Setelah 6 Hari, “Laluan Kerani Hilang Di Gunung Yop Yap Dikesan”

di antara perkara yang ditakuti masa masuk hutan ialah “sesat”

mcm kes kali neh dah 6 hari hilang

tapi masih ada harapan sebab dah jumpa jejak

semoga cepat diketemukan beliau dengan ahli keluarganya

sumber utusan malaysia :

GUA MUSANG 21 Feb. — Pasukan mencari dan menyelamat seorang kerani bank yang hilang di Gunung Yop Yap sejak enam hari lalu, menemui jejak yang dipercayai dilaluinya.

Sehubungan itu kerani berkenaan dipercayai dapat ditemui tidak lama.

Jejak itu menunjukkan Mohammed Hassan Ayat Zainuddin, 28, dari Bangi Selangor, menuju ke kawasan Kuala Mu, bersempadan dengan Perak.

“Pihak kita masih meneruskan pencarian di seluruh kawasan gunung berkenaan dan tumpuan lebih diberikan pada laluan menuju ke sempadan Perak yang dipercayai menjadi laluan mangsa yang hilang yang sedang mencari jalan keluar.

“Bagaimanapun sehingga kini masih tiada petanda lain dan pihak kita berharap dengan petanda awal arah laluan ini, memberi harapan positif untuk pihak kita menemui mangsa,” kata Ketua Polis Daerah Gua Musang, Ahmad Termizi Haq kepada Bernama.

Mohamed Hassan Ayat dipercayai hilang semasa menuruni gunung itu bersama rakan-rakanya yang lain Ahad lalu.

Ibunya, Norhayati Abd Razak, 56, berkata petanda awal berkenaan memberi sedikit kelegaan dan harapan kepada beliau dan suaminya, Zainuddin Shariff, 59, untuk menemui semula anak mereka. — Bernama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

14 responses to “Setelah 6 Hari, “Laluan Kerani Hilang Di Gunung Yop Yap Dikesan”

  1. sama-sama ler kita doa erkkkk

    Reply

    KNizam Reply:

    kita : tuh la kan. semoga dia selamat 🙂

    Reply

  2. waahhh kalau aku mau gila sesat dalam tmpt yang sunyi mcm tu…

    Reply

    KNizam Reply:

    aj : aku pun ! hehe 🙂

    Reply

  3. emm macam mana dia leh ilang ek?

    aku dengan net slow ni maleh la nak baca berita

    Reply

    KNizam Reply:

    tmu : hehe tengah trekking kot

    Reply

  4. allo bro
    pekaba, sihatke?

    gua selalu singgah bro, suka tgk lu hisap rokok tapi dah bertahun tak habis-habis hehehe

    take care n kalau senang jom pekena teh, serius nih

    salam.

    Reply

    KNizam Reply:

    syahril : actually tuh bukan rokok. hehe cuba teka. hehe 🙂

    Reply

  5. gua musang ?

    kampung aku tu

    Reply

    KNizam Reply:

    faza : la area jajahan ko la eh. cool ! 🙂

    Reply

  6. kalo ada mknan insyaAllah ok kot…dah hantar otai masuk dalam…

    Reply

    KNizam Reply:

    amoi : hehe tuh la kan. kalau ada makanan sure survive. hehe berserah je lah. 🙂

    Reply

  7. Erm,helo,nice blog,erm kalau ade mase,silalah ke blog sye ni di http://chipmunk18.blogspot.com ,ok n jgn lupe linkkan blog ini yer,ok thanks n bye

    Reply

    KNizam Reply:

    mawi : wokay thanks ya 🙂

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge