Selamat Tinggal Steve Jobs (1955-2011) – Terima Kasih Kerana Telah Membuatkan Semua Orang Terbangun & Sedar Akan Peri-Pentingnya Gajet Mudahalih & Indahnya Ciptaan Teknologi Semasa

Pagi ini dunia dikejutkan dengan berita kematian Steve Jobs, pengasas Apple Computer

Penulis sebelum ini bukanlah seorang pengguna barangan Apple, malah kadang-kadang membenci Apple

Namun segalanya telah berubah pada Disember 2009, apabila penulis membeli telefon bimbit iPhone 3Gs

Barulah penulis sedar akan uniknya barangan Apple, cantiknya inovasi yang mereka lakukan

Apple bersungguh untuk merekacipta barangan yang cantik di mata, senang diguna, indah dek pandangan & mesra jari.

Tidak pernah dalam sejarah penulis ternanti-nanti akan Keynote Address oleh Pengerusi Apple ini

Penyampaian yang bersahaja ketika memperkenalkan sesuatu produk Apple akan diingati sampai bila-bila

Mana ada CEO yang boleh melakukan perkara yang sama seperti apa yang Steve Jobs lakukan.

Tidak buat masa ini kan 🙂

Selamat tinggal Steve Jobs. Terima kasih Apple.

Dunia gajet akan merindui anda, dan barangan ciptaan anda.

Penulis ingin meminjam kata-kata yang sungguh bermakna daripada Gizmodo pagi ini:

Bill Gates may have put a computer on every office desk, but it was Steve Jobs who put one in every dorm room and bedroom and living room. And then, years later, he repeated the trick, putting one in every bag and every pocket, thanks to the iPad and iPhone. If you use a computer or smartphone today, it is either one he created, or an imitation of his genius. | Gizmodo

Ikhlas daripada :

Pengguna iPhone 3GS, iPhone 4, iPod Nano, iPod Shuffle, Macbook Air, iPhone 4S & iPhone 5 (akan datang)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

8 responses to “Selamat Tinggal Steve Jobs (1955-2011) – Terima Kasih Kerana Telah Membuatkan Semua Orang Terbangun & Sedar Akan Peri-Pentingnya Gajet Mudahalih & Indahnya Ciptaan Teknologi Semasa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.