Seloka Hari Raya – Hail Amir & Uji Rashid

HA:
Indahnya sungguh di hari raya
Ramainya orang bersuka ria
( 2 X )

Adikku manis cantik bergaya
Bolehkah abang ikut bersama
( 2 X )

UR:
Usahlah abang membuang waktu
Mari menuju ke rumah bonda
( 2 X )

Sanak saudara sedang menunggu
Di hari mulia bertemu mesra
( 2 X )

HA:
Katamu itu abang mengerti
Kusanjung budi puteri ibunda
( 2 X )

Pada yang tua kita hormati
Barulah hidup saling bahagia
( 2 X )

UR:
Miskin dan kaya sama sahaja
Hulurkan tangan berjabat mesra
( 2 X )

HA: & UR:
Saling bermaaf kita bersama
Lupakan saja sengketa lama
( 2 X )

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 responses to “Seloka Hari Raya – Hail Amir & Uji Rashid

  1. Masih raya mood nampak 🙂

    azwan’s last blog post..Selamat Hari Raya Aidil Fitri

    Reply

  2. azwan : raya kan sebulan bro. hehe selamat hari raya aidilfitri 1429H. maaf zahir batin. 😀

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge