    greeniris
  15. 12 March, 2010 at 6:39 am
    zainal
  16. 14 May, 2010 at 6:29 pm
    taj addin
  17. 29 June, 2010 at 12:57 pm
    Pusat Dokumentasi Melayu

Leave a Reply




XHTML::
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>